Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

DSAI di Istana Bukit Kayangan mengadap Sultan Selangor

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 31 MEI: Ketua Umum Pakatan Harapan (PAKATAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Bukit Kayangan bagi mengadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM), Sultan Sharafuddin Idris Shah, pagi ini.

Kenderaan dinaiki Anwar tiba di pintu masuk istana pada jam 9.58 pagi sambil diiringi seorang pengawal trafik.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali tiba di lokasi sama pada jam 9.40 pagi.

Difahamkan, hadir sama dalam pertemuan itu, Ahli Dewan Diraja, Yang Amat Dimuliakan (YAD) Tengku Sri Wangsa Diraja, Tengku Dato’ Setia Ramli Al-haj bin Tengku Shahruddin Shah Al-Haj.

Menurut sumber, pertemuan bersama Sultan Selangor merupakan kesinambungan kunjungan Anwar ke beberapa istana sebelum ini.

Anwar sebelum ini menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.

Categories
SELANGOR

50 petugas media berkumpul depan Istana Kayangan

SHAH ALAM, 26 OGOS: Kira-kira 50 petugas media berkumpul di hadapan pintu masuk Istana Kayangan, di sini, bagi melaporkan perkembangan terkini isu Menteri Besar Selangor.

20140826_140516

Sultan Selangor dilihat tiba jam 2.10 petang, manakala Abdul Khalid tiba kira-kira lima minit selepas itu.

Abdul Khalid sempat membuka tingkap dan tersenyum kepada petugas media serta beberapa penyokong yang menunggu ketibaan beliau, sejak jam 1.00 tengah hari.

Sementara itu, Pembantu Peribadi Sultan Selangor, Kelvin Ong memberitahu istana akan mengeluarkan kenyataan kepada petugas media yang berkumpul di luar istana.

Beliau juga memberitahu, sidang media Menteri Besar di SUK juga ditangguh antara jam 5.00 hingga 5.30 petang nanti.

Kelvin juga enggan memberi komen sama ada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan mengadap DYMM Sultan Selangor.

Laporan lanjut bakal menyusul