Categories
AGENDA NASIONAL

Parlimen ‘kawasan risiko’, sidang khas Isnin ini ditunda

KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Menerusi notis dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat bertarikh hari ini, pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penangguhan persidangan berkenaan selaras Peraturan Mesyuarat 11(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Penangguhan ini adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“…susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan Covid-19, yang mana KKM berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko berlakunya penularan jangkitan itu,” demikian menurut notis itu.

Menurut notis itu juga, setiausaha Dewan Rakyat memaklumkan beliau telah diarahkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon untuk mengemukakan pemberitahuan itu kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk tidak bersidang pada Isnin ini.

Semalam, Dr Noor Hisham dalam kenyataan berkata 11 kes positif Covid-19 dikesan di Parlimen ketika berlangsungnya persidangan berkenaan, dengan 10 kes positif dikesan melalui Kit Ujian Rapid Antigen (RTK Ag) menggunakan air liur, manakala satu lagi menerusi ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR).

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 itu dijadual berlangsung selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos bagi Dewan Rakyat, manakala bagi Dewan Negara pula ditetapkan selama tiga hari mulai 3 Ogos.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Pakatan gesa Pandikar baiki sistem Parlimen

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 MEI: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin digesa memperbaiki segera sistem Parlimen Malaysia.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu termasuk bersidang sekurang-kurangnya 80 hari setahun selain mewujudkan sistem jawatankuasa dasar Parlimen untuk meneliti rang undang-undang dan dasar-dasar.

Katanya, Parlimen Malaysia tidak mempunyai sistem jawatankuasa dasar untuk menyemak dan membahas cadangan rang undang-undang daripada Eksekutif sebelum dibahas di Dewan utama oleh semua ahli.

“Tahun ini, Dewan Rakyat dijadualkan bersidang selama 57 hari sahaja. Sedangkan Parlimen di Australia dan United Kingdom, sebagai rakan negara Komanwel, bersidang sekurang-kurangnya 150 hari setahun.

“Sistem ini tidak munasabah. Ahli-ahli parlimen sekarang tidak diberikan cukup masa untuk mengkaji secara mendalam dan berunding dengan pihak-pihak berkaitan atau stakeholders,” katanya dalam kenyataan.

Saifuddin mendakwa sistem terbabit seolah-olah mempermainkan undang-undang yang digubal dalam negara.

“Untuk Parlimen berfungsi secara berkesan, sistem jawatankuasa amat diperlukan. Sultan Selangor memuji Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh, atas usaha beliau untuk mewajibkan Ketua Pembangkang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC).

“Ini selaras dengan amalan negara-negara Komanwel, dan ia bertujuan memastikan wujud keadilan dan keseimbangan. Dengan ini, PAC di Parlimen haruslah dipengerusikan oleh seorang ahli parlimen pembangkang,” katanya.

Categories
NASIONAL

Gagal bahas kemenangan Trump, bukti Parlimen bukan kelas pertama

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 17 NOV : Penolakan usul perbahasan berhubung kemenangan Donald Trump kepada Malaysia membuktikan Malaysia tidak serius membincangkan kesan hubungan dagang dan keselamatan serantau negara ini.

Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, Malaysia juga dilihat tidak bersedia menghadapi segala kemungkinan daripada perubahan Rumah Putih susulan kemenangan Trump.

“Kesan kemenangan Trump menyebabkan berlakunya kejatuhan ekonomi dunia dengan penurunan mata wang asia lain.

“Ini berikutan dasar Trump untuk membawa pulang pelaburan di luar masuk semula ke Amerika Syarikat bagi menumpukan pelaburan domestik.

shamsul-iskandar-mohd-akin“Malaysia selaku negara dagang bebas pastinya terkesan dengan pendirian Trump ini.

“Oleh itu adalah wajar untuk Dewan Rakyat mengkaji langkah-langkah susulan untuk mengurangkan impak perubahan pentadbiran baru Amerika Syarikat terhadap ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan.

Usul tersebut difailkan Naib Presiden KEADILAN itu Jumaat lalu, dan ditolak Speaker Dewan semalam atas alasan masih terlalu awal untuk kerajaan membuat penilaian terhadap dasar yang dikemukan Trump.

Usul tersebut dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) bagi membincangkan kesan kemenangan tersebut kepada Malaysia dalam soal ekonomi, dasar luar negara dan keselamatan serantau.

Bercakap lanjut, Shamsul berkata Parlimen Malaysia sewajarnya bersedia menetapkan arah tuju pelaksanaan dasar luar supaya tidak terkesan dengan kemelut kuasa besar dunia.

Beliau berkata ini termasuklah pengukuhan kerjasama serantau antara Malaysia dan China serta pemeteraian perjanjian TPPA tahun lalu yang bakal menghimpit kuasa ekonomi Malaysia.

tppa-trump“Walaupun saya menyambut baik pendirian Trump untuk membatalkan TPPA, namun kini Malaysia lebih condong ke arah kerjasama bersama China.

“Ini juga akan membawa kepada kemelut keselamatan perairan termasuk membantu tuntutan Malaysia terhadap salah satu pulau di Kepulauan Spratly,” katanya.

Justeru, beliau menegaskan supaya Parlimen Malaysia mesti mempunyai hala tuju jelas untuk tidak tunduk kepada mana-mana kuasa besar dunia.

“Keengganan Parlimen membahaskan isu tersebut menunjukkan bahawa Parlimen Malaysia masih jauh untuk mencapai Parlimen kelas pertama,” katanya.

-nR-

TPPA diluluskan Dewan Rakyat


Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akhirnya diluluskan melalui undian belah bahagi di Dewan Rakyat hari ini.

Sultan Selangor: Jangan Manipulasi Keprihatinan Beta Terhadap Masjid Untuk Publisiti – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 03122012

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 03 DESEMBER 2012 :

1. Sultan Selangor: Jangan Manipulasi Keprihatinan Beta Terhadap Masjid Untuk Publisiti
2. Prestasi Pembangkang Selangor Dalam PAC Lemah
3. Tiada Pilihan Sekira Parlimen Bubar Mac 2012

Layari http://www.selangorkini.net