Categories
NASIONAL

KM dakwa dalang hasut penduduk PPR Taman Manggis demo

GEORGE TOWN, 8 MAC: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mendakwa ada pihak menghasut penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, sekali gus mengeruhkan lagi keadaan yang turut menjejaskan usaha membantu mereka yang berkenaan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri mempunyai perancangan membantu penduduk yang diarah mengosongkan unit sewaan mereka itu.

“Mungkin proses untuk kita meyakinkan penduduk itu tidak mudah kita capai kerana (ada) parti-parti lain masuk untuk menyebarkan maklumat yang tidak berasas maka penduduk merasa khuatir dan tidak mahu bekerjasama,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan sekumpulan penduduk yang diarah mengosongkan unit sewaan di taman perumahan itu mengadakan demonstrasi kerana tidak berpuas hati dengan arahan berkenaan.

Mengulas lanjut, Chow menegaskan tindakan pengosongan itu tidak ada kaitan dengan perkauman tetapi berasaskan undang-undang sedia ada selain penduduk juga diberikan tempoh yang mencukupi untuk mereka berbuat demikian.

Beliau berkata, susulan pengeluaran notis itu, Kerajaan Negeri telah menyediakan kediaman sementara bagi yang terlibat, namun sebilangannya terpengaruh dengan hasutan pihak tertentu sehingga mengadakan demonstrasi tersebut.

Katanya, sebanyak tujuh daripada 22 unit yang terbabit dalam arahan itu dapat diambil balik Kerajaan Negeri selepas penyewanya menyerahkan unit berkenaan secara sukarela.

“Mungkin proses bagaimana kita hendak menguatkuasakan sesuatu keputusan ini, kalau perlu ditambah baik lagi kita akan bersedia untuk mengkaji semula,” katanya.

Sebelum ini, Chow dilaporkan berkata, penyewa PPR Taman Manggis diarah mengosongkan unit sewaan masing-masing selepas didapati mereka melanggar syarat mendiami PPR itu.

Antaranya tinggal melebihi tempoh ditetapkan iaitu lima tahun selain ada yang menerima pendapatan melebihi kelayakan.

Beliau berkata majoriti penduduk yang diarah keluar adalah mereka yang telah tinggal di situ antara 10 hingga 11 tahun.

Sebanyak enam penyewa mebabitkan kira-kira 40 anggota keluarga bertindak ‘menumpang’ di Komtar sejak Rabu selepas diarah mengosongkan unit sewaan masing-masing.

– BERNAMA

PENJELASAN: Semua negeri mangsa GST

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta wakil rakyat BN supaya jangan memandai-mandai kerana hakikatnya semua negeri menjadi mangsa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

KM: P044 kalah mati buat PKR, PR

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata kemenangan di P044 menentukan hayat Pakatan Rakyat sebagai sebuah gagasan dan PKR sebagai sebuah parti.

KM tidak gentar jika BN heret isu pembangunan Permatang Pauh

Sekiranya BN mengheret isu pembangunan Permatang Pauh ke arena nasional P044, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata pentadbirannya bersedia untuk menjawab isu berbangkit dengan fakta.

LGE: Teruskan perjuangan Anwar

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menyeru akar umbi Pakatan Rakyat supaya meneruskan perjuangan Anwar Ibrahim merealisasikan Malaysia yang adil, saksama, dan demokratik.

Categories
NASIONAL

KM Pulau Pinang: KPN tak patut salah guna undang-undang elak kritikan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 2 SEPT: Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Khalid Abu Bakar patut tidak menyalahgunakan undang-undang jenayah dalam mempertahankan diri daripada kritikan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, tindakan Khalid mempergunakan kedudukannya dalam pasukan Polis itu adalah tidak adil sama sekali.

Jambatan Pulau Pinang Lim Guan EngKatanya, Khalid sepatutnya mengambil saluran betul bagi menangkis dakwaan yang dikatakan fitnah terhadapnya.

“Khalid Abu Bakar perlu ketepikan sikap sombong dan sedar bahawa beliau tidak boleh dikritik, tetapi hanyalah seorang penjawat awam yang dibayar oleh rakyat untuk melaksanakan kewajipan berkanun bagi memerangi jenayah.

“Jika Khalid meletakkan usaha dalam membanteras jenayah dan penjenayah sebagaimana usaha mempertahankan dirinya dan terhadap mereka yang menyatakan pendapat mereka, maka Malaysia akan lebih selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Khalid mengarahkan Polis mengambil tindakan lanjut terhadap dua pengguna laman sosial Twitter yang didakwa mengkritik dan menghinanya.

Kritikan kedua-dua pengguna itu diluahkan sebagai reaksi kepada penangkapan beramai-ramai anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang pada 31 Ogos lepas.

Mengulas perkembangan lain, Guan Eng berkata Kerajaan Negeri kini menanti pengesahan berhubung dakwaan bahawa sebelas daripada 156 ahli unit Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan mempunyai rekod jenayah.

Guan Eng juga menegaskan Kerajaan Negeri tidak akan melindungi anggota PPS yang melakukan apa-apa kesalahan atau melanggar undang-undang melainkan akan tertakluk penuh kepada undang-undang.

“Jika tidak, adalah tidak adil kepada keseluruhan PPS yang terdiri daripada 9,000 orang dengan maklumat yang didakwa sebagai latar belakang beberapa ahli.

“Apakah perlu untuk 120,000 anggota polis juga didakwa hanya kerana tindakan beberapa anggota polis yang terlibat dalam pembunuhan kejam menggunakan bahan letupan C4, menyebabkan kematian tahanan, jenayah kejam seperti rompakan atau menyalahgunakan kuasa mereka dengan terlibat dalam rasuah,” katanya.

EZY