Categories
NASIONAL

Kes GST: Najib komen tak tahu

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA LUMPUR, 24 OKT : Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak enggan mengulas lanjut berkenaan isu bayaran tunggakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bernilai RM19.4 juta.

“Saya tak tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas keluar dari Prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), di Parlimen, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan perkara dibincangkan dalam prosiding berkenaan, namun ia berjalan lancar.

“Untuk prosiding hari ini, PAC mendapat maklumat dan pengesahan dari Najib berkenaan “key questions” yang diajukan. Namun, kita tidak boleh mendedahkannya lagi buat masa ini.

“Bagaimanapun, Najib memberi kerjasama baik, segala pertanyaan daripada ahli PAC terjawab,” katanya.

Pada masa sama, katanya, PAC akan memanggil Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagi tujuan sama dalam masa terdekat ini.

“Kita akan memuktamadkan tarikh memanggil Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam hari ini juga.

“Segala keterangan dan bukti diteliti untuk melengkapkan prosiding yang bakal dibentangkan di Parlimen nanti,” katanya.

Demo #MansuhGST : ‘Saya sendiri rayu Najib, jangan kenakan GST, tapi dia tak peduli’ -Tun M

‘Saya sendiri rayu Najib, jangan kenakan GST,tapi dia tak peduli’

Ucapan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed pada Himpunan #MansuhGST #UndurNajib – 2 April 2016

Demo #MansuhGST :’Pekerja MAS, PETRONAS dibuang, saya pun dibuang’ -Tun M

Tun Mahathir menasihati peserta untuk menandatangani deklarasi rakyat untuk dihadapkan kepada Raja-Raja Melayu.

Ucapan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed pada Himpunan #MansuhGST #UndurNajib – 2 April 2016

Mat Sabu : Mahathir kepala perompak, saya percaya dia

Mohamad Sabu percaya mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir menyimpan banyak rahsia Kerajaan termasuk penyelewangan dalam pentadbiran Malaysia.