PR mahu ketepi perselisihan, pergiat penentangan GST, Akta Hasutan seluruh negara

Beberapa hari lagi menuju hari penentu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat ambil keputusan mengenepikan perselisihan dan perkukuh muafakat antara komponen.

Anwar berkata mesyuarat kepimpinan hari ini penting untuk menyelesaikan isu relevan Pakatan Rakyat.

Hasil mesyuarat hari ini, PR tetap akan meneruskan program-program berkepentingan rakyat, khususnya pemansuhan Akta Hasutan, dan penentangan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di seluruh negara.

Categories
NASIONAL

Anwar : Protes seluruh negara jika Pusat laksana GST

Anwar-GSTSHAH ALAM 6 OKT : Protes seluruh negara akan diadakan jika Kerajaan Pusat melaksanakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada Belanjawan 2014 yang diumumkan pada 25 Oktober ini Dewan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pakatan Rakyat (PR) menentang keras sebarang usaha kerajaan Umno-BN itu untuk pelaksanaan GST yang hanya akan membeban rakyat.

“Kerajaan telah meningkatkan harga petrol, GST akan menambahkan jumlah bebanan kepada rakyat,” kata Anwar dipetik dari The Star Online.

Sebelum ini, pemimpin Pakatan Rakyat menegaskan Kerajaan Pusat berpotensi untuk menjimatkan RM28 bilion sekiranya berjaya menangani ketirisan, ketidakcekapan pengurusan dan rasuah bersandarkan Laporan Ketua Audit Negara.

Kerajaan Pusat tidak perlu melaksanakan GST yang membebankan rakyat jika berupaya mengurangkan ketirisan perbelanjaan wang negara dan membanteras rasuah.

Kira-kira 85 peratus daripada rakyat negara ini tidak memperolehi pendapatan yang layak bagi membolehkan  mereka membayar cukai.

 

Categories
NASIONAL

Anwar : Penahanan Husam Bersifat ‘Selective Persecution’

anwar ibrahim kongres ke 9 PKR 02

AMPANG 23 JUN : Penahanan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa semalam disifatkan ‘penganiayaan terpilih’ (selective persecution) oleh pihak berkuasa dan Kerajaan Umno-BN.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ‘penderaan’ terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tetap diteruskan walaupun Kerajaan Persekutuan adalah kerajaan minoriti.

“Penderaan terhadap pimpinan PR diteruskan, walaupun kerajaan itu adalah minoriti yang tidak dapat dinafikan walaupun rakyat telah menolak BN.

“Budaya keangkuhan dan pendakwaan yang memilih ‘selective prosecution’, malah saya katakan ia adalah ‘selective persecution’ itu diteruskan,” katanya.

Semalam, Husam ditahan di Kampung Pandan, Ampang berhubung satu kenyataan yang beliau keluarkan di Kota Bharu sebelum perhimpunan Black505 di Padang Merbok. Semalam beliau dibawa ke Kota Bharu untuk siasatan.

Husam didakwa sebagai berkata ?Andaikata kita terkorban atau satu daripada kita terkorban, insyaAllah ia adalah syahid fi sabillilah?.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, penahanan Husam memperkukuhkan bukti bahawa pemimpin Umno bebas dan terlepas daripada segala kenyataan berbaur perkauman dan hasutan selama ini.

Katanya, selama hampir bertahun-tahun pemimpin Umno-BN dan kumpulan pendesak Melayu (Perkasa) mengeluarkan kenyataan sedemikian namun tiada tindakan diambil pihak berkuasa.

“Ungkapan berbaur perkauman dan hasutan ini lebih berbulan-bulan dan bertahun-tahun oleh Umno dan Perkasa sama sekali tidak dihiraukan.

?Seolah-olah tidak ada perubahan dalam sistem di negara kita,” ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.