Categories
NASIONAL

Jenazah mangsa gempa Lombok dijangka tiba petang ini

JAKARTA, 31 JUL – Jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Lombok, Allahyarham Siti Nur Ismawida Ismail, diterbangkan dari Lombok ke Jakarta sebelum dibawa pulang ke Malaysia, petang ini.

Jenazah Siti Nur Ismawida, 30, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok menggunakan pesawat Garuda GA0435 pada jam 9.40 pagi tadi ke Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta, lapor BERNAMA.

Sementara itu, Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zamshari Shaharan berkata, selepas itu jenazah Allahyarham akan dibawa ke Kuala Lumpur menerusi penerbangan Garuda GA0816 dari Jakarta pada jam 1.40 tengah hari dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 5 petang (waktu Malaysia).

“Jenazah diiringi suaminya, Mohd Hafiz Mohd Kassim dan saudara kepada Mohd Hafiz, Saiyid Abdallah Syahir Aledrus,” katanya.

Difahamkan, jenazah akandibawa ke Masjid Ar-Rahimah, Desa Pandan, sebaik tiba di KLIA sebelum dikebumikan, di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Kuala Lumpur.

Allahyarham dilaporkan terkorban dihempap runtuhan tembok bangunan dalam kejadian gempa bumi 6.4 skala richter yang menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok, pada 5.47 pagi, 29 Julai lalu.

Categories
NASIONAL

9 lagi jenazah tragedi MH17 tiba di KLIA 2 September

SHAH ALAM, 29 OGOS: Sembilan lagi jenazah termasuk dua warga asing mangsa tragedi pesawat penerbangan MH17 dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 2 September ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata jenazah itu juga akan mengikuti istiadat penghormatan.

“Setakat ini, sembilan jenazah berkemungkinan besar akan tiba pada 2 September dan ia tertakluk kepada beberapa faktor. Ada faktor tertentu yang akan menyebabkan angka ini berubah.

MH17“Kami percaya pada 1 September, kita dapat pastikan berapa,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa koordinasi istiadat penghormatan itu di Bangunan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Putrajaya, semalam.

Beliau berkata, persediaan sedang dilakukan bagi menerima sembilan mangsa tragedi itu termasuk lima jenazah dalam keranda dan empat abu dalam kendi dari Amsterdam, Belanda sebelum dikebumi dan disemadikan.

Katanya, satu daripada sembilan jenazah itu adalah kanak-kanak.

Zulkifeli berkata, dua warga asing itu adalah suami kepada mangsa MH17 warga Malaysia selepas mendapat kelulusan dari negara asal untuk mereka dikebumikan di Malaysia bersama isteri masing-masing.

Katanya, pada istiadat penghormatan berkenaan, dua warga asing itu, termasuk satu dalam kendi akan dilitupi dengan bendera negara asal mereka.

MH17 aZulkifeli berkata, tiga pesawat iaitu dua EC725 dan sebuah Charlie 130 bakal digembleng untuk membawa 4 jenazah ke Teluk Intan, Perak; Bukit Mertajam dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, manakala 4 lagi akan dibawa menggunakan kenderaan jenazah ke sekitar Lembah Klang dan satu lagi ke Seremban.

Beliau berkata, mesyuarat berkenaan penghormatan jenazah yang dipengerusikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan disertai menteri berkenaan akan berlangsung di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 1 September ini.

Sehingga kini, 24 jenazah mangsa tragedi warga Malaysia dibawa pulang. Dua daripadanya tidak didedahkan identiti atas permintaan keluarga.

Kumpulan pertama 20 jenazah dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas pada 22 Ogos lalu, diikuti satu keesokannya dan tiga lagi pada 24 Ogos lalu.

Pesawat Boeing 777-200 Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) itu yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dipercayai ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, di wilayah Donetsk, timur Ukraine, pada 17 Julai lalu.

Categories
NASIONAL

20 jenazah rakyat Malaysia tragedi MH17 tiba esok

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 21 OGOS: 20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi pesawat MH17 akan dibawa pulang esok dari Amsterdam, Belanda membabitkan sembilan anak kapal dan 11 penumpang.

Memetik Astro Awani, istiadat penerimaan jenazah mangsa tragedi MH17 yang terhempas di Ukraine pada 17 Julai lalu itu akan diadakan di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

mh066Turut terbabit, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) seluruh negara yang akan mengadakan bacaan tahlil dan solat hajat bermula seawal jam 8 pagi esok.

Jenazah akan dibawa pulang ke tanah air dengan pesawat khas Boeing 747 dari Amsterdam yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada jam 10 pagi.

Sehubungan itu, kerajaan mengisytiharkan esok sebagai hari berkabung negara bagi seluruh Malaysia.

Berikut adalah senarai penuh 20 jenazah yang dibawa pulang esok:

1. Mastura Mustafa (P) – Anak Kapal – Islam

2. Ahmad Hakimi Hanapi (L) – Kru Teknikal – Islam

3. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) – Anak Kapal – Islam

4. Nur Shazana Mohamed Salleh (P) – Anak Kapal – Islam

5. Dora Shahila Kassim (P) – Anak Kapal – Islam

6. Foo Ming Lee (L) – Penumpang – Buddha

7. Karamjit Sigh Karnail Singh (L) – Penumpang – Sikh

8. Ng Qing Zheng (L) – Penumpang – Buddha

9. Mabel Anthony Samy (P) – Penumpang – Kristian

10. Paul Rajasingam/Sivagnanam (L) – Penumpang – Kristian

11. Elisabeth Ng Lyeti (P) – Penumpang – Buddha

12. Lee Hui Pin (P) – Anak Kapal – Buddha

13. Angeline Premila Rajandaran (P) – Anak Kapal – Kristian

14. Ariza Ghazalee (P) – Penumpang – Islam

15. Muhammad Afif Tambi (L) – Penumpang – Islam

16. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) – Penumpang – Islam

17. Chong Yee Pheng (P) – Anak Kapal – Kristian

18. Azrina Yakob (P) – Anak Kapal – Islam

19. Mohd Ali Md Salim (L) – Penumpang – Islam

20. Hasni Hardi Parlan (L) – Penumpang – Islam

-NFN-