Categories
SELANGOR

‘Bukan mahu jadi hero tapi perjuang hak mangsa’ – Surendran

surendranKUALA LUMPUR 26 SEPT: “Saya bukan hendak jadi hero tetapi hanya memperjuang hak asasi manusia,” kata N Surendran mengenai tindakannya membangkitkan pertanyaan terhadap kes kematian dalam tahanan di Parlimen semalam.

Beliau berkata, ia dilakukan untuk membela keluarga mangsa selain menggesa Kerajaan supaya mengambil tindakan tegas ke atas pihak bertanggungjawab.

“Saya tak nak jadi hero tetapi saya sudah perjuangkan kes kematian dalam tahanan sejak 15 tahun lalu.

“Semua orang tahu ia sesuatu yang dekat dengan hati saya,” kata Ahli Parlimen Padang Serai itu pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Naib Presiden PKR itu diarah keluar dewan serta-merta oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandukar Amin Mulia atas alasan ?tidak menghormati ahli parlimen yang lebih senior?.

Pada sidang media, Surendran berkata, beliau menggunakan Peruntukan 14 F yang membenarkan petisyen dibawa ke Dewan Rakyat sebelum sesi soal jawab.

Surendran berkata, rayuan petisyen itu dibangkitkannya selepas Karuna Nithi a/l Palani Velu mati dalam tahanan polis pada 1 Jun lalu dan doktor mengesahkan ada 49 kesan pukulan di tubuh mangsa.

Terdahulu, berlaku kekecohan apabila keluarga mangsa cuba memasuki lokasi sidang media tetapi dihalang pegawai keselamatan Parlimen.

– FZL

Categories
NASIONAL

Bela mangsa mati dalam tahanan polis, Surendran dihalau dari Parlimen

surendran pc 01KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran diarah keluar sidang Dewan Rakyat semata-mata kerana membangkitkan pertanyaan terhadap kes kematian dalam tahanan.

Beliau diarahkan keluar serta-merta oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandukar Amin Mulia atas alasan ‘tidak menghormati ahli parlimen yang lebih senior’.

Pada sidang media, Surendran berkata, beliau menggunakan Peruntukan 14 F yang membenarkan petisyen dibawa ke Dewan Rakyat sebelum sesi soal jawab.

“Mengikut Peruntukan 14 F, petisyen boleh dibawa sebelum sesi soal jawab. Tapi speaker halau saya sebab bangkitkan perkara ini,” katanya di lobi Parlimen.

Surendran berkata, rayuan petisyen berkenaan dibangkitkannya selepas Karuna Nithi a/l Palani Velu mati dalam tahanan polis pada 1 Jun lalu dan doktor mengesahkan ada 49 kesan pukulan di tubuh mangsa.

Terdahulu, berlaku kekecohan apabila keluarga mangsa cuba memasuki lokasi sidang media tetapi dihalang pegawai keselamatan Parlimen.

<center><iframe width=”420″ height=”315″ src=”//www.youtube.com/embed/pHcviY21RPs” frameborder=”0″ allowfullscreen></iframe></center>