Categories
NASIONAL

Anwar : Dua Hari Selesai Masalah Pertindihan Kerusi – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 22042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakannya meletakkan Badrul Hisham Shaharin sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh walaupun tindakan itu mendapat tentangan PAS kawasan itu.

2. Parti Tindakan Demokratik (DAP) tidak akan bertolak-ansur dengan tindakan ahli yang bertanding sebagai calon bebas dalam PRU13.

3. Pakatan Rakyat akan memulangkan hasil diperoleh Lembaga Pelabuhan Klang setiap tahun kepada rakyat apabila berjaya mengambilalih pentadbiran Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Abdul Khalid : Pulangkan Hasil Pelabuhan Klang Kepada Rakyat

MB Sumbangan SJKC April 15 03

PELABUHAN KLANG 22 APRIL : Pakatan Rakyat (PR) akan memulangkan hasil diperoleh Lembaga Pelabuhan Klang setiap tahun kepada rakyat apabila berjaya mengambilalih pentadbiran Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU13) ini.

Calon PR bagi DUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Lembaga Pelabuhan Klang yang dikuasai Kerajaan Persekutuan menjana pendapatan lumayan pada setiap tahun.

Bagaimmanapun, katanya, segala hasil diperoleh itu tidak dipulangkan kepada rakyat khususnya rakyat Selangor.

“Pelabuhan Klang mendapat hasil yang banyak setiap tahun, kira-kira RM1 bilion sebulan, bukan sedikit dapat hasil daripada Kastam.

“Tak kan orang Klang tak dapat royalti. Bayangkan dengan duit sebanyak itu berapa ratus ribu rumah kita boleh buat,” katanya dalam majlis perasmian Bilik Gerakan Ranting Pulau Indah di sini.

Abdul Khalid berkata, seandainya terpilih menjadi wakil rakyat di kawasan itu beliau akan memastikan Pelabuhan Klang terus dibangunkan termasuk Pulau Indah yang lebih moden dengan kemajuan membanggakan.

“Menang di Selangor tak cukup tapi kena menang di Putrajaya untuk buat perubahan secara menyeluruh,” katanya yakin rakyat akan menyokong PR.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Nelayan Kuala Langat Harus Berhenti Persalahkan Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 15 MEI : Masalah yang membelenggu sebahagaian nelayan di Kuala Langat hanya boleh diselesaikan kerajaan pusat yang menentukan kuasa perairan negara.

Masalah seperti kedudukan boya yang didakwa mengganggu hasil tangkapan, pewartaan kawasan ‘port limit’ dan aktiviti kapal-kapal besi di kawasan perairan di situ di bawah kawalan agensi kerajaan pusat.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kuasa yang ada pada kerajaan negeri hanyalah untuk berbincang dan merayu kepada kerajaan persekutuan.

“Kita telah mengadakan perbincangan menyeluruh bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) , Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Majlis Daerah tetapi tiada kata sepakat kerana permintaan para nelayan adalah luar biasa,” katanya ketika dihubungi TVSelangor hari ini.

Laporan media memaparkan satu demonstrasi oleh 20 nelayan di Kelanang, Kuala Langat pada Sabtu lalu bagi mendesak kerajaan negeri membela nasib mereka.

Abdullah Sani berkata perbincangan telah dilakukan sebanyak sembilan kali dan selepas kali terakhir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengambil alih.

“Selepas Noh Omar campur tangan, saya tidak ambil tahu lagi kerana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang seharusnya bertanggungjawab,” jelasnya.

Menurut Abdullah Sani, para nelayan menuntut pampasan berjumlah RM15 juta dari kerajaan negeri.

Katanya, Kerajaan negeri tidak pernah berjanji di dalam manefesto pilihanraya lalu untuk memberikan pampasan sebanyak itu kepada para nelayan.

“Kerajaan pusat terlibat dalam pembinaan ‘port limit’ tersebut dan kerajaan negeri tidak pernah berjanji sedemikian kepada para nelayan,” katanya lagi.