Categories
PBT SELANGOR

Kaunter MBSA beroperasi sepanjang PKPB kecuali hari minggu, cuti umum

SHAH ALAM, 24 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuka perkhidmatan kaunter setiap hari sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kecuali pada Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata operasi merangkumi kaunter utama di tingkat G dan kaunter pandu lalu di Wisma MBSA.

Katanya, operasi juga melibatkan kaunter jabatan, pusat setempat dan pejabat cawangan di Sungai Buloh, Kota Kemuning dan Setia Alam.

“Pengoperasian kaunter MBSA ini mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan seperti penjarakan fizikal, penggunaan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman serta pengambilan suhu badan,” katanya dalam kenyataan.

Berikut waktu operasi kaunter:

1. Kaunter utama tingkat G, Wisma MBSA
-Isnin hingga Khamis (7.30 pagi-5.30 petang)
-Jumaat (7.30 pagi-5.30 petang) (Rehat 12.15 tengah hari-2.45 petang)

2. Kaunter jabatan,  pandu lalu, pusat setempat dan pejabat cawangan
-Isnin hingga Khamis (8 pagi-4.30 petang) (Rehat 1-2 petang)
-Jumaat (8 pagi-4.30 petang) (Rehat 12.15 tengah hari-2.45 petang).

Categories
SELANGOR

Ke arah kaunter sifar, kaunter perkhidmatan bakal dibuka hujung minggu

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 29 APRIL: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melakukan penjadualan semula kaunter perkhidmatan berkuat kuasa Mei ini selaras dengan komitmen menjayakan misi Ke Arah Kaunter Sifar.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Korporatnya, MPSJ memaklumkan penjadualan juga dilakukan bagi memperkasa teknologi maklumat (ICT) sebagai tonggak penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan serta kepelbagaian urusan.

“Penjadualan semula yang dibuat menyebabkan kaunter perkhidmatan hanya akan beroperasi pada cuti hujung minggu pada bulantertentu.

logo mpsj“Dengan perubahan waktu operasi ini, Kaunter Perkhidmatan MPSJ tidak lagi beroperasi pada setiap hari Sabtu seperti biasa tetapi akan beroperasi pada bulan yang ditetapkan,” katanya.

Sehubungan itu, pelanggan disyorkan menggunakan mesin kiosk di ibu pejabat MPSJ atau layari laman sesawang MPSJ di www.mpsj.gov.my untuk membuat semakan dan bayaran cukai taksiran, kompaun trafik, pembaharuan lesen perniagaan tanpa risiko dan perkhidmatan lain dalam talian.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh berhubung dengan operasi Kaunter Perkhidmatan dan sila hubungi pusat khidmat MPSJ di talian 03-8024 7700.

Sebelum ini, kaunter perkhidmatan MPSJ dibuka pada hari Sabtu setiap minggu bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari sementara pada bulan Februari dan Ogos, kaunter turut dibuka pada hari Ahad.

-NFN-