Categories
AGENSI SELANGOR

Polis cari pemandu lori terlibat kes langgar lari di Puchong

KUALA LUMPUR, 24 OKT: Polis sedang mengesan pemandu lori disyaki terlibat dalam kes langgar lari yang menyebabkan kematian seorang pegawai bomba di Jalan Puchong-Dengkil, Puchong, Selangor, petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Supt Azman Shari’at berkata mangsa Anuar Harun, 42, yang juga Penguasa Kanan Bomba, Ketua Zon Daerah Petaling maut di tempat kejadian selepas skuter ditunggangnya bergesel dengan lori terbabit.

“Mangsa maut akibat cedera parah di kepala dipercayai digilis oleh lori tersebut dalam kejadian yang berlaku di lokasi sebelum jejambat Batu 14 di jalan berkenaan ketika bergerak menghala ke Puchong.

Motosikal (skuter) mangsa jenis Yamaha NVX rosak di bahagian hadapan sisi kanan manakala butiran lori yang melarikan diri ke arah Sunway masih belum diketahui dan masih dalam usaha pengesanan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Azman berkata setakat ini pemandu lori itu belum membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil membantu polis bagi mengesan pemandu terlibat.

-BERNAMA

 

Categories
NASIONAL

Anggota polis maut dipercayai langgar lari

SITIAWAN, 7 JAN: Seorang anggota polis maut manakala seorang orang awam cedera parah selepas motosikal yang ditunggang masing-masing dipercayai dilanggar lari oleh sebuah kenderaan, dalam kejadian di Km3 Jalan Sitiawan-Ayer Tawar berhampiran Taman Nesa, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Muhammad Hanif Othman berkata, dalam kejadian jam 9.05 malam itu, Kpl G. Kumaran, 34, yang bertugas di Balai Polis Seri Manjung, maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi penunggang lelaki berusia 41 tahun patah bahu kiri serta beberapa kecederaan lain.

“Akibat jarak yang terlalu dekat, kedua-dua motosikal itu tidak sempat mengelak lalu dilanggar kenderaan berkenaan yang kemudian dipercayai lari selepas kejadian berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, polis sedang mengenal pasti kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Siti Nur Athira Ramlan melalui talian 018-9702345 untuk membantu siasatan.

*Sumber: BERNAMA

Categories
SELANGOR

Lelaki langgar lari Taman Equine direman empat hari

PETALING JAYA, 19 NOV: Pemuda lelaki dipercayai terbabit dalam kes langgar lari seorang pelanggan restoran di Taman Equine, Seri Kembangan, malam tadi direman empat hari, bermula hari ini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairol Azhar Mohd Ishak membenarkan tempoh reman sehingga Khamis ini bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap suspek lingkungan usia 20-an itu.

Siasatan terhadap pekerja am itu dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara sehingga 12 bulan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, lelaki itu yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di mahkamah pada kira-kira 11.25 pagi dan diiringi anggota polis keluar dari bilik reman kira-kira 30 minit kemudian.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata suspek ditahan kira-kira 1.43 pagi ini selepas majikan kepada suspek menyerahkan lelaki berkenaan kepada polis.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek yang berasal dari Sarawak itu negatif dadah namun darah suspek akan diambil untuk ujian alkohol,” katanya.

Terdahulu, seorang awanita dilapor maut sementara empat lagi pelanggan sebuah restoran cedera selepas mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam satu kejadian di Taman Equine kira-kira jam 8 malam semalam.

Ketika kejadian, wanita berusia 57 tahun itu sedang makan malam bersama anggota keluarganya di hadapan premis tersebut.

-Bernama

Categories
NASIONAL

Suspek kes langgar lari Taman Equine ditahan

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Lelaki dipercayai terbabit dalam kes langgar lari di Taman Equine, Seri Kembangan ditahan polis, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata, suspek berumur lingkungan 20-an itu ditahan kira-kira 1.43 pagi selepas majikan kepada suspek menyerahkan​​​ lelaki berkenaan kepada polis.

Beliau berkata ujian saringan air kencing mendapati suspek yang berasal dari Sarawak itu negatif dadah.

“Bagaimanapun darah suspek diambil bagi ujian alkohol dan suspek akan direman hari ini di Mahkamah Petaling Jaya,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, seorang wanita maut dan empat lagi pelanggan sebuah restoran cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di kawasan berkenaan.

Wanita berusia 57 tahun itu sedang makan malam bersama anggota keluarganya di hadapan premis tersebut sebelum dilanggar pada kira-kira 8.15 malam.

Categories
NASIONAL

Pemandu berjaya rakam kejadian langgar lari kereta peronda polis

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 JUN: Seorang pemandu berjaya merakam satu kejadian melibatkan pemandu kereta Volkswagen Polo melanggar lari bahagian belakang sebuah kereta peronda polis.

Kejadian yang dikatakan berlaku di terowong berhampiran Penjara Pudu itu melibatkan dua anggota peronda polis pada jam 9.09 pagi, 22 Jun lalu.

Rakaman kejadian dimuatnaik pemilik akuan Siakap Keli itu menunjukkan kereta Volkswagen Polo yang dipandu laju memotong beberapa kenderaan sebelum merempuh kereta peronda polis yang dipandu di lorong kiri.

Selepas melanggar kereta peronda itu, kereta Volkswagen itu dilihat bukan sahaja tidak berhenti, bahkan mengheret sehingga kereta peronda itu berpusing sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelah kanan.

hqdefaultBagaimanapun, dua anggota polis itu terselamat apabila dapat keluar dari kenderaan dalam keadaan baik.

Rakaman yang mendapat lebih 14,000 l’ike’, dikongsi 14,494 pemilik akaun facebook itu dan ditonton lebih 200,000 di Youtube itu mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

“Harap pemandu yang rakam kejadian dapat bantu PDRM cari pemandu kereta Volkswagen Polo itu,” kata Muhd Farid Ali dalam komennya.

“Langgar polis pun dia berani lari, kalau dia langgar orang awam, terutama penunggang motorsikal, memang dia tak akan berhenti la. Dapat tangkap tolong haramkan dia dari memandu seumur hidup,” tulis Yuri Boyka pula.

“Inilah kerja polis. Kau orang hari-hari maki. Dia orang tiap masa ketika dalam bahaya, kau orang duduk depan PC tembak peng peng,” kata Mohd Azlin Shah dan Julie Anme pula menulis “Polis pun manusia biasa yang ada anak isteri dan cari rezeki macam orang lain. Kesian mereka.”

VW Polo-rempuh-MV-600x360Bagaimanapun seorang lagi komentar memberitahu pemandu kenderaan itu berjaya ditahan hasil kerjasama seorang pemandu motosikal.

“Saya bertugas pagi tu. Orang awam India tunggang motorsikal kejar. Kebetulan Kereta Volkswagen tu pun dah tak boleh nak tekan laju. Kalau tak memang hilang laa,” tulis Mohd Tarmizi Mk.

Xera Lim pula memuat naik dua foto yang didakwa pemandu Volkswagen berjaya ditahan pasukan polis di sebatang jalan di ibu kota.

Susulan itu, beberapa pemilik akaun facebook mengucapkan tahniah kepada pemandu motosikal terbabit dan menganggapnya sebagai hero.

-NFN-