Categories
AGENDA GLOBAL

Tiada rakyat Malaysia dalam nahas pesawat Sriwijaya Air

JAKARTA, 9 JAN: Tiada rakyat Malaysia di dalam pesawat Sriwijaya Air, yang dilaporkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu di Indonesia.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, pihak kedutaan telah dimaklumkan tiada warga negara Malaysia terbabit dalam nahas berkenaan.

Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang termasuk anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju Pontianak, pukul 2.36 petang waktu Indonesia Barat.

Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Operasi SAR pesawat terhempas dihenti hingga ada maklumat baharu

GEORGE TOWN, 21 SEPT: Polis menghentikan dahulu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat ringan yang dikatakan terhempas di kawasan perairan berhampiran Tanjung Bungah sehingga mendapat maklumat baharu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata SAR yang dijalankan hingga 6.30 petang semalam tidak menemukan sebarang petunjuk berhubung insiden yang dikatakan berlaku kira-kira 2 petang semalam itu.

“Hingga 11 pagi hari ini, pihak polis masih belum menerima laporan mengenai kehilangan juruterbang atau pesawat ringan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan mana-mana syarikat penerbangan untuk dikaitkan dengan kejadian tersebut.

“Polis juga telah membuat semakan dengan CAAM dan hingga hari ini semua pesawat yang keluar telah kembali atau tiba dengan selamat di tempat yang dituju, malah berhubung sebuah helikopter berwarna kuning yang dilaporkan kelihatan sebelum kejadian tersebut di kawasan perairan Pulau Pinang juga telah selamat sampai di Subang, Selangor,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Soffian berkata polis turut mendapatkan maklumat daripada orang awam termasuk pemancing dan nelayan yang berada di kawasan itu yang memaklumkan mereka tidak melihat sebarang kejadian pesawat ringan terhempas.

Mengulas lanjut beliau berkata kejadian itu dilaporkan oleh tiga individu iaitu dua nelayan dan seorang pengawal keselamatan, masing-masing berusia lingkungan 50-an, yang mendakwa melihat sebuah objek sebesar kotak mancis yang dikatakan turut mempunyai belon pada bahagian ekor, terhempas ke dalam laut.

Katanya berdasarkan siasatan awal, tiga saksi itu konsisten dalam keterangan masing-masing berhubung kejadian.

Soffian turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian berkenaan agar tampil menyalurkan maklumat kepada polis dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.

Semalam, polis bersama beberapa agensi lain menjalankan SAR di perairan tersebut selepas menerima laporan daripada orang awam memaklumkan ternampak sebuah pesawat ringan terjunam ke dalam laut berhampiran Tanjung Bungah.

Laporan itu turut tular menerusi laman sosial.

-BERNAMA

Categories
GLOBAL

Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa pesawat terhempas di Tehran

KUALA LUMPUR 9 JAN : Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dalam pesawat Ukraine International Airlines yang terhempas di Iran.

“Kementerian ingin merakamkan takziah dan simpati kepada anggota keluarga dan orang tersayang, serta negara asal penumpang dan anak kapal, yang terkorban dalam tragedi itu,” katanya dalam kenyataan.

Dilaporkan pesawat Boeing 737 yang membawa 176 penumpang itu terhempas sejurus berlepas daripada Lapangan Terbang Imam Khomeini di Tehran.

Pesawat Ukraine itu dalam perjalanan ke Kiev ketika ia terhempas dengan serpihan dan bahagian enjin pesawat itu ditemukan kira-kira 10 kilometer dari lapangan terbang itu di barat Tehran, menurut laporan media.

BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Semua penumpang, anak kapal pesawat terhempas di Tehran disahkan maut

ANKARA, 8 JAN: Semua 167 penumpang dan sembilan anak kapal sebuah pesawat penumpang Ukraine yang terhempas berhampiran ibu kota Tehran pada awal pagi Rabu telah disahkan terkorban, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan seorang pegawai.

Angka korban sebelum ini diumumkan sebagai 170 penumpang dan 10 anak kapal, namun seorang jurucakap lapangan terbang kemudian memberikan jumlah terkini.

Pesawat jenis Boeing 737 milik sebuah syarikat penerbangan Ukraine itu terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini sejurus selepas berlepas, kata Pir Hossein Kolivand, pegawai kecemasan Iran.

Pesawat itu dalam perjalanan ke Kiev.

Categories
AGENDA GLOBAL

Pesawat Boeing 737-800 Ukraine bawa 180 terhempas berhampiran Tehran

TEHRAN 8 JAN: Pesawat Boeing 737 membawa 180 penumpang dan anak kapal dilaporkan terhempas sejurus berlepas dari ibu negara Iran.

Agensi Berita AL-JAZEERA melaporkan pesawat itu terhempas berhampiran lapangan terbang Imam Khomeini di Tehran

Menurut media Iran, jet Boeing 737-800 terhempas di Parand, pinggir bandar Teheran sejurus berlepas.

Menurut portal penerbangan Flightview, Penerbangan Antarabangsa Penerbangan Ukraine 752 dijadualkan berlepas pada 5:15 pagi waktu Tehran menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Boryspil di ibu negara Ukraine di Kiev.

Waktu pelepasan sebenar ditangguhkan pada jam 6:12 pagi.

Data penerbangan yang disediakan Flight Radar 24. Sumber: FLIGHT RADAR24

FOTO SUMBER: FLIGHT RADAR24

Categories
GLOBAL

Lebih 100 maut Boeing 737 terhempas di timur Cuba

HAVANA 19 MEI: Lebih daripada 100 penumpang terbunuh manakala tiga lagi terselamat dalam tragedi membabitkan pesawat Boeing 737 yang terhempas semalam.

Pesawat itu yang sedang dalam penerbangan domestik ke Holguin di timur Cuba, terhempas sejurus selepas meninggalkan Havana pada jam 11 pagi waktu tempatan.

Menurut laporan media tempatan, pesawat berkenaan membawa bersama 104 atau 105 penumpang termasuk lima kanak-kanak dan sembilan kru pesawat.

Media tempatan juga melaporkan, lima daripada penumpang termasuk kru pesawat itu adalah rakyat asing.

Ia disahkan kerajaan Mexico yang memberitahu rakyat mereka adalah antara penumpang terbunuh dalam nahas terbabit.

A rescue team member works at the wreckage of a Boeing 737 plane that crashed in the agricultural area of Boyeros, around 20 km (12 miles) south of Havana, shortly after taking off from Havana’s main airport in Cuba, May 18, 2018. REUTERS/Alexandre Meneghini

Presiden Miguel Diaz-Canel dalam satu kenyataan menerusi stesen televisyen berkata, kemalangan berkenaan adalah berita buruk buat negaranya, berikutan jumlah kematian yang tinggi.

“Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran pada pesawat itu dan pihak berkuasa sedang berusaha mengenal pasti kesemua mayat.

“Punca nahas masih belum diketahui dan ia masih dalam siasatan,” katanya.

Seorang saksi, Gilberto Menendez yang mengusahakan restoran berhampiran lokasi kejadian di kawasan pertanian Boyeros berkata, beliau dan pelanggan mendengar beberapa letupan sebelum melihat asap tebal berkepul di udara.

SUMBER/ FOTO: REUTERS

Categories
NASIONAL

Pesawat latihan TUDM terhempas

SHAH ALAM 17 MEI : Sebuah pesawat latihan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Kuantan dilaporkan terhempas berhampiran sawah padi, dekat Kampung Serum, Nenasi di Pahang.

TUDM dalam satu kenyataan media menyatakan kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah teknikal ketika membuat penerbangan pada jam 12.54 tengah hari, hari ini.

tudm2“Kedua-dua juruterbang pesawat itu dilaporkan selamat apabila berjaya keluar dari pesawat dengan menggunakan kerusi anjal pesawat,” kata kenyataan itu.

TUDM menyatakan menubuhkan sebuah Lembaga Penyiasatan bagi menyiasat punca kemalangan itu.

EZY

Categories
SELANGOR

Pesawat Cessna terhempas, 3 individu dijumpai selamat

SHAH ALAM 11 JAN: Tiga individu yang menaiki pesawat Cessna 172 yang terhempas berhampiran Empangan Batu, Ulu Yam setelah dilapor hilang Jumaat petang ditemui selamat kira-kira 5 pagi ini.

bombaKetua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi hari ini berkata ketiga-tiga mangsa itu ditemui dengan bantuan masyarakat Orang Asli di kawasan itu.

Beliau berkata dua orang cedera parah manakala seorang lagi cedera ringan dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Selayang pada pukul 7.45 pagi untuk rawatan.

“Maklumat penuh mengenai mereka belum kami peroleh,” katanya dipetik Bernama.

cessenaPesawat itu dilapor terputus hubungan dengan menara kawalan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ketika di kawasan Batu Caves kira-kira 5.15 petang semalam.

Bagaimanapun juruterbang pesawat itu dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor (KPDS) yang hanya dikenali sebagai Kapten Saiful dilapor berjaya menghubungi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk memaklumkan lokasi, sebelum terputus panggilan dipercayai kehabisan bateri telefon.

Gambar: Sumber Facebook Bomba dan twitter

EZY