Categories
SELANGOR

Hari Tanpa Kenderaan MBSA sempena Merdeka sarat aktiviti menarik

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 13 OGOS: Sekali lagi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan Hari Tanpa Kenderaan buat kali ke-6 sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 60, hari ini.

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, penganjurannya memberi fokus terhadap aspek penjagaan alam sekitar ke arah menjadikan Shah alam Bandar Raya Rendah Karbon menjelang 2030 selain melahirkan warga kota yang mengamalkan gaya hidup sihat.

IMG_3261“Sepanjang program ini, orang ramai hanya dibenarkan menggunakan basikal, roller blade, papan luncur, berjalan kaki dan skuter blade di sekitar pusat bandaraya,” katanya ketika ditemui pemberita di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini hari ini.

Sempena bulan kemerdekaan, MBSA bersama rakan startegik program turut mengadakan beberapa aktiviti menarik antaranya promosi buah-buahan, melukis ‘doodle’ di atas jalan menggunakan kapur serta pemeriksaan kesihatan secara percuma.

“Antara agensi yang terlibat adalah Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS), Galeri Shah Alam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan DEMC Specialist Hospital Shah Alam.

“Kita turut memberikan hadiah kepada tiga orang pengunjung yang memenangi Pertandingan Pakaian Beragam Terbaik,” katanya.

IMG_3256Selain itu, Zaharin berkata, MBSA turut menyediakan perkhidmatan ‘Chu Chu Train’ secara percuma, selain penyewaan basikal dan sukter elektrik serta face painting untuk pengunjung yang hadir.

Katanya, warga Shah Alam juga turut berpeluang membeli baja kompos dan menaiki bas elektrik SMART Selangor.IMG_3260 IMG_3247 IMG_3239 IMG_3230 IMG_3222

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Lebih 1,000 sertai program sulung Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2017

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 22 JAN: Lebih 1,000 warga Shah Alam menyertai Program Hari Tanpa Kenderaan 2017 yang julung kali diadakan, hari ini.

Timbalan Datuk Bandar, Shukri Mohamad Hamin berkata, program itu bertujuan melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, di samping memelihara persekitaran lebih baik.

“MBSA gembira program ini mendapat tempat di hati masyarakat yang sudi hadir menjayakannya walaupun diadakan pada awal pagi.

MBSA Tanpa Kenderaan (2)“Kita berharap lebih ramai lagi akan menyertai program gaya hidup sihat ini, pada masa akan datang,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan Hari Tanpa Kenderaan 2017 di Dataran Kemerdekaan, di sini.

Antara pengisian program adalah pelepasan peserta untuk aktiviti riadah seperti berbasikal dan berjalan kaki.

Shukri berkata, program berkenaan akan dilaksanakan pada setiap Ahad minggu kedua setiap bulan.

“Kita turut menyediakan sewaan peralatan berbasikal dan ‘roller blade’ untuk menarik penyertaan orang awam,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Hari tanpa kenderaan kurangkan asap karbon dioksida

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 12 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan Hari Tanpa Kenderaan yang mula diadakan pada hari Ahad minggu kedua setiap bulan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam menjadikan Petaling sebagai bandar hijau.

Timbalan Datuk Bandar MBPJ, Puasa Md Taib, berkata penganjuran program itu adalah atas kesedaran dan usaha mengurangkan penggunaan kenderaan dan pelepasan asap karbon dioksida di pusat bandar raya.

Katanya, program itu turut memberikan peluang kepada penduduk dan orang ramai melakukan pelbagai aktiviti riadah di Pusat Bandar Seksyen 52 tanpa sebarang gangguan lalu lintas.

Puasa“Program ini adalah tarikan terbaru di Petaling Jaya dalam usaha menghidup dan menceriakan Pusat Bandar Seksyen 52, selain menyokong Tahun Melawat Malaysia 2014.

“Penganjuran program kali kedua pada tahun ini adalah inisiatif mencontohi beberapa negara lain yang sudah memulakan program berkenaan,” katanya dalam sidang media selepas perasmian program Hari Tanpa Kenderaan, di sini, semalam.

Puasa berkata, MBPJ juga mahu menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam kepada 60 peratus menjelang tahun 2020.

“Kita mahu melaksanakan inisiatif Kejiranan Hijau dan hala tuju utama MBPJ dalam menggalakkan serta menukar mod perjalanan daripada kenderaan bermotor kepada ‘green active transportation’ seperti berbasikal dan berjalan kaki setiap hari,” katanya.

Sementara itu, Hari Tanpa Kenderaan Petaling Jaya kali kedua itu, berjaya menarik penyertaan lebih 1,000 peserta terdiri daripada kakitangan MBPJ, penuntut Kolej SAITO, Orang Kelaian Upaya (OKU) dan orang awam.

MBPJDalam program itu, pelbagai acara turut dianjurkan antaranya pertandingan Sculp Tong, sukaneka orang kelainan upaya, sukaneka kakitangan dan keluarga MBPJ, pertandingan sukan rakyat untuk remaja, pertandingan mewarna dan aktiviti ‘sunday morning sale’ juga diadakan bagi menggalakan ekonomi penduduk setempat.

Turut diadakan PJ Fun Ride yang bermula jam 7.30 pagi di laluan sepanjang 38 kilometer (km) serta OKU Fun Ride bermula jam 8 pagi di laluan sepanjang dua km.

-NFN-