JURNAL BERITA – Daim: Kerajaan BN pimpinan Najib Razak tidak cekap

<center><iframe width=”560″ height=”315″ src=”//www.youtube.com/embed/BrgnaMN7Swg” frameborder=”0″ allowfullscreen></iframe></center>

 

 

1. Daim: Kerajaan BN pimpinan Najib Razak tidak cekap

2. Human Right Watch kritik kepimpinan Najib

3. Pakatan Rakyat ulangi kesedian bincang dengan BN isu kepentingan rakyat

4 Nik Nazmi kemuka rayuan APA langgar Perlembagaan

5 MB dedah dokumen isu ahli Perbadanan PKNS

6. Skim Mesra Usia Emas perkenal insentif tambahan rai hari lahir ahli

7. Program Community Chef DUN Permatang galak masyarakat sedia menu berkhasiat

8. Elak lori treler hempap rumah berulang, 9 keluarga diberi penempatan baru

9. MBPJ naik taraf kemudahan Pusat Komersil SS2 PJ, penuhi kehendak masyarakat

10.SPAD digesa turun padang pantau kenaikan tambang bas sekolah

11.PR anjur konvensyen pasca PRU-13 pada 8 Mac ini

12.Pertandingan wau tarik minat golongan muda dekati warisan

Categories
NASIONAL

Human Right Watch kritik kepimpinan Najib

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 22 JAN: Kehodohan kerajaan pusat di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja tidak disenangi rakyat di negara ini, bahkan turut menerima kritikan daripada badan pemantau hak asasi manusia antarabangsa, Human Right Watch (HRW).

Dalam World Report 2014 yang dikeluarkan semalam, kerajaan Barisan Nasional (BN) dibidas kerana tidak menunaikan janji yang ditabur sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Datuk-Seri-Najib-Tun-Razak1Najib bukan sahaja dilaporkan gagal menunaikan janji, bahkan beliau mengembalikan beberapa undang-undang yang menindas dan menekan.

“Najib masih menggunakan Akta Hasutan untuk mendakwa aktivis dan pemimpin pembangkang yang mempersoalkan polisi kerajaan walaupun pernah berjanji untuk memansuhkannya.

“Antara yang menjadi mangsa Akta Hasutan ini adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli yang ditahan selama lima hari, seterusnya digantung pengajian sehingga perbicaraan kesnya selesai,” katanya.

Selain itu, laporan berkenaan turut mengkritik pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang diluluskan, pada Oktober lalu oleh pentadbiran Najib yang disfatkan sebagai menindas.

“Undang-undang kontroversi ini jelas menindas rakyat dengan membenarkan penahanan tanpa bicara dan menghadkan hak mereka yang ditahan untuk merayu.

“Ia juga mengembalikan beberapa amalan salah guna yang menyamai undang-undang drakonian lain sebelum ini seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO),” katanya.

HRW turut mengecam pendakwaan kes Liwat II melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkannya sebagai sengaja direka serta bermotif politik.

Sementara itu, Timbalan Pengarah HRW Asia, Phil Robertson dalam satu kenyataan semalam mendesak kerajaan BN melakukan pembaharuan dan melindungi hak asasi rakyat di negara ini termasuk pihak pembangkang dan aktivis.

“Sejak Mei lalu, kerajaan melanggar hak asasi, menyekat kebebasan bersuara dan membuat pendakwaan ke atas aktivis yang menganjurkan protes aman.

“Ternyata, Kerajaan Malaysia membalas keputusan buruk dalam pilihan raya yang diperoleh mereka dengan mengabaikan hak asasi daripada menghormatinya dan ini perlu diubah,” katanya.

-NFN-