Categories
AGENDA NASIONAL

Kes Covid-19 naik mendadak, warga emas tekad dapatkan vaksin

SHAH ALAM, 8 OGOS: Seorang warga emas tekad hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam bagi mendapatkan suntikan walaupun pusat itu dibuka kepada individu 18 tahun ke atas.

Julie, 60, berkata beliau mengakui sepatutnya hadir pada 2 Ogos tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana berdepan masalah peribadi.

Julie

“Saya mengambil keputusan untuk hadir ke PPV ini dan tidak sangka dibenarkan menerima vaksin selain proses pemberian vaksin juga lancar.

“Sememangnya saya berharap menerima vaksin hari ini kerana khuatir peningkatan kes mendadak sejak beberapa hari ini,” katanya.

Manakala pekerja kilang logistik G Thiban, 19, berkata beliau mengambil kesempatan untuk hadir seketika di IDCC Shah Alam bagi mendapatkan suntikan vaksin tanpa janji temu.

G Thiban

“Walaupun dikenakan PKP saya tetap perlu bekerja dan berdepan dengan risiko jangkitan Covid-19 selain di rumah juga terdapat ibu bapa yang dalam golongan berisiko tinggi,” katanya.

Sementara itu, pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka Muhammad Nur Hazmi Noor Hazlan, 25, berkata beliau pernah menolak mendapatkan suntikan AstraZeneca (AZ) tetapi sehingga kini tidak mendapat mana-mana janji temu.

Muhammad Nur Hazmi Noor Hazlan

“Apabila mengetahui ada pemberian vaksin tanpa janji temu saya terus membuat keputusan untuk mendapatkan suntikan.

“Saya hendak mendapatkan vaksin kerana risau keadaan kesihatan ibu yang menghidap diabetes,” katanya.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

PPV IDCC Shah Alam dibuka semula, pengunjung ambil langkah tambahan

SHAH ALAM, 14 JULAI: Pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam dibuka semula hari ini selepas ditutup semalam berikutan 204 kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan petugasnya.

Tinjauan SelangorKini mendapati orang ramai memakai pelitup muka berganda dan pelindung muka sebagai langkah penjagaan tambahan serta mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan.

Mohd Kamal Abdullah. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGOR KINI

Penerima vaksin, K Gajapathirao, 60, berkata beliau bimbang apabila mengetahui PPV itu ditutup dan berharap penutupan tidak terlalu lama kerana menunggu penerimaan vaksin sejak dua bulan lalu.

“Apabila diberitahu PPV ditutup, saya sentiasa memeriksa MySejahtera untuk memastikan tiada perubahan tarikh dan khuatir jika PPV ini ditutup beberapa hari.

“Namun, saya datang seperti biasa dan memakai pelitup muka berganda serta pelindung muka mengambil langkah tambahan penjagaan ke PPV tersebut,” kata pekerja sektor swasta itu.

Vivien. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGOR KINI

Sementara itu, Vivien, 47, berkata beliau pada awalnya agak bimbang kerana berita tentang jangkitan Covid-19 dalam kalangan petugas PPV.

“Namun, saya dimaklumkan seluruh pusat ini disanitasi sebagai usaha mengekang penularan Covid-19,” kata pengurus kanan syarikat logistik itu.

Mohd Kamal Abdullah. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGOR KINI

Pesara swasta, Mohd Kamal Abdullah, 60, berkata beliau sepatutnya menerima dos kedua semalam tetapi ditangguh akibat jangkitan di PPV tersebut.

“Proses vaksinasi berjalan seperti biasa dan mengambil masa kurang dari satu jam,” katanya.

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGOR KINI

Bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau sudah lengkap dua dos vaksin walaupun tarikh penerimaan dijadualkan semalam.

“Saya juga dimaklumkan semua petugas di PPV ini merupakan pasukan baharu. Saya juga yakin SOP diperketat supaya mengelak perkara sama tidak berulang,” katanya.

Semalam PPV berkenaan ditutup sehari selepas 204 petugasnya dikesan positif Covid-19.