Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

3.18 juta penduduk Selangor lengkap dua dos vaksin

SHAH ALAM, 25 OGOS: Seramai 3.18 juta atau 66.9 peratus penduduk Selangor yang layak divaksin lengkap menerima dua dos suntikan pelalian setakat hari ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi perkongsian infografik di Facebook memaklumkan sebanyak 7.12 juta dos vaksin diberi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menurut maklumat itu, sebanyak 377,953 dos disuntik bawah program Vaksin Selangor (Selvax).

Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan Kerajaan Negeri kepada pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Selvax Komuniti pula memanfaatkan 250,000 rakyat yang belum divaksin membabitkan 500,000 dos.

Usaha itu diiktiraf kerajaan persekutuan dan terangkum dalam kerangka PICK yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas dan pekerja industri.

Categories
AGENDA NASIONAL

Lebih 12 juta penduduk negara ini lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 20 OGOS: Sebanyak 37 peratus atau 12,079,978 populasi negara ini telah melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu menerusi perkongsian infografik dalam Twitter rasminya memaklumkan setakat semalam juga, seramai 17,806,570 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 29,886,548 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 517,692 dos diberikan semalam dengan 180,810 adalah dos pertama manakala 336,882 merupakan dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

1.77 juta penduduk Selangor lengkap dua dos vaksin

SHAH ALAM, 8 OGOS: Sebanyak 1.77 juta atau 37.3 peratus penduduk Selangor lengkap menerima dua dos vaksin setakat hari ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Menerusi perkongsian infografik di Facebook Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan sebanyak 5.32 juta dos vaksin disuntik menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menurut beliau daripada jumlah itu sebanyak 3.55 juta atau 74.7 peratus penduduk sudah menerima dos pertama pelalian.

Manakala sebanyak 245,746 dos disuntik melalui program Vaksin Selangor (Selvax).

Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan Kerajaan Negeri kepada pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Selvax Komuniti pula memanfaatkan 250,000 rakyat yang belum divaksin membabitkan 500,000 dos.

Usaha melibatkan kos bernilai RM200 juta itu diiktiraf kerajaan persekutuan dan terangkum dalam kerangka PICK yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas serta pekerja industri.