Categories
GLOBAL

Kerajaan India pening kepala tangani ‘karenah’ monyet

NEW DELHI 11 DIS: Selain parti politik pembangkang, kerajaan turut berhadapan pencabar yang tidak kurang hebat iaitu monyet yang menjadi ancaman besar sekitar pejabatnya di ibu kota India itu.

Macaque rhesus bermuka merah mencetuskan kekecohan, mencuri makanan dan telefon bimbit, memecah masuk rumah dan menakutkan orang ramai di dan sekitar New Delhi.

Ia menguasai kawasan sekitar Parlimen, dan dari pejabat Perdana Menteri sehingga ke Kementerian Kewangan dan Pertahanan, menakutkan pekerja awam dan orang ramai.

“Ia selalu merampas makanan daripada orang ramai ketika mereka berjalan kaki, dan kadang-kadang mengoyak fail dan dokumen dengan memanjat melalui tingkat,” kata kakitangan Kementerian Dalam Negeri India, Ragini Sharma.

Menjelang permulaan sesi Parlimen musim sejuk hari ini, penasihat ahli Parlimen bulan lalu memperincikan cara mengelakkan serangan haiwan itu.

Jangan usik atau bertentang mata dengan monyet, kata penasihat, dan jangan sesekali berada di tengah-tengah antara ibu monyet dan anaknya.

Pertumbuhan pesat bandar raya menyebabkan monyet kehilangan habitat, paling banyak di dunia selepas manusia, mendorong ia menceroboh habitat manusia untuk mencari makanan.

Ramai penduduk di India yang majoritinya beragama Hindu memuja dan memberi makan haiwan yang dianggap ada kaitan dengan Hanuman.

“Tradisi sosio-agama memberi makan mewujudkan kitaran ganas.

“Ia sudah biasa diberi makan oleh manusia dan hilang rasa takut. Ia mula mencari makanan tambahan dan jika tidak diberi, ia menjadi agresif,” kata penyelidik ekologi, Asmita Sengupta.

SUMBER: REUTERS

Categories
SELANGOR

Monyet liar berkeliaran, penduduk Subang Jaya perlu segera hubungi Jabatan Perhilitan

Oleh: AFIX REDZUAN

SUBANG JAYA, 25 JUN: Penduduk Subang Jaya khususnya di USJ 12/1L dan USJ 12/1K diminta segera menghubungi Jabatan Perhilitan jika melihat kehadiran sekumpulan monyet di kawasan kediaman mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata mereka diminta untuk berbuat demikian dengan menghubungi Jabatan Perhilitan Daerah Petaling di talian 03-5519 3915 atau 03-5519 0817.

“Ini bidang kuasa Jabatan Perhilitan kerana mereka mempunyai badan bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah monyet berkeliaran. Penduduk tidak perlu menghubungi Majlis Daerah Subang Jaya (MPSJ),” katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Monkeys on RoofHannah berkata, beliau sudah menghubungi Jabatan Perhilitan berkenaan perkara itu dan agensi berkenaan memberikan kerjasama dalam usaha membenteras kehadiran kumpulan monyet terbabit.

Beliau berkata, kumpulan monyet itu datang dari Putra Height kerana kawasan bukit sekitara lokasi terbabit sedang dibangunkan yang mengganggu habitat asal haiwan berkenaan.

Katanya, sebelum ini pihak Perhilitan meletakkan satu perangkap besi di rumah penduduk, namun gagal untuk menangkap monyet berkenaan.

“Lebih menyukarkan keadaan, penduduk enggan membenarkan perangkap besi diletakkan dirumah mereka kerana bimbang dengan keselamatan ahli keluarga. Monyet ini akan datang secara berkumpulan sekurang-kurangnya tiga ekor dan menjadikan pokok mangga sebagai sasaran makanan mereka.

hannah yeoh“Monyet ini akan menghabiskan makanan di atas bumbung rumah selain merosakkan kawasan berkenaan,” katanya.

Hannah berkata, ibu bapa perlu memastikan keselamatan anak mereka termasuk orang awam supaya tidak menjadi mangsa kekasaran haiwan berkenaan.

“Apa yang penting adalah soal keselamatan. Jangan tinggalkan kanak-kanak diluar rumah.

“Jangan berjalan berseorangan. Sepanjang enam tahun menjadi ADUN, ini kali pertama kejadian ini dimaklumkan kepada saya,” katanya.

-NFN-