Categories
NASIONAL SELANGOR

MPK sita papan iklan haram

iklan haram 2

KLANG 28 OKT : Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyita 37,564 iklan haram termasuk 9,064 iklan ‘ah long’ di Bulatan Berkeley dan jalan utama lain, di sini.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPK, Andry Arman Masrom, berkata tindakan itu diambil di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Iklan MPK 2007 atas kesalahan mempamerkan iklan tanpa kebenaran pihak berkuasa, manakala penurunan iklan dilakukan di bawah UUK 21 (2).

Katanya, iklan haram itu kebanyakannya berbentuk banting dan poster yang dipaparkan menggunakan saiz iklan gergasi serta menghalang penglihatan orang ramai.

?Kita mengalu-alukan maklumat daripada orang awam dalam usaha membanteras iklan haram seperti ini yang bukan sahaja melanggar peraturan, tetapi turut menjejaskan kebersihan setempat.

?Selain itu, sesetengah iklan haram ini juga mengganggu penglihatan pengguna jalan raya dipamerkan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan majlis,? katanya dalam satu kenyataan media, di sini, baru-baru ini.

iklan haram 01

Andry berkata, antara lokasi yang menjadi tumpuan pihak tertentu menampal iklan haram adalah di Bukit Tinggi, Bayu Perdana, Taman Sentosa, Pekan Kapar, Meru dan Pelabuhan Klang.

Katanya, MPK juga sentiasa membuat pemantauan terhadap iklan haram itu dari masa ke masa dalam usaha mengatasi masalah menganggu menutup penanda arah jalan.

“MPK turut mengharapkan kerjasama masyarakat setempat supaya segera melaporkan kepada kami jika terlihat iklan haram di kawasan mereka,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

5 premis diserbu, 2 disita

premisKLANG, 25 SEPT : Dua premis disita dalam satu operasi rumah urut yang dijalankan Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran sekitar Bukit Tinggi di sini.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPK,Andry Arman Masrom yang mengetuai operasi berkenaan berkata,sebanyak lima premis diperiksa dan ada diantaranya menyediakan pintu rahsia bagi membolehkan pelanggan dan pekerja melarikan diri apabila diserbu pihak berkuasa.

Menurutnya,ketika serbuan,beberapa kondom berselerakan dipercayai baru digunakan dan pihaknya percaya premis turut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan yang datang.

??Antara barangan yang disita ialah tilam, bantal dan langsir serta tindakan diambil di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3, Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPK 2007 kerana beroperasi tanpa lesen.

?Operasi seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan tiada pihak yang melanggar undang-undang ditetapkan majlis terutama berkaitan premis rumah urut,? katanya.

Andry berkata, rumah urut berkenaan dipercayai menawarkan tiga pakej kepada pelanggan antaranya urut batin, B2B dan perkhidmatan seks dan bayaran sekitar RM135 sehingga RM168.

Menurutnya, MPK tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang ingkar kepada undang-undang dan majlis sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam bagi tujuan pencegahan.