Categories
GLOBAL

Perang ekonomi: China sedia ambil tindakan ke atas Amerika

BEIJING 8 MAC: China akan mengambil maklum balas perlu sekiranya berlaku peperangan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Luar Wang Yi hari ini, sementara memberi amaran perang seperti itu hanya akan membahayakan semua pihak.

Presiden Donald Trump dijangka mengenakan tarif 25 peratus ke atas keluli import dan 10 peratus ke atas aluminium import minggu ini, tetapi Rumah Putih berkata ia memberi pengecualian 30 hari kepada Mexico, Kanada dan beberapa negara lain berasaskan keselamatan nasional.

Langkah itu bertujuan menangani import murah, terutamanya dari China, yang didakwa menjejaskan industri dan pekerjaan AS.

Pentadbiran Trump berhadapan tentangan kepada cadangan tarif itu daripada tokoh Republikan sendiri dan pegawai perniagaan bimbang yang impak ke atas ekonomi negara itu.

Ketegangan perdagangan dengan AS menjadi penting dan menerajui senarai risiko di hadapi China tahun ini, kata Zhou Hao, ahli ekonomi kanan di Commerzbank, kepada Reuters Global Markets Forum minggu ini, dan data terkini negara itu menunjukkan eksport menokok 44.5 peratus pada Februari berbanding setahun lalu.

Wang, bercakap pada acara sampingan di parlimen China, berkata China dan AS tidak perlu menjadi pesaing, dan sejarah menunjukkan peperangan perdagangan adalah cara yang tidak betul untuk menyelesaikan masalah.

“Terutamanya dalam globalisasi hari ini, memilih perang perdagangan adalah preskripsi yang silap. Hasilnya akan hanya membahayakan.

“China harus mengambil maklum balas yang patut dan perlu,” kata Wang.

SUMBER: REUTERS

Categories
KENYATAAN MEDIA

UNISEL, Malaysian Structural Steel Association promosi penggunaan keluli

Oleh: Prof Dr Anuar Ahmad

Universiti Selangor (UNISEL) bersama Malaysian Structural Steel Association (MSSA) menjalin kerjasama semalam melalui memorandum persefahaman (MoU) dalam mempromosikan penggunaan keluli kepada para pelajar khususnya jurusan Kejuruteraan Awam.

MoU ini adalah hasil perbincangan yang diadakan pada Ogos tahun lalu dan selepas mendapat beberapa penerangan dari MSSA kepada fakulti kejuruteraan.

Perkara ini kemudian dibincangkan di peringkat mesyuarat eksekutif UNISEL sehingga kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menandatangani MoU seterusnya melibatkan diri di dalam kursus serta aktiviti ditawarkan oleh MSSA.

Sebagai salah satu institut pengajian tinggi (IPT) menawarkan program kejuruteraan khususnya program kejuruteraan awam, ini merupakan peluang baik untuk penambahbaikan kepada proses pembelajaran serta pengajaran kepada para pelajar.

Malah penglibatan para pelajar di dalam pertandingan dianjurkan MSSA seperti Open Idea Competition (OIC) akan memberi lebih banyak peluang kepada mereka untuk mempersembahkan kreativiti daripada aspek pengstrukturan keluli di dalam pembinaan.

UNISEL berharap MoU ini akan membuka lebih banyak peluang kepada pensyarah-pensyarah untuk terlibat sama di dalam kursus-kursus anjuran MSSA dan syarikat yang berkolaborasi sama ada di dalam atau luar negara.

#Prof Dr Anuar Ahmad adalah Naib Canselor UNISEL