Categories
NASIONAL SELANGOR

Bakar Injil Juga Menghina Agama – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 19072013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Jemaah Menteri digesa membidas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Abdul Rahman kerana mempertahankan gesaan Pertubuhan Pribumi Perkasa membakar kitab Injil penganut Kristian.

2. Memuji usaha progresif Kerajaan Negeri mengkaji keberkesanan program pembasmian kemiskinan, badan penyelidikan Institut Rakyat mencadangkan kajian yang sedang dijalankan mengambil-kira faktor kemiskinan secara lebih menyeluruh.

3. Kira-kira 150 golongan Asnaf di Kuala Selangor berasa gembira apabila Kerajaan Negeri tidak melupakan mereka di bulan Ramadan yang mulia ini.

Categories
SELANGOR

Ganabathirau : Jumpa Penduduk Taman Permata Minggu Depan

ganabatirau

SHAH ALAM 13 JULAI : Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin, V Ganabathirau dijangka bertemu dengan penduduk Taman Permata, Dengkil bagi menyelesaikan isu perumahan mereka yang kini mengalami keretakan serius.

Menurut Ganabatirau, dalam pertemuan dengan penduduk itu nanti, pihaknya akan berbincang mengenai tawaran pembaikan keretakan pangsapuri terbabit sementara menunggu Kerajaan Pusat membina rumah baru mereka.

Katanya, alternatif itu dilakukan selepas mendapat nasihat daripada badan profesional dan kajian dari Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM).

“Kita sedia membaiki keretakan itu, sementara menunggu Kerajaan Pusat membina rumah teres seperti yang mereka janjikan sebelum ini,” katanya ketika di temui di Pejabatnya, di sini.

Penduduk pangsapuri kos rendah itu terdiri daripada 400 penghuni sementara yang merupakan bekas pekerja di Ladang Perang Besar, Medingly, Galloway dan Sedgley.

Mereka dipindahkan 14 tahun lalu berikutan memberi laluan kepada projek pembinaan Putrajaya seterusnya dijanjikan rumah teres satu tingkat.

Bagaimanapun, Kerajaan Pusat gagal menunaikan janji untuk membina perumahan itu dan penduduk hanya diberikan perumahan sementara iaitu pangsapuri kos rendah.

Manakala ketika ini, sebahagian daripada penduduk sudah 31 hari ‘berumah sementara’ di dalam khemah yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) selepas dikejutkan gegaran kuat.

Mengulas lanjut penyelesaian kepada kemelut itu, beliau berkata Kerajaan Negeri akan memperuntukkan tanah 30 ekar kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk kerja-kerja pembinaan rumah seperti yang dijanjikan mereka sebelum ini.

“Sebelum ini, kita memperuntukkan 18 ekar tanah, namun pihak Kementerian menolak tawaran itu kerana dikatakan tidak mencukupi untuk membina 400 buah rumah teres satu tingkat dalam surat mereka pada 7 Julai lalu.

“Oleh itu, kita membuat keputusan untuk memberikan tanah yang lebih luas kepada kementerian dan saya harap pihak kementerian serius membangunkan perumahan itu.

“Kerajaan Negeri serius dan komited untuk menangani isu seperti ini, kita sedia membantu menyelesaikan masalah penduduk,” katanya.

Difahamkan, proses pembangunan perumahan itu lambat dilakukan berikutan bekas Ahli Parlimen Sepang, Dr Mohd Zin Mohamed berkeras meminta 100 ekar daripada Kerajaan Negeri.