Categories
AGENDA NASIONAL

Cuaca lembap dijangka berterusan sehingga hujung Julai

KUALA LUMPUR, 13 JULAI: Negara akan mengalami keadaan cuaca lembap dari semasa ke semasa dan dijangka berterusan sehingga hujung Julai ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon.

Beliau memberitahu Bernama, jangkaan itu adalah berdasarkan intensiti Monsun Barat Daya tahun ini yang dikesan lemah berbanding biasa dan menyebabkan cuaca lembap berlaku pada bulan Jun dan Julai yang kebiasaannya kurang hujan.

Mengenai keadaan cuaca semasa, hujan lebat yang berterusan telah mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan Jailan berkata, ia adalah akibat daripada penumpuan angin Tenggara dan angin Barat Daya di selatan Semenanjung serta angin Barat Daya dan angin Barat Laut di utara Semenanjung.

“Keadaan ini juga berlaku serentak dengan air pasang yang sejak awal pagi tadi. Bagaimanapun, cuaca lembap itu dijangka berkurangan menjelang lewat petang ini,” jelasnya.

Dalam pada itu beliau berkata, kawasan pesisir pantai barat Semenanjung berpotensi berlaku hujan lebat serta ribut petir (garis badai), pada awal pagi akibat daripada penumpuan angin barat daya.

Pada sebelah petang pula, keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di kawasan pedalaman negeri Perak, Selangor, Johor, Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia meminta penduduk di kawasan rendah yang biasa dinaiki air, untuk lebih berwaspada sekiranya berlaku hujan lebat, serta menyimpan dokumen-dokumen penting di tempat yang selamat dan mudah diambil, sekiranya berlaku bencana dan segera berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan apabila diarahkan.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan cuaca dan amaran cuaca, orang ramai boleh melayari laman web rasmi dan media sosial rasmi MetMalaysia atau melalui talian 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca.

– BERNAMA

Categories
AGENSI SELANGOR

Enam daerah diramal hujan, ribut petir hingga Ahad

SHAH ALAM, 10 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan enam daerah di Selangor hujan serta ribut petir bermula hari ini hingga Ahad depan.

Daerah itu ialah Petaling, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Manakala Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang pula dijangka hujan sehingga Rabu dan tidak keesokannya tetapi berulang kembali pada Jumaat.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.met.gov.my untuk mendapatkan maklumat terbaru mengenai keadaan cuaca semasa di negeri ini.

Categories
AGENSI SELANGOR

Enam daerah Selangor diramal panas hingga Selasa

SHAH ALAM, 31 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini meramalkan enam daerah di Selangor panas bermula esok hingga Selasa depan.

Laporan itu berkata ia membabitkan Sepang, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat manakala pada 5 dan 6 Februari cuaca semua tempat berkenaan mengalami hujan dan ribut petir.

Gombak dan Hulu Selangor pula dijangka mengalami cuaca hujan di satu dua tempat bermula esok hingga 4 Februari dan berubah kepada ribut petir keesokan.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.met.gov.my untuk mendapatkan maklumat terbaru mengenai keadaan cuaca semasa di negeri ini.

Categories
AGENDA NASIONAL

Amaran cuaca buruk di Sarawak, hujan lebat di Terengganu, Pahang dan Johor

KUALA LUMPUR, 7 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca buruk di Sarawak sehingga esok selain hujan lebat di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga Selasa depan.

MetMalaysia menerusi Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional dalam kenyataannya memaklumkan hujan lebat dan cuaca buruk di Sarawak akan berlaku di Kuching, Serian dan Samarahan selain di Sri Aman, Betong dan Sarikei.

Kenyataan itu turut mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada bagi Dungun dan Kemaman di Terengganu, dan di Kuantan, Pekan dan Rompin, di Pahang kerana hujan lebat dijangka berlaku sehingga Selasa.

Amaran cuaca peringkat waspada itu turut melibatkan beberapa daerah di Johor iaitu Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bharu.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Hujan, ribut petir diramal di seluruh negara minggu ini

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Fasa peralihan monsun yang membawa hujan dan ribut petir diramal berlaku melibatkan seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak sepanjang minggu ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon berkata, fasa peralihan monsun itu tidak membawa banjir besar, sebaliknya berpotensi menyebabkan banjir kilat di kawasan yang tidak mempunyai sistem saliran yang baik.

Katanya hujan lebat hanya berlaku pada waktu petang di kebanyakan kawasan negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah, kawasan barat dan tengah Sarawak.

“Hujan dan ribut petir memang lumrah atau biasa berlaku semasa musim peralihan monsun.

“Biasanya negeri-negeri di pantai barat Semenanjung dan pedalaman pantai timur serta barat Sabah dan Sarawak memang akan mengalami hujan atau ribut petir pada sebelah petang atau awal malam semasa musim peralihan monsun ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jailan berkata, Monsun Timur Laut dijangka bermula pada hujung minggu ini atau awal minggu hadapan dan sepanjang waktu itu, kemungkinan beberapa kawasan akan mengalami banjir.

Beliau berkata, hujan lebat turut dijangka berlaku antara pertengahan November hingga hujung Disember di Kelantan dan Terengganu manakala Pahang dan Johor akan mengalami keadaan sama pada Disember hingga awal Januari.

“Pada awal Januari hingga Februari nanti hujan (dijangka) beralih ke Sarawak dan Sabah,” katanya.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

METMalaysia: Ribut tropika Pabuk berakhir

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 5 JAN : Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini memaklumkan ribut tropika Pabuk yang melanda Pulau Langkawi dan sekitar kawasan utara perairan negara, kini sudah berakhir.

Ketua Pengarahnya, Alui Bahari berkata, ribut tropika itu kini didapati berada pada jarak 345 kilometer (km) dari Langkawi dan 362 km dari Arau, Perlis.

Katanya, ribut tropika Pabuk itu dijangka bergerak 15 kilometer sejam (kmsj) ke arah barat laut menuju Teluk Benggala.

“Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat, angin kencang melebihi 50 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 meter di kawasan perairan Phuket.

“Bagaimanapun, kedudukan ribut tropika Pabuk semakin menjauhi perairan Malaysia dan tidak memberi ancaman kepada negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, penduduk dan pelancong di sekitar Langkawi tidak perlu panik dengan keadaan terbabit.

“Pelancong dan penduduk sekitar cuma perlu berhati-hati dengan keadaan angin kuat dan hujan, kesan daripada pinggiran ribut itu,” katanya.

Categories
SELANGOR

MetMalaysia ramal cuaca cerah pagi penamaan calon di Selangor

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 27 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam ramalan cuacanya meramalkan cuaca cerah di Selangor, esok.

Cuaca secara umumnya diramalkan cerah di kebanyakan negeri pada sebelah pagi esok yang merupakan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dalam ramalannya, MetMalaysia turut melaporkan tiada hujan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Terengganu, Pulau Pinang, Perlis, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Kedah.

Bagaimanapun, cuaca mendung dan hujan diramalkan berlaku di semua 31 kawasan Parlimen di Sarawak, pada sebelah pagi.

Manakala keadaan sama turut diramalkan di beberapa tempat di Sabah dan Perak.

Categories
NASIONAL

Cuaca sejuk pantai timur bakal berulang

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 17 FEB : Cuaca sejuk di negeri pantai timur bakal berulang sekiranya angin sejuk monsun timur laut dari Siberia, China melalui Semenanjung Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Alui Bahari berkata, cuaca sejuk di beberapa negeri pantai timur, pedalaman Kedah dan utara Perak sudah kembali normal sejak 12 Februari lalu.

“Bacaan suhu minimum harian di stesen-stesen Meteorologi mencatatkan suhu 20 darjah celsius ke atas.

“Cuaca sejuk ini mungkin boleh berulang pada Februari tahun depan sekiranya berlaku pergerakan tiupan angin sejuk monsun timur laut dari China dan langit tidak berawan pada waktu malam,” katanya.

-BERNAMA-

Categories
NASIONAL

Ramalan cuaca sempena Tahun Baharu Cina

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 16 FEB : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan dan ribut petir dijangka berlaku petang ini di kawasan Semenanjung.

Ia membabitkan Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.

Menurut kenyataan yang dikemaskini di laman web METMalaysia, beberapa kawasan di Sarawak (bahagian Bintulu, Miri, Kapit dan Limbang) serta Sabah (bahagian Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) turut mengalami hujan atau ribut petir petang ini.

Manakala, pada malam pula hanya hujan di satu dua tempat dijangka berlaku di Sarawak dan Sabah.

“Cuaca di tempat-tempat lain dijangka baik,” katanya.

Categories
NASIONAL

MetMalaysia: Angin kencang Barat Daya tingkat potensi air pasang besar

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 OKT: Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di beberapa kawasan perairan negara.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pantai Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak (Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat & Sandakan) sehingga Rabu, 19 Oktober 2016.

Pada masa sama, kejadian air pasang besar yang signifikan juga berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor yang akan mendedahkan kawasan perairan itu kepada kenaikan paras air laut.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” tulisnya di laman sesawang.

metmalaysia-air-pasangSelain itu, ribut petir di perairan Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak (Bintulu dan Miri), Sabah (Pedalaman) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga hari ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya.

Pagi tadi, tiga kawasan di sekitar Bagan Datoh dinaiki air berikutan fenomena air pasang besar.

Air pasang yang berlaku kira-kira 4 pagi itu menyebabkan tiga kawasan dilimpahi air iaitu Bagan Lipas, Bagan Pasir dan Kampung Kota.

-nR-

Categories
NASIONAL

MetMalaysia: Cuaca lembab minggu ini

SHAH ALAM, 3 APR : Keadaan cuaca lebih lembab dengan hujan dan ribut petir di beberapa tempat dijangka berlaku pada sebelah petang dan senja di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataannya berkata ia disebabkan tiupan angin dari beberapa hala dengan kelajuan perlahan dan sederhana yang diramalkan berlaku di negeri-negeri di Semenanjung untuk sepanjang minggu.

METMALAYSIABagaimanapun, MetMalaysia meramalkan Sabah dan Sarawak masih mengalami tiupan angin Timur Laut dengan kelajuan perlahan dan boleh menyebabkan cuaca lembab di bahagian Barat Sarawak pada sebelah pagi diikuti dengan hujan dan ribut di satu dua tempat di semua bahagian di Sarawak.

Sementara di Bahagian Pantai Barat di Sabah pada waktu petang dan awal malam.

Suhu panas dialami negara sekarang dijangka beransur kurang secara perlahan-lahan.

-nR-

Categories
NASIONAL

Ribut petir, hujan lebat landa beberapa negeri sehingga petang ini

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 2 SEP: Kejadian ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang diramal akan melanda beberapa negeri sehingga awal petang ini.

Amaran itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman facebooknya hari ini.

met-malaysia1Antara negeri yang terlibat adalah Negeri Sembilan (Daerah Jempol, Tampin, Kuala Pilah, Rembau dan Port Dickson), Melaka, Johor (Daerah Segamat, Ledang, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing) dan Pahang (Daerah Maran, Bera, Rompin, Pekan dan Kuantan).

Orang ramai boleh merujuk laman sesawang MetMalaysia http://www.doe.gov.my dan www.met.gov.my untuk mengetahui keadaan cuaca di kawasan masing-masing.

-NR-