Categories
SELANGOR

Kolam tadahan Taman Sentosa siap September, atasi banjir sejak 20 tahun

Oleh: NORHAYATI UMOR

KLANG, 19 JUN: Kerja pembinaan kolam tadahan di Taman Sentosa, di sini, yang dapat mengatasi masalah banjir di kawasan sekitar dijangka akan siap September ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, berkata kolam tadahan itu mampu membawa keluar 80,000 meter padu air ke Sungai Aur yang berhampiran.

Katanya, paip besar akan disambungkan dari Sentosa ke Bandar Puteri dan Putera untuk dibawa masuk aliran air ke kolam berkenaan, manakala masalah banjir sering berlaku di kawasan sekitar membuatkan penduduk tertekan dalam isu itu, sejak 20 tahun lalu.

b3“Saya mahu projek ini siap sebelum musim hujan melanda selepas El Nino supaya penduduk tidak mengalami masalah banjir. Oleh itu, saya memahami keadaan sukar yang terpaksa dialami penduduk setiap kali banjir melanda.

“Pengalaman saya, setiap tahun kawasan ini akan dinaiki air lebih daripada setengah meter hingga dua meter,” katanya ketika ditemui selepas melawat tapak projek kolam tadahan terbabit, di sini, hari ini.

Projek yang dimulakan tahun 2013 itu dilaksanakan syarikat milik Gamuda dengan kos sepenuhnya ditanggung pemaju.

Pada mulanya, kawasan yang berkeluasan 15 ekar itu akan dibangunkan Rumah Kos Rendah, namun ditukar kepada projek mitigasi banjir ekoran tiada permintaan rumah kos rendah di kawasan Klang Selatan dan Utara.

Malah, rumah kos rendah yang sedia ada tidak habis dijual berdasarkan kajian keseluruhan dari Lembaga Perumahan Negeri Selangor.

“Oleh itu, saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk membangunkan projek mitigasi ini selepas meneliti pelan pembangunan,” katanya.

b2Xavier berkata, sebuah Taman Rekreasi dengan pelbagai kemudahan akan dibangunkan bersebelahan selain daripada kolam tadahan dan 306 unit rumah mampu milik daripada program Rumah Selangorku akan dibina bersebelahan projek itu.

“Ia kerana rumah mampu milik lebih tinggi permintaannya berbanding rumah kos rendah. Manakala, taman rekreasi ini adalah kedua terbesar di daerah ini selepas Taman Rakyat,” katanya.

Kolam tadahan dan taman itu akan diserahkan di bawah jagaan Majlis Perbandaran Klang (MPK) selepas siap.

“Saya juga akan mencadangkan satu peruntukan khas diberikan kepada pihak terbabit untuk menyelenggara kolam tadahan ini dan kolam tadahan lain bagi mengekalkannya dalam keadaannya baik,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

MPK sita papan iklan haram

iklan haram 2

KLANG 28 OKT : Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyita 37,564 iklan haram termasuk 9,064 iklan ‘ah long’ di Bulatan Berkeley dan jalan utama lain, di sini.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPK, Andry Arman Masrom, berkata tindakan itu diambil di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Iklan MPK 2007 atas kesalahan mempamerkan iklan tanpa kebenaran pihak berkuasa, manakala penurunan iklan dilakukan di bawah UUK 21 (2).

Katanya, iklan haram itu kebanyakannya berbentuk banting dan poster yang dipaparkan menggunakan saiz iklan gergasi serta menghalang penglihatan orang ramai.

?Kita mengalu-alukan maklumat daripada orang awam dalam usaha membanteras iklan haram seperti ini yang bukan sahaja melanggar peraturan, tetapi turut menjejaskan kebersihan setempat.

?Selain itu, sesetengah iklan haram ini juga mengganggu penglihatan pengguna jalan raya dipamerkan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan majlis,? katanya dalam satu kenyataan media, di sini, baru-baru ini.

iklan haram 01

Andry berkata, antara lokasi yang menjadi tumpuan pihak tertentu menampal iklan haram adalah di Bukit Tinggi, Bayu Perdana, Taman Sentosa, Pekan Kapar, Meru dan Pelabuhan Klang.

Katanya, MPK juga sentiasa membuat pemantauan terhadap iklan haram itu dari masa ke masa dalam usaha mengatasi masalah menganggu menutup penanda arah jalan.

“MPK turut mengharapkan kerjasama masyarakat setempat supaya segera melaporkan kepada kami jika terlihat iklan haram di kawasan mereka,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kesabaran Penduduk Amat Dihargai, Projek Mitigasi Banjir Siap Tahun Depan

xavier sambutan Krismas 01

KLANG 15 DIS : Penduduk di sekitar Klang khususnya di Taman Sentosa dan Taman Klang Jaya diminta bersabar dengan kejadian banjir di kawasan mereka kerana projek mitigasi banjir dijangka akan siap tahun depan.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata kawasan tersebut sering dilanda bencana itu kerana pembangunan pada masa lalu yang tidak mementingkan aspek banjir.

?Kebanyakan taman perumahan lama tidak mempunyai kolam tadahan air.

?Sebab itu, kerajaan membuat satu kajian di mana kawasan baru yang bakal dibangunkan berdekatan dengan kawasan lama (taman perumahan lama), perlu ada kolam tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam ucapannya di Sambutan Krismas anjuran penduduk Taman Klang Jaya, di sini.

Sebelum ini dilaporkan bahawa mitigasi banjir itu melibatkan pembinaan sebuah kolam tadahan 25 ekar di Bandar Botanik dan saluran yang baru bagi melancarkan pengaliran air ke Sungai Aur. Projek tersebut akan memakan kos RM 350,000.

Jelasnya,  saluran itu perlu dibina kerana saluran yang sedia ada tidak dapat menampung kapasiti pengaliran air yang meningkat disebabkan pembangunan perumahan yang pesat sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata kebelakangan ini, kawasan itu sering dilanda banjir disebabkan musim hujan yang berterusan menyebabkan lebih 500 rumah akan terlibat dengan bencana itu.

“Kawasan saya itu sudah dibangunkan tahun 80an lagi, pelan pembangunan pula bukan seperti sekarang, jadi banyak pembangunan naik.

?Sekarang pula hujan sudah turun tiga kali ganda, oleh itu kita perlukan langkah bagi mengatasi masalah itu,” katanya.

Dalam majlis itu, Xavier turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir dan sekurang-kurangnya 100 penduduk taman terbabit hadir memeriahkan majlis.

xavier sambutan Krismas 02