Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Catat bacaan sifar TON, LRA Sungai Semenyih kembali beroperasi

SHAH ALAM, 6 OKT: Pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih telah mencapai tahap sifar TON (ukuran kadar bau) pagi ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkembangan ini membolehkan pam di loji mula beroperasi untuk tugas-tugas pembersihan.

“Setelah itu, bekalan air akan disalurkan secara berperingkat kepada pengguna,” katanya menerusi Twitter.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan awal memaklumkan ujian persampelan yang dijalankan di muka sauk LRA Sungai Semenyih telah mencatatkan bacaan sifar TON tiga kali berturut.

Bagaimanapun, ujian persampelan dijalankan sehingga jam 6 pagi tadi masih mengesan pencemaran di muka sauk LRA Bukit Tampoi pada tahap dua TON.

Air Selangor memaklumkan 92 lori tangki air digerakkan ke premis kritikal, sekolah serta kawasan perumahan terjejas.

“Sebanyak 22 tangki statik, 10 stesen pengisian setempat, sembilan Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan 13 pili awam juga disediakan untuk kemudahan pengguna yang terjejas,” katanya.

Categories
SELANGOR

LUAS buat laporan polis, MB harap pelaku dihadap ke mahkamah

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 24 OKT: Kes pencemaran air Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang mengakibatkan bekalan air terpaksa dihentikan kini berada dalam siasatan polis.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ini berikutan Lembaga Urus Air Selangor sudah membuat laporan polis semalam.

“LUAS adalah agensi Kerajaan Negeri. Semua insiden ini berlaku di luar Selangor. Semalam di Nilai, sebelum ini di Pahang, Semantan.

14666045_10154355247190379_3468407568389476927_n“Jadi LUAS mengambil inisiatif membuat laporan polis dan kita biarkan polis siasat,” katanya di Lobi Bangunan Parlimen ketika persidangan Dewan Rakyat berhenti berehat sebentar tadi.

Mohamed Azmin turut berharap supaya pihak bertanggungjawab melakukan pencemaran dihadapkan kemuka pengadilan.

-nR-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Henti tugas loji rawatan air Sungai Semenyih

Oleh: ZAIDY ABDUL TALIB

1. Susulan daripada penurunan kadar pH dan peningkatan parameter Mangan dan Ammonia di Sg. Semenyih pada jam 3.15 petang 3 Mac 2015, loji rawatan air (LRA) Sg. Semenyih telah mengurangkan kadar pengepaman air mentah daripada 682 juta liter sehari (JLH) kepada 409 JLH dan seterusnya menghentikan operasi loji pada jam 5.15 petang pada hari tersebut. Kadar pH yang dicatatkan di dalam air mentah adalah 5.65, Ammonia pada 1.60 ppm dan Mangan pada kadar 1.51 ppm.

2. Siasatan LUAS bersama pihak ABASS pada 3 Mac 2015 yang lepas, telah mendapati analisa pensampelan in-situ bagi parameter pH, Ammonia dan Mangan di Sg. Semenyih dan anak-anak sungainya adalah pada kadar normal. LRA Sg. Semenyih telah beroperasi semula pada kapasiti penuh jam 3.00 pagi semalam apabila parameter pH kembali stabil di muka sauk pada kadar 6.86, Ammonia pada kadar 0.95 ppm dan Mangan pada kadar 0.41 ppm pada jam 2 pagi semalam. Sehingga jam 7 malam semalam bacaan di muka sauk bagi parameter pH adalah 6.69, Ammonia 1.07 ppm dan Mangan 0.28 ppm. Siasatan masih lagi diteruskan untuk mengenalpasti punca yang menyebabkan pencemaran tersebut berlaku.

3. Pihak SYABAS menjangkakan bahawa bekalan air di kawasan pengguna yang terjejas di Wilayah Petaling, Kuala Langat dan Sepang akan pulih sepenuhnya menjelang pagi ini. Sementara itu, bagi kawasan yang terlibat di Wilayah Hulu Langat, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya menjelang pagi 6 Mac 2015. Bagi mendapatkan perincian status pemulihan bekalan air mengikut setiap kawasan masing-masing, pengguna digalakkan mengakses laman web SYABAS (www.syabas.com.my)

4. Bagi mengurangkan kesulitan pengguna di kawasan yang belum pulih sepenuhnya bekalan air masing-masing, pihak SYABAS akan terus menyediakan bantuan bekalan air kecemasan melalui 49 lori-lori tangki yang telah digerakkan sejak berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

 # Zaidy Abdul Talib adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani

LRA Sungai Semenyih loji pertama negara terima sijil ISO 223012012

Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih menerima pengiktirafan sijil ISO 223012012 dan menjadikannya LRA pertama seumpamanya yang menerima pengiktirafan itu.