Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Harga petrol naik lima sen, diesel dua sen

KUALA LUMPUR, 5 JUN: Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik lima sen manakala diesel pula naik dua sen bagi tempoh 6 hingga 12 Jun 2020.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON97 ialah RM1.78, RON95 (RM1.48) dan diesel RM1.63.

Kenaikan harga ini disebabkan peningkatan harga produk yang diproses seiring kenaikan harga minyak mentah dunia.

Kerajaan akan terus memantau impak perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terjaga, demikian menurut kenyataan itu.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

RON95, RON97 naik enam sen, diesel lima sen

KUALA LUMPUR, 15 MEI: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik enam sen daripada RM1.25 kepada RM1.31 seliter, dan RM1.55 kepada RM1.61 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Mei ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit diesel juga naik lima sen seliter, daripada RM1.40 kepada RM1.45 seliter.

Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

RON95, 97 turun enam sen

SHAH ALAM, 27 MAC: Harga runcit petrol RON95 turun enam sen seliter kepada RM1.38, manakala RON97 dan diesel masing-masing turun sebanyak enam sen dan tujuh sen.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit baharu bagi RON97 dan diesel masing-masing adalah RM1.68 seliter bagi tempoh 28 Mac hingga 3 April.

“Penurunan harga runcit produk ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun, ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik Covid-19,” menurut kenyataan itu.

Kementerian berkata kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

 

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

RON95 turun tujuh sen, RON97 sembilan sen

SHAH ALAM, 13 MAC: Harga runcit petrol RON95 turun tujuh sen kepada RM1.82 seliter, manakala RON97 turun sembilan sen kepada RM2.10 seliter mulai tengah malam ini hingga 20 Mac.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu bagi menstabilkan harga
minyak kepada pengguna dan mengimbangi ketidaktentuan hasil kepada kerajaan.

“Ketidaktentuan harga minyak mentah dunia pada masa ini dipengaruhi oleh ketidaksefahaman pengeluaran antara negara pengeluar minyak utama dunia serta wabak Covid-19 yang memberi kesan kepada ekonomi global,” kata kementerian itu.

Kementerian itu turut memaklumkan harga runcit diesel turun sembilan sen kepada RM1.87.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

RON97 naik 5 sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 27 DIS: Harga runcit petrol RON97 naik 5 sen kepada RM2.63 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 3 Januari.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu sepatutnya RM2.33 dan RM2.39 seliter.

“Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.28 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.34 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 28 Disember 2019 sehingga 3 Januari 2020 berjumlah RM117.06 juta.

-BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Harga petrol dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 29 NOV: Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan harga runcit petrol RON97 kekal RM2.66 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter, bagi tempoh 30 November hingga 6 Disember.

Kementerian itu dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, memaklumkan harga runcit petroleum ditetapkan secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) iaitu harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya masing-masing RM2.36 dan RM2.29 seliter.

Kenyataan itu memaklumkan, berdasarkan APM tiada perubahan bagi harga runcit petrol RON95, manakala terdapat kenaikan harga runcit diesel yang berada pada paras RM2.27 seliter pada minggu lalu.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

“Ini menjadikan anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh tersebut adalah berjumlah RM115.70 juta,” menurut kenyataan itu.

-BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

RON97 naik satu sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 18 OKT: Harga runcit petrol RON97 naik satu sen kepada RM2.68 seliter manakala petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 25 Oktober.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pengekalan harga runcit bagi RON95 dan diesel bermakna anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 19 hingga 25 Oktober adalah berjumlah RM123.81 juta.

Ia menjelaskan bahawa berdasarkan pengiraan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya RM2.38 seliter dan RM2.31 seliter.

Ini menunjukkan kenaikan berbanding minggu lepas bagi harga runcit petrol RON95 yang berada pada paras RM2.37 seliter, dan diesel pada RM2.27 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk itu dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” menurut kenyataan itu.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

RON97 naik tujuh sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 11 OKT: Harga runcit petrol RON97 naik tujuh sen kepada RM2.67 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 18 Oktober.

Kementerian Kewangan melalui kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan pengiraan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya RM2.37 dan RM2.27, seliter.

“Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.30 seliter, manakala penurunan bagi harga runcit bagi produk diesel yang berada pada paras RM2.34 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut, dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk berkenaan, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan dalam tempoh 12 hingga 18 Oktober ini adalah RM112.64 juta.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

RON97 turun 3 sen, RON95 dan diesel kekal

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 JUN: Harga runcit RON97 turun 3 sen kepada RM2.38 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 serta RM2.18 seliter.

Pengumuman terbaharu bagi harga minyak itu untuk tempoh 22 hingga 28 Jun, bermula tengah malam ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, penurunan itu ekoran harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia menunjukkan trend penurunan, susulan penurunan purata harga minyak mentah Brent berbanding minggu sebelumnya.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 sepatutnya RM2.08 seliter; bersamaan had penetapan harga runcit yang ditetapkan Kerajaan, manakala harga diesel bagi tempoh sama kekal RM2.19 seliter.

Categories
NASIONAL

RON97 turun 22 sen, RON95 dan Diesel kekal

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 19 APR: Harga runcit produk petroleum RON97 turun 22 sen kepada RM2.41 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 serta RM2.18 seliter, bagi tempoh 15 hingga 21 Jun, bermula tengah malam ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, penurunan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia yang telah menunjukkan trend penurunan susulan penurunan purata harga minyak mentah Brent berbanding minggu sebelumnya.

“Pada masa sama, perkembangan semasa berikutan ketegangan di rantau Teluk seperti yang berlaku semalam juga berkemungkinan memberi kesan kepada kenaikan harga minyak dunia,” katanya dalam kenyataan.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 sepatutnya naik 3 sen seliter kepada RM2.11 seliter manakala harga diesel bagi tempoh sama naik satu sen seliter daripada RM2.19 seliter

Categories
SELANGOR

Petrol percuma buat penunggang motosikal di Kepong esok

KUALA LUMPUR, 2 JUN: Penunggang motosikal di sekitar ibu kota boleh mendapatkan pengisian petrol secara percuma di Stesen Minyak Caltex, Batu 8 Jalan Kepong di sini, bermula 12 tengah hari hingga 4 petang, esok.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dalam kenyataan hari ini, berkata program itu diadakan dengan kerjasama Parti Amanah Negara (AMANAH) Kepong, dalam usaha menghargai penduduk di kawasan itu untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri beberapa hari lagi.

Sementara itu, Ketua Penaja AMANAH Kepong, Datuk Mohd Noor Ali Bakar berkata pengisian petrol percuma itu tertakluk kepada motosikal di bawah 150cc sahaja.

“Program ini kita lebih fokus kepada golongan B40 sebagai tanda terima kasih menjadi masyarkat Kepong dan kita berharap pemberian minyak petrol ini dapat meringankan beban mereka dalam perjalanan pulang ke kampung bagi menyambut Syawal,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Noor berkata, program tersebut adalah kesinambungan daripada kejayaan program pengisian petrol percuma yang diberikan kepada hampir 300 penghantar makanan bermotosikal pada bulan lepas.

– BERNAMA

 

Categories
NASIONAL

Harga RON97 turun 13 sen, RON95 dan diesel kekal untuk dua minggu

 

KUALA LUMPUR, 31 Mei : Harga runcit RON97 turun 13 sen kepada RM2.63 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, bagi tempoh 1 hingga 14 Jun, bermula tengah malam ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dalam kenyataan, hari ini, berkata sempena musim cuti Aidilfitri, penetapan harga runcit produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) akan dikekalkan untuk tempoh dua minggu.

“Selepas 14 Jun, penetapan harga runcit produk petroleum ini akan kembali kepada asal di mana penetapan akan dibuat secara mingguan,” katanya.

Beliau berkata ​​​​​​​penurunan ini berikutan harga produk petroleum yang diproses dalam pasaran dunia menunjukkan trend penurunan susulan penurunan purata harga minyak mentah Brent berbanding minggu sebelumnya.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, katanya, harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya masing-masing sebanyak RM2.33 seliter dan RM2.40 seliter.

“Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 1 Jun sehingga 14 Jun adalah berjumlah RM165.27 juta,” katanya. -BERNAMA