Categories
NASIONAL

Bela mangsa mati dalam tahanan polis, Surendran dihalau dari Parlimen

surendran pc 01KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran diarah keluar sidang Dewan Rakyat semata-mata kerana membangkitkan pertanyaan terhadap kes kematian dalam tahanan.

Beliau diarahkan keluar serta-merta oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandukar Amin Mulia atas alasan ‘tidak menghormati ahli parlimen yang lebih senior’.

Pada sidang media, Surendran berkata, beliau menggunakan Peruntukan 14 F yang membenarkan petisyen dibawa ke Dewan Rakyat sebelum sesi soal jawab.

“Mengikut Peruntukan 14 F, petisyen boleh dibawa sebelum sesi soal jawab. Tapi speaker halau saya sebab bangkitkan perkara ini,” katanya di lobi Parlimen.

Surendran berkata, rayuan petisyen berkenaan dibangkitkannya selepas Karuna Nithi a/l Palani Velu mati dalam tahanan polis pada 1 Jun lalu dan doktor mengesahkan ada 49 kesan pukulan di tubuh mangsa.

Terdahulu, berlaku kekecohan apabila keluarga mangsa cuba memasuki lokasi sidang media tetapi dihalang pegawai keselamatan Parlimen.

<center><iframe width=”420″ height=”315″ src=”//www.youtube.com/embed/pHcviY21RPs” frameborder=”0″ allowfullscreen></iframe></center>