Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Sebahagian rangkaian kereta api bawah tanah London tutup

LONDON, 19 MAC: Perkhidmatan rangkaian kereta api bawah tanah London ditutup sebahagiannya, lapor agensi berita Anadolu, memetik Transport London pada Khamis.

Bermula hari ini sehingga diberitahu kelak, 40 stesen kereta api akan ditutup.

Rangkaian Waterloo & City ditutup sepenuhnya. Semua rangkaian ditutup pada Jumaat dan Sabtu, hanya kakitangan yang menjalankan tugas kritikal seperti pegawai kesihatan dibenarkan menggunakan perkhidmatan bas.

Perkhidmatan bas dan kereta api ditutup sebahagiannya susulan keputusan kerajaan mengharamkan semua perjalanan tidak penting.

Sky News melaporkan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menutup kebanyakan kedai di ibu negara pada hujung minggu.

Farmasi dan pasar raya tetap dibuka tetapi di bawah pengawasan. Namun, belum ada keputusan rasmi berhubung perkara itu.

Kerajaan juga memutuskan menutup sekolah sehingga diberitahu kelak.

Menurut data Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS), Covid-19 meragut 33 nyawa dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan angka korban seramai 104 orang.

Kes yang disahkan meningkat sebanyak 676 lagi menjadikan jumlah keseluruhan 2,526 orang.

-BERNAMA

Categories
GLOBAL

London perkenal ‘cukai asap’ usaha tingkat kualiti udara

LONDON 24 OKT: London memperkenalkan caj ke atas kenderaan paling lama dan paling banyak menghasilkan pencemaran bagi memulihkan kualiti udara di kota raya berkenaan, kata Datuk Bandar, Sadiq Khan.

Dinamakan caj-T, cukai harian sebanyak £10 (RM55.64) itu mula dikenakan semalam ke atas kenderaan enjin petrol dan diesel yang didaftarkan sebelum tahun 2006 dan tidak memenuhi standard pengelua­ran asap kenderaan dikenali sebagai Euro 4, lapor REUTERS.

Caj baharu itu dikenakan mulai jam 7 pagi hingga 6 petang, sama seperti cukai kesesakan lalu lintas berjumlah £11.5 (RM64.20) yang dikuatkuasakan pada hari bekerja.

Cukai tambahan itu mengakibatkan sebahagian pemilik kenderaan perlu membayar caj £21.50 (RM120) sehari untuk memandu di pusat bandar London.

“Sebagai datuk bandar, saya bertekad untuk mengambil tindakan segera bagi membantu membersihkan udara ‘maut’ di London.

“London berdepan skala krisis kesihatan awam memalukan dengan beribu-ribu kematian pramatang berlaku akibat pencemaran udara. Semua ini harus ditangani,” kata Sadiq.

Langkah itu dilaksanakan selepas Mahkamah Tinggi Britain memutuskan bahawa United Kingdom gagal mematuhi undang-undang Kesatuan Eropah berhubung pengeluaran gas nitrogen dioksida di sebalik usaha kerajaan memerangi pencemaran udara.

Langkah baharu tersebut juga merupakan sebahagian daripada inisiatif bernilai £875 juta (RM4.8 bilion) oleh pejabat datuk bandar bagi menangani pencemaran udara di London di samping pengenalan Zon Emisi Ultra Rendah (ULEZ) pada tahun 2019.

Hampir 9,500 warga kota London menjadi mangsa kematian pramatang setiap tahun kerana pendedahan berpanjangan kepada pencemaran udara, demikian kata kajian pada tahun 2015 oleh pasukan penyelidik di King’s College, London.

=EZY=

 

Categories
GLOBAL

Pejalan kaki cedera dirempuh di muzium London

LONDON 8 OKT: Beberapa orang pejalan kaki cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki berhampiran Muzium Sejarah Semulajadi di sini.

Bagaimanapun, lelaki terbabit berjaya ditahan polis yang berada di lokasi kejadian, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Terdahulu, media British melaporkan sebuah kereta terbabas ke laluan pejalan kaki di luar sebuah destinasi tarikan pelancong.

Polis menyifatkan kejadian di kawasan selatan Kensington di barat London itu sebagai satu kemalangan dan berkata motif kejadian itu sedang disiasat.

Police officers stand in the road near the Natural History Museum, after a car mounted the pavement injuring a number of pedestrians, in LondonSementara itu, muzium itu dalam satu kenyataan di laman Twitter berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan polis selepas ‘satu kejadian serius’ dan akan memberikan maklumat lanjut berhubung insiden itu tidak lama lagi.

Dalam pada itu, pihak polis berkata, pegawainya sudah berada di tempat kejadian dan Perkhidmatan Ambulans London juga sudah dihubungi.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Kos baiki menara jam Big Ben London RM345 juta

GLOBAL 30 SEPT: Kos untuk membaiki menara jam Big Ben di London mencecah sekali ganda menjadikannya berjumlah £61 juta (RM345 juta).

Peningkatan kos itu berikutan pasukan jurutera mendapati tugas tersebut lebih sukar daripada yang dijangkakan, lapor MAIL ONLINE.

Projek pemuliharaan tersebut sudah pun menjadi kontroversi kerana ia akan menyebabkan loceng Big Ben akan senyap selama empat tahun.

Kos yang meningkat dari £29 juta (RM164 juta) itu mencetuskan kritikan dan keraguan mengenai anggaran berbilion Pound untuk mengubah suai bahagian lain di bangunan Parlimen.

Syarikat Sir Robert McAlpine Special Projects Division Ltd telah dilantik sebagai kontraktor utama bagi projek pembaikan.

Anggaran kos itu selepas kajian terperinci selama 16 bulan terhadap projek membabitkan perancah yang dibina di menara setinggi 96 meter.

BIG BEN 1Berdasarkan penelitian, lebih banyak tugas yang mencabar dan keadaan yang lebih buruk dijangka pada kawasan di bawah sekitar menara.

Walaupun kos yang tinggi telah ditandatangani, tetapi beberapa ahli Parlimen yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut mendedahkan mengenai kemarahan mereka terhadap kos berkenaan.

Kerja-kerja telah dijalankan bagi pengubahsuaian bangunan yang juga dikenali Menara Elizabeth itu, sejak berbulan-bulan.

Ia menyaksikan pembaikan di menara itu dan jam yang dikenali sebagai Great Clock.

=EZY=

Categories
GLOBAL

22 cedera serangan stesen kereta api metro London

LONDON 16 SEPT: Polis Britain berkata bahawa sebutir bom digunakan dalam letupan di sebuah stesen kereta api metro di London yang mencederakan 22 orang semalam.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan pihak berkuasa menganggap kejadian itu serangan pengganas.

“Kami mendapati letupan berpunca daripada bom buatan sendiri,” kata ketua unit polis antikeganasan, Mark Rowley.

Polis London kini dibantu agensi perisikan dalam negeri, MI5, katanya.

21742927_10213617228845785_1860627877191256240_nPenumpang sebuah kereta api menuju ke kota raya London bertempiaran lari apabila api membakar sebuah gerabak di stesen kereta api bawah tanah Parsons Green, London Barat pada pukul 8.20 pagi (waktu tempatan).

Beberapa saksi berkata, sebahagian penumpang mengalami melecur dan kecederaan lain akibat rempuhan semasa mereka lari menyelamatkan diri.

Menurut perkhidmatan ambulans London, pihaknya membawa seramai 18 orang ke hospital tetapi tiada mangsa yang parah. Baki mangsa berusaha sendiri untuk mendapatkan rawatan di hospital berdekatan.

Gambar yang dirakam di lokasi kejadian menunjukkan sebuah baldi putih bersama sebuah beg berada di atas lantai sebuah gerabak kereta api tersebut.

21740016_10213617227365748_2491752288896626473_nBaldi itu masih terbakar dan terdapat wayar terjuntai daripada perkakasan itu.

“Saya berada di gerabak kedua dari belakang. Saya mendengar desiran kuat. Saya mendongak dan melihat seluruh gerabak terbakar dan api menuju ke arah saya.

“Ramai orang yang jatuh dipijak semasa melarikan diri. Sebilangan penumpang cedera,” kata saksi kejadian, Ola Fayankinnu.

Seramai 52 orang terbunuh apabila empat militan meletupkan bom bunuh di tiga buah stesen kereta api bawah tanah dan sebuah stesen bas di London pada tahun 2005.

=EZY=

Categories
SELANGOR SUKANKINI

Jelajah London: #kapcaipackers jejak bumi Pakistan, terus jaya misi mencabar

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 5 JULAI: Selepas tiga bulan, pasangan #kapcaipackers, Mohd Alfifshahrin Zakaria dan Diana Latief, kini menjejaki bumi Pakistan dalam usaha mereka melengkapkan misi jelajah ke kota London, sebelum September ini.

Dalam status media sosial Facebook Mohd Alfishahrin, pasangan suami isteri itu menjelaskan mereka ketika ini dalam perjalanan merentasi sempadan Pakistan dan Iran.

“Alhamdulillah sampai di Dalbadin, lagi 200 kilometer nak ke sempadan Iran. Menunggang di padang pasir dengan angin kuat serta cuaca sekitar 50°c …..rentung.

WhatsApp Image 2017-07-05 at 15.55.53“Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan kami,” catatnya.

Alfifsharin, 31, dan Diana, 30, yang menyambut 1 Syawal di Kedutaan Malaysia di Pakistan tidak lupa mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua termasuk ibu bapa dan mertua, penganjur, penyokong serta pihak berkaitan.

Sebelum sampai ke Pakistan, pasangan suami isteri yang memulakan siri jelajah pada 8 April lalu di Batu Caves dengan menaiki Honda RS 150R dengan sasaran menamatkannya dalam tempoh 120 hari sudah melalui beberapa negeri di Thailand, Nepal dan India.

Pengembaraan disifatkan ‘percutian bulan madu’ bagi pasangan pengantin baru itu adalah program sulung direncanakan merentasi 25 negara Asia antaranya Austria, Belgium, Perancis, England, Hungary sebelum berakhir di London.

Jelajah itu disempurnakan pelepasannya oleh Exco Generasi Muda, Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan negeri, Amirudin Shari, yang didukung sepenuhnya Persatuan Mencegah Dadah (PEMADAM) Selangor dan GIVI Motorcycle Accessories yang menaja kelengkapan peralatan mereka.

Sebagai tanda sokongan, rakyat Malaysia khususnya warga Selangor boleh mengikuti perkembangan pengembaraan mereka di laman rasmi Facebook, PEMADAM SELANGOR atau menggunakan hashtag #kapcaipackers di laman sosial.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Keganasan tiada tempat dalam Islam

OLEH HASANUDDIN YUNUS

Tragedi yang menimpa sahabat kita di Kota London yang menyebabkan sembilan maut, termasuk tiga penyerang ditembak mati polis adalah suatu yang tragis yang menimpa dunia kita pada hari ini, walaupun ini bukan perkara baru, tetapi impaknya kepada seluruh dunia itu cukup besar.

Malah ada beberapa dakwaan daripada laporan antarabangsa yang mendakwa penyerang tersebut telah membunuh dengan menikam dan mengelar mangsa sambil melaungkan “ini untuk Allah”.

Penting untuk saya tegaskan bahawa keganasan dalam apa jua bentuk tidak ada ruang dalam Islam malah tuhan melarang sama sekali sebarang bentuk pembunuhan. Tedapat 7 larangan utama dalam Islam yang membawa dosa besar; salah satunya ialah membunuh tanpa sebab yang munasabah.

Malangnya pada hari ini ada sekelompok dari mereka yang sengaja meniup perbezaan atas nama bangsa dan agama dengan sengaja untuk memburuk-burukkan agama dan memecahbelahkan manusia.

Justeru sebagai rakyat yang sedar, saya dan kita semua perlu bangkit untuk mengenalpasti perbezaan sesama manusia, menyusun perbezaan itu, mengatur siri penyelesaiannya, jalan-jalan keluarnya sehingga terhindar pertikaian yang boleh membawa pembunuhan dan peperangan.

hasanuddin picMaka dengan itu, saya bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan bertekad untuk melaksanakan tugas membina bersama sebuah negara yang bertamadun khususnya sesama manusia. Sungguhpun kita berbeza luarannya titik pertemuan perlu dibina demi menyelamatkan manusia dan negara.

Kita semua menolak sebarang kerakusan pemimpin negara dalam mencuri dan merompak kekayaan negara, salah guna kuasa, rasuah, menipu, pembaziran, ketirisan kleptokrasi, cukai yang membebankan, membiarkan kenaikan harga barang keperluan yang akan membawa rasa tidak selesa rakyat, marah, kebencian, pertikaian dan boleh menjurus kepada pembunuhan.

Oleh itu, mengapa kamu di sana membunuh dan melakukan kerosakan atas nama tuhan; sedangkan tuhan melarang itu semua, ingatan keras saya kepada mereka yang membunuh atas nama tuhan.

*Hasanuddin Yunus adalah Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH)