Categories
GLOBAL

ATSB: Kehilangan MH370 mustahil dan sukar diterima diera moden

GLOBAL 4 OKT: Pihak berkuasa Australia memohon maaf kerana gagal menemukan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 malah menegaskan misteri kehilangan pesawat berkenaan yang tiada penghujung itu tidak boleh diterima.

Melalui laporan akhir tentang kegagalan pencarian pesawat tersebut, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) memaklumkan, punca kehilangan pesawat itu tidak boleh dibuktikan sehingga pesawat ditemukan, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

“Mustahil dan sukar diterima dalam era penerbangan moden ini tentang kehilangan pesawat komersial yang besar dan pada masa yang sama dunia tidak tahu secara jelas apa yang terjadi terhadap pesawat ini dan kesemua penumpangnya,” jelas biro berkenaan.

Kehilangan pesawat Boeing 777 membawa 239 penumpang pada 8 Mac 2014 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China itu merupakan misteri penerbangan terbesar dunia.

MH370Difahamkan pesawat berkenaan dilencongkan beribu-ribu kilometer daripada laluan asalnya ke Lautan Hindi sebelum terhempas di luar pantai barat Australia.

Australia yang mengetuai pencarian pesawat itu di laut dalam, Malaysia dan China menamatkan pencarian bernilai AS$160 juta (RM677 juta) pada Januari lalu selepas gagal menemukan sebarang kesan walaupun menerima bantahan daripada keluarga mangsa.

Agensi saintifik utama negara ini juga memaklumkan pada Ogos lalu bahawa pihaknya percaya ‘ketepatan dan kepastian yang belum pernah berlaku’ bahawa pesawat itu terhempas di timur laut zon pencarian.

Namun penemuan itu ditolak oleh kerajaan Australia kerana tidak spesifik dan pencarian itu tidak diteruskan.

Laporan ATSB itu yang didedahkan memperincikan kegagalan pencarian selama 1,046 hari, di permukaan dan dalam Lautan Hindi, analisis saintifik dan gambar satelit, arus laut dan penemuan teritip pada serpihan sebuah pesawat di Pulau Re­union.

“Pemahaman tentang kemungkinan lokasi MH370 ini semakin baik berbanding sebelum ini. Pencarian laut dalam telah mencakupi kawasan berkemungkinan tinggi.

“Kami memohon maaf kerana tidak dapat mengesan pesawat itu mahupun 239 mangsa yang masih hilang,” kata ATSB.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Data satelit MH370 dikaji semula

KUALA LUMPUR 8 MAC : Data merangkumi gambar satelit dan penemuan serpihan pesawat MAS MH370 akan dikaji semula oleh negara terbabit dalam pencarian pesawat itu yang memasuki tahun ketiga kehilangannya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata penelitian itu perlu dibuat semula pasukan penyiasat diketuai Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) selepas Malaysia, Australia dan China bersetuju menangguhkan operasi pencarian MH370.

“Kita mendapat sokongan ATSB untuk mengkaji semua data yang ada termasuk melihat kembali gambar satelit dan penemuan serpihan.

“Ia bagi memastikan kita mendapat kedudukan MH370 dengan lebih tepat,” katanya menjawab soalan tambahan William Leong Jee Keen (KEADILAN-Selayang) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai penyebaran berita palsu, Tiong Lai berkata, kementerian mengambil inisiatif menyalurkan maklumat tepat mengenai carian kepada waris mangsa dan orang ramai.

Beliau berkata, segala maklumat dan fakta carian turut dimuat naik di laman web rasmi kementerian bagi rujukan semua pihak dan waris mangsa.

=EZY=

Categories
NASIONAL

MH370: Kerajaan patut dedah pemilik bateri dan manggis

SHAH ALAM 26 APRIL: Kerajaan serta Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) digesa memberi penjelasan berhubung pemilik bateri (lithium ion) dan empat tan manggis dibawa kargo pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, sudah pasti kerajaan ada maklumat berhubung perkara itu dan ianya tidak perlu dirahsiakan.

manggis1“Hairan sehingga sekarang tidak ada mana-mana syarikat tampil untuk membuat pengakuan pemilikan bateri dan manggis.

“Jangan buat rakyat terus tertanya-tanya, misteri kehilangan belum dijawab malah ditambah lagi siapa empunya bateri dan manggis itu,” soal beliau dipetik Harakah Daily.

Mahfuz berkata, kerajaan digesa menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen bagi memantau dan menyemak segala cadangan pembelian aset yang melibatkan pertahanan negara.

Cadangan itu dikemukakan beliau sebagai mengulas cadangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menambah aset negera seperti keupayaan peralatan moden kenderaan bawah air autonomi (AUV) Bluefin-21.

mh“Kita tidak pernah menolak apa-apa cadangan untuk pembelian aset pertahanan negara dan itu satu keperluan yang penting. Namun apa yang kita pertikaikan adalan cara pembelian itu,” katanya.

Tambah beliau, pembentukkan jawatankuasa ini perlu bagi mengelak berulangnya skandal rasuah seperti pembelian kapal selam Scorpene sebelum ini.

“Melalui jawatankuasa ini kita dapat mengawal sepenuhnya cara pembelian tersebut dari segi harga, pemilihan pembekal mahupun keupayaan serta keperluan aset tersebut,” jelasnya.

Sementara itu, misi mencari pesawat penerbangan Malaysia MH370 akan diteruskan hari ini untuk hari ke -50 dengan bantuan 8 peswat tentera dan 11 kapal air.

Bluefin-12D-recoveryPihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) merancang pencarian visual di kawasan berukuran 57,311 kilometer persegi. Pusat kawasan carian terletak kira-kira 1,584 kilometer ke barat laut Perth.

Kenyataan yang dikeluarkan pihak Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) turut berkata cuaca di lokasi pencarian dijangka hujan dengan lautan berombak setinggi 2.5 meter dan jarak penglihatan sejauh 1 kilometer dalam keadaan ribut petir dan 3 kilometer dalam keadaan hujan.

Dalam misi ke-13 semalam, Bluefin-21 diangkat kerana perisian perlu di-set semula (resetting).

AUV mempunyai peralatan teknikal canggih dan set semula bukan sesuatu yang luar biasa. Semalam, juruteknik Phoenix dapat menyiapkannya dan misi ke-14 kini diteruskan.

Bluefin-21 telah siap kira-kira 95 peratus daripada kawasan carian di dasar laut.

EZY

Insiden MH370 : Tubuh RCI demi keselamatan rakyat dan Malaysia, Azmin Ali

http://tv.selangorku.com