Categories
BERITA UTAMA GLOBAL

Kajian: Tiada data tunjuk adanya konflik Muslim, Kristian

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 25 APR: Tiada unsur konflik antara penganut Islam dengan Kristian walau serangan di Sri Lanka dianggap “tindak balas” insiden tembakan di masjid Christchurch.

Kajian tentang keganasan oleh Universiti Maryland menunjukkan “tiada data menyokong jalan cerita berkembangnya perang antara agama”, lapor CNN kelmarin.

Memetik laporan Konsortium Kebangsaan bagi Kajian Keganasan dan Tindak Balas Terhadap Keganasan (START) di universiti tersebut, portal itu melaporkan hanya 1.45 peratus serangan pengganas di seluruh dunia melibatkan rumah ibadat antara 1970 hingga 2017.


Anggota keselamatan Sri Lanka memeriksa bahagian dalam gereja St. Sebastian di Negombo pada 22 April 2019, sehari selepas serangan bom pengganas. – Foto AFP.

“Apabila anda mengambil kira serangan pengganas terhadap tokoh dan institusi agama, jumlahnya hanya meningkat 1 peratus kepada 2.44 peratus,” lapor stesen TV terkenal itu.

Ia mengulas kenyataan Menteri Pertahanan Sri Lanka, Ruwan Wijewardene, yang mendakwa siri pengeboman di gereja dan hotel pada Ahad lalu akibat serangan di dua masjid New Zealand.

Lebih 350 terbunuh dalam serangan di lapan lokasi sempena sambutan Hari Paskah dan beratus-ratus lagi cedera. Kira-kira 60 orang suspek ditahan setakat ini.

ISIS, kumpulan pengganas yang berpangkalan di Syria, mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut. Sementara ada laporan menyebut Jamaah Tawheed Nasional terlibat.

Pengurus pangkalan data START Erin Miller dilaporkan mengingatkan pelampau Islam turut menyerang penganut agama itu, sekali gus menyanggah tanggapan konflik Muslim dengan Kristian.

“Jadi, walau penganut agama dan ramai lagi terkejut dengan serangan ke atas rumah ibadat, kita wajar meragui penganalisis yang menyebarkan naratif ‘pertembungan perabadan’.

“Data tidak menunjukkan idea (konflik Muslim dengan Kristian) tersebut, sekurang-kurangnya bukan pada saat ini,” katanya.

Categories
SELANGOR

Anwar: Pangkat, darjat bukan jaminan kemuliaan di sisi Allah SWT

Oleh: AFIX REDZUAN

KAJANG, 7 DIS: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus komited memperjuangkan hak rakyat selari dengan kehendak Islam walaupun menjadi mangsa serangan media apabila memenuhi undangan Gereja Kristian.

IMG_4886Sebelum ini, katanya, media hanya menimbulkan isu ‘Anwar Cross, Cross Anwar’ selepas beliau bergurau dengan ‘Father’ George.

“Saya akan pastikan ia tidak menghalang perjuangan untuk terus komited memastikan Malaysia terus menjadi baik,” katanya di Gereja Holy Family, di sini, hari ini.

Tegasnya, pangkat dan darjat bukan jaminan kemuliaan di sisi Allah SWT, sebaliknya semua pihak perlu memupuk semangat kemuliaan insan.

Turut hadir, Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali serta Reverend ‘Father’ George dan Exco Selangor, V Ganabairau.

-NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Bakar Injil Juga Menghina Agama – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 19072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Jemaah Menteri digesa membidas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Abdul Rahman kerana mempertahankan gesaan Pertubuhan Pribumi Perkasa membakar kitab Injil penganut Kristian.

2. Memuji usaha progresif Kerajaan Negeri mengkaji keberkesanan program pembasmian kemiskinan, badan penyelidikan Institut Rakyat mencadangkan kajian yang sedang dijalankan mengambil-kira faktor kemiskinan secara lebih menyeluruh.

3. Kira-kira 150 golongan Asnaf di Kuala Selangor berasa gembira apabila Kerajaan Negeri tidak melupakan mereka di bulan Ramadan yang mulia ini.