Categories
AGENDA NASIONAL

PRN Johor: MetMalaysia ramal cuaca cerah sebelah pagi

JOHOR BAHRU, 10 MAC: Cuaca di seluruh negeri pada waktu pagi pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu ini diramalkan cerah, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Berdasarkan maklumat di laman web MetMalaysia, ribut petir pula dijangka berlaku pada sebelah petang di tujuh daerah iaitu Johor Bahru, Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Kulai.

Suhu sepanjang hari berkenaan diramal antara 23 hingga 33 darjah Celsius.

Seramai 239 calon bertanding pada PRN Johor di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Seramai 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar, layak mengundi pada Sabtu ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya turut menasihatkan pengundi supaya keluar mengundi mengikut masa yang dicadangkan seperti tertera dalam aplikasi MySPR Semak.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ribut petir, hujan lebat di Selangor, Kuala Lumpur hingga 9 malam ini

SHAH ALAM, 9 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri, termasuk Selangor dan Kuala Lumpur sehingga jam 9 malam ini.

Menurut MetMalaysia di Facebook, kawasan terbabit adalah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor; Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor; Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Temerloh di Pahang.

Kawasan lain adalah Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Sik dan Bandar Baharu di Kedah; Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang serta Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.

Amaran yang sama turut membabitkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan serta Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh) di Sarawak.

MetMalaysia berkata amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Amaran ribut petir, hujan di Selangor dan negeri lain hingga 7 malam

SHAH ALAM, 5 MAC: Ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di kebanyakan negeri termasuk Selangor sehingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Twitter memaklumkan keadaan cuaca itu diramal berlaku di hampir semua daerah di negeri ini.

Situasi sama juga dijangka meliputi hampir semua kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka.

Manakala di Kelantan melibatkan Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh; Pahang (Raub dan Bentong), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian)

Kawasan di Sarawak pula di Serian, Samarahan dan Limbang selain Sabah (Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu)).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Categories
AGENDA AGENSI NASIONAL SELANGOR

Amaran ribut petir, hujan di Selangor dan negeri lain hingga 5 petang

SHAH ALAM, 4 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor hingga jam 5 petang ini.

Menurut agensi itu di Facebook, daerah terbabit di Selangor adalah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Amaran sama turut dikeluarkan di Bentong dan Temerloh, Pahang; Kuala Lumpur, Jelebu, Negeri Sembilan; Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau) di Sarawak.

Di Sabah, kawasan terbabit adalah pedalaman Beaufort, Pantai Barat, Tawau dan Lahad Datu, Telupid, Kinabatangan, Beluran di Sandakan serta Kota Marudu di Kudat.

MetMalaysia berkata amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Categories
AGENDA AGENSI NASIONAL SELANGOR

Amaran ribut petir, hujan lebat di Selangor dan negeri lain hingga 9 malam

SHAH ALAM, 3 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan negeri termasuk Selangor sehingga 9 malam ini.

Menurut maklumat menerusi Facebook agensi itu, amaran dikeluarkan menjangkakan keadaan tersebut berlaku di semua daerah di negeri ini.

Ramalan sama melibatkan hampir semua kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Labuan.

Manakala di Perak meliputi Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim; Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Sarawak pula di Kuching (Bau dan Kucihng, Serian, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang) manakala Sabah (Pedalaman (Sipitang dan Tenom)).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Categories
AGENDA NASIONAL

Fasa peralihan monsun bawa hujan lebat dijangka mula Jumaat ini

KUALA LUMPUR, 20 SEPT: Fasa peralihan monsun dijangka bermula 24 Sept ini dan sehingga awal November menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak 19 Mei lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan berkata semasa fasa itu, negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah sesuai untuk ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak. Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya.

Muhammad Helmi menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MetMalaysia.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline MetMalaysia di nombor 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut, katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

MetMalaysia: Hujan, banjir beberapa kawasan berpunca Monsun Barat Daya melemah

PETALING JAYA, 7 SEPT: Keadaan hujan dan banjir di beberapa kawasan ketika ini disebabkan negara sedang mengalami tempoh Monsun Barat Daya yang melemah (monsoon break), kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah.

Beliau berkata keadaan itu berlaku apabila terdapat perubahan tiupan angin memasuki kawasan negara, sekali gus menggalakkan pembentukan awan aktif dan menyebabkan keadaan cuaca lembap.

“Lazimnya, pada tempoh Monsun Barat Daya keadaan lebih kering dan berjerebu dengan negara mengalami hujan bulanan minimum, biasanya antara 100 dan 150 milimeter serta atmosfera yang stabil di kawasan Khatulistiwa.

“Bagaimanapun, fenomena garis badai (squall line) yang boleh terjadi semasa Monsun Barat Daya menyebabkan cuaca hujan lebat dan angin kencang berserta petir pada awal pagi, terutama di kawasan pantai barat Semenanjung dan barat Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Shelf of Sustenance (SOS) Met Malaysia, iaitu bantuan keperluan asas kepada petugas yang memerlukan di ibu pejabat jabatan berkenaan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Muhammad Helmi berkata keadaan hujan itu semakin berkurangan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Dalam pada itu, beliau berkata negara dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat yang lebih kerap pada sebelah petang dan menjelang malam ketika fasa Peralihan Monsun pada Oktober ini, khususnya di negeri-negeri Pantai Barat.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengambil maklum amaran cuaca di tempat masing-masing kerana lazimnya berlaku keadaan banjir kilat dan insiden pokok tumbang semasa tempoh itu.

Mengenai jangkaan situasi banjir di negeri Pantai Timur semasa Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh, beliau berkata MetMalaysia hanya boleh meramalkan keadaan itu dalam tempoh satu hingga dua hari sebelum sebarang fenomena cuaca berlaku.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Beberapa negeri semakin pulih, Sarawak masih dilanda banjir

KUALA LUMPUR, 16 JAN: Keadaan banjir di beberapa negeri telah menunjukkan perkembangan baik dengan penurunan jumlah mangsa banjir, sebaliknya Sarawak pula masih dilanda bencana itu.

Lebih memburukkan keadaan, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Bumi Kenyalang hingga Ahad, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat berterusan di Sabah sepanjang tempoh sama serta memaklumkan kawasan pantai Sarawak dan Sabah dijangka dilanda angin kencang.

Dalam memelihara kebajikan mangsa banjir dan mengurangkan risiko penularan Covid-19, kerajaan negeri Sarawak mengambil langkah berjaga-jaga dengan menetapkan kapasiti pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu tidak melebihi 50 peratus daripada kapasiti keseluruhan pusat berkenaan.

Setakat petang semalam, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di negeri itu adalah sebanyak 4,343 orang dengan jumlah 50 PPS masih beroperasi di enam daerah dilanda banjir sejak Rabu lepas.

Keadaan di negeri-negeri lain seperti Sabah, Johor dan Pahang pula terus menunjukkan tanda positif pemulihan banjir.

Rakyat Sabah yang terkesan akibat banjir dan air pasang besar semalam menerima berita baik selepas pengumuman dibuat mengenai bantuan wang ihsan RM500 bakal disalurkan kepada setiap keluarga di negeri itu.

Jumlah mangsa banjir di negeri itu berkurangan secara mendadak kepada 313 orang daripada 84 keluarga petang tadi dan kesemua mangsa banjir ditempatkan di tujuh PPS di empat daerah negeri itu.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Johor menunjukkan trend menurun sejak beberapa hari lepas dengan hanya 93 orang di dua PPS setakat petang tadi manakala Pahang mencatatkan jumlah mangsa seramai 7,012 orang yang masih berteduh di 92 PPS.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Banjir di Semenanjung beransur pulih, mangsa di Sabah dan Sarawak meningkat

KUALA LUMPUR, 13 JAN: Ketika negara bergelut mengekang penularan kes baharu pandemik Covid-19 yang ketika ini mencecah empat angka, mangsa banjir di Sabah dan Sarawak dilihat semakin meningkat.

Jika semalam Sabah menjadi negeri baharu dilanda bencana itu, hari ini Sarawak dilaporkan menjadi negeri terbaharu berikutan hujan lebat sejak Isnin lepas.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada, dengan hujan lebat dijangka berterusan di beberapa kawasan di Sarawak, sehingga esok.

Sementara itu, jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu turut meningkat mendadak kepada 358 orang petang tadi berbanding 32 orang pagi tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di empat PPS iaitu di Dewan Rekreasi Bimajaya, Dewan Serbaguna Taman Malihah, Rumah Kedai Batu Kawa dan Dewan Serbaguna Kampung Batu 1.

Manakala di Sabah, mangsa banjir dilaporkan meningkat kepada 1,054 orang yang ditempatkan di lapan PPS iaitu di Kota Marudu, Pitas dan Beaufort.

Negeri-negeri lain seperti Johor, Pahang dan Kelantan menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa berkurangan dan setakat hari ini tiada hujan diramal berlaku.

Bagaimanapun, MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang timur laut berkelajuan melebihi 60 km/jam dengan ombak melebihi 4.5 meter di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak yang boleh menyebabkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai di kawasan terbabit.

Dalam perkembangan lain, situasi bencana ini terus mendapat perhatian pemimpin negara yang meluangkan masa menyantuni mangsa dan menyampaikan sumbangan.

Laman media sosial rasmi Istana Negara melaporkan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni mangsa banjir di beberapa buah kampung dalam Daerah Temerloh, Pahang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah serta Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Amaran cuaca buruk di Johor, hujan lebat di negeri lain

KUALA LUMPUR, 8 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam tadi mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di daerah Mersing dan Kota Tinggi, Johor sehingga hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada 11.30 malam memaklumkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula diramalkan berlaku di beberapa daerah di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah sehingga hari ini.

Keadaan sama juga dijangka berlaku sehingga 12 Januari di Pahang, Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Gempa bumi sederhana gegar Sulawesi, tidak ancam Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 JAN: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter menggegarkan Semenanjung Minahassa, Sulawesi, dilaporkan berlaku pada 4.59 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu dikesan pada kedudukan 64 kilometer (km) selatan dari Gorontalo, Indonesia dengan kedalaman 164 km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA

Categories
AGENSI SELANGOR

Selangor diramal hujan, ribut petir bermula esok hingga 24 Oktober

SHAH ALAM, 18 OKT: Selangor dijangka mengalami cuaca hujan dan ribut petir bermula esok sehingga Sabtu ini, 24 Oktober.

Laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memklumkan keadaan itu diramalkan berlaku di satu dua tempat membabitkan Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Hujan dan ribut petir dijangka pada waktu pagi dan petang.