Categories
SELANGOR

Bayaran mingguan skim HIJRAH ringankan peminjam

Oleh: AFIX REDZUAN

BATANG BERJUNTAI, 14 JUN: Skim pembayaran mingguan ditawarkan dalam Program Hijrah Selangor (HIJRAH) meringankan beban kerana rendah tanpa faedah dan lebih mesra peminjam berbanding yang lain.

IMG_7822Bagi pengusaha katering dan gerai makan, Mazidah Ahmad, 45, dia menyambut baik langkah pembayaran yang ditawarkan HIJRAH.

“Kita dah biasa buat bayaran mingguan lebih RM200, jadi ia bukan masalah. Program pembayaran mingguan ini bagus kerana kalau dibuat secara bulanan belum tentu orang bayar,” katanya kepada Selangor Kini.

Mazidah daripada Damansara Damai yang menguruskan perniagaan hampir 10 tahun menerima pembiayaan berjumlah RM15,000.

Sementara itu, Lee Fan Kim, 53, berkata bantuan itu meringankan bebannya yang kini menjalankan perniagaan makanan ringan bersama isteri di pasar pagi Taman Sentosa, Klang.

IMG_7823Fan Kim dan isteri yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) menerima bantuan berjumlah RM3,000.

“Saya sudah berniaga lebih 10 tahun. Sebelum ini tidak pernah menerima sebarang bantuan perniagaan.

“Dengan skim ini, saya tidak terlalu terbeban kerana hanya perlu membayar RM72.34 selama 50 minggu. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Ejen palsu jual borang Hijrah RM300

NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM: Hijrah Selangor tidak pernah melantik ejen borang permohonan untuk peniaga yang mahu memperoleh manfaat dari program itu.

Pengarah Eksekutif Yayasan Dar al Qard al Hassan Selangor, Datuk Mansor Othman, berkata ia ekoran ada individu tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan.

11001745_1419413975019420_5757872812140318450_nBeliau berkata, individu itu dikatakan menjual borang Hijrah pada harga RM300 sekitar Hulu Selangor, Shah Alam dan Serdang.

“Kita tidak pernah lantik mana-mana ejen memproses borang. Kita juga tidak pernah janjikan kelulusan dengan bayaran tertentu.

“Kita juga tidak lantik ejen luar untuk taklimat perniagaan Hijrah. Kita ada pegawai Hijrah,” katanya kepada SelangorKini.

“Hijrah dapat sambutan menggalakkan. Jadi, saya tidak mahu rakyat tertipu dengan mereka,” katanya yang mahu mengambil tindakan tegas jika mengesan mereka.

Pemohon pinjaman Hijrah boleh mendapatkan borang di Pejabat Hijrah atau cawangan setiap DUN mahupun wakil rakyat. Hubungi pejabat Hijrah melalui talian 03-55212458 jika ada keraguan.

Hijrah diperkenal Kerajaan Selangor bagi melonjakkan golongan miskin berhijrah memasuki kumpulan berpendapatan menengah.

Program itu diperkasakan melalui Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).

Categories
SELANGOR

TEKUN patut contohi Program HIJRAH bantu semua

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 18 MEI: Tabung Ekonomi Usahawan Niaga (TEKUN) patut menjadikan program Hijrah Kerajaan Selangor sebagai contoh bagi membantu usahawan tanpa mengira bangsa dan fahaman politik.

Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) berkata, kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN, Datuk Abdul Rahim Hassan sebelum ini TEKUN ditubuhkan untuk membantu ahli Umno membuktikan Kerajaan Persekutuan menggunakan wang rakyat untuk kepentingan politik mereka.

Kata Mohamed Azmin dasar diguna pakai Kerajaan Selangor membantu semua tanpa mengira fahaman politik membuktikan komitmen Pakatan Rakyat (PR) meningkatkan taraf hidup usahawan di negeri itu.

Program Hijrah“Saya tak berpuas hati jawapan diberikan kementerian kerana tidak menunjukkan kesungguhan Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan dana secara efisien dan adil kepada mereka memerlukan.

“Dari statistik dan kenyataan diberikan CEO TEKUN menunjukkan dana ini digunakan khusus untuk sogokan politik meraih sokongan kepada Barisan Nasional, ” kata Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor kepada media di lobi Dewan Parlimen di sini, hari ini.

Sebelum itu, Mohamed Azmin dalam sesi soalan lisan meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjelaskan punca mengapa hanya RM1.6 juta sahaja digunakan daripada RM8 juta peruntukan TEKUN untuk Orang Asal sejak dilancarkan dua tahun lalu.

Timbalan Menteri, Datuk Sri Tajuddin Abd Rahman (BN-Pasir Salak) ketika menjawab, bukan sahaja gagal menjawab, malah berdolak-dalik dengan cuba memperkecilkan Program HIJRAH Kerajaan Selangor.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Program Hijrah RM100 juta luaskan kelas menengah

Oleh: AFEEQA AFEERA

KUALA SELANGOR, 10 MEI: Program Hijrah yang menjadi teras Belanjawan Selangor 2015 menetapkan matlamat membesarkan lapisan kelas menengah dan mencapai tahap miskin sifar.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia selaras dengan strategi penting pembangunan berkualiti sesuai dengan status Selangor sebagai negeri maju.

MB HijrahKatanya ia juga bagi menzahirkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memartabatkan kehidupan rakyat serta mencapai keadilan sosial.

“Kerajaan Negeri menetapkan pembiayaan program Hijrah dengan peruntukan RM100 juta demi mencapai matlamat ini.

“Kita juga mewujudkan sistem pengeluaran modal yang bukan sahaja mudah dan cepat tetapi turut tidak mengenakan faedah kepada penerimanya,” katanya pada Majlis Penyerahan Cek Pembiayaan Fasa Kedua Hijrah Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata purata garis kemiskinan ditetapkan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM830 bagi setiap isi rumah tidak realistik dan munasabah.

Katanya adalah mustahil bagi rakyat untuk membiayai kos hidup mereka dengan hanya meraih pendapatan sebanyak itu.

“Maka Kerajaan Selangor menyemak semula kadar ini dan menetapkan kepada RM1,500 sebagai paras garis kemiskinan.

” Berdasarkan kriteria ini, masih terdapat 30 peratus rakyat Selangor berada di bawah garis kemiskinan, maka melalui Hijrah kita bertekad untuk memartabatkan golongan miskin supaya mereka bebas dari belenggu kemsikinan,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: 56,000 disasar terima manfaat Hijrah pada 2017

Oleh : AFEEQA AFEERA

KUALA SELANGOR, 10 MEI: Program Hijrah dilaksanakan bagi mengupayakan rakyat menjana pendapatan isi rumah ke tahap lebih selesa sekaligus menyertai golongan berpendapatan menengah.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata bagi merealisasikan hasrat itu, disasarkan 56,000 peserta bakal menerima manfaat itu di 56 DUN pada 2017.

MB HijrahKatanya ia adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan Negeri untuk melaksanakan agenda ekonomi kerakyatan.

“Tidak mungkin rakyat di kampung berpendapatan rendah dan menengah boleh dibiarkan begitu sahaja mengikut putaran pasaran yang ada tanpa bantuan Kerajaan Negeri.

“Melalui program ini, mereka dapat berhijrah masuk ke kelas menengah dan tingkatkan pendapatan isi rumah untuk membiayai keluarga di masa akan datang,” katanya pada Majlis Penyerahan Cek Pembiayaan Fasa Kedua Hijrah Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Dalam majlis itu, seramai 2,325 peserta dari seluruh DUN menerima manfaat Hijrah dengan kos sebanyak RM12.26 juta.

Mohamed Azmin berkata Hijrah mengupayakan golongan peniaga kecil yang tidak mempunyai modal menceburkan diri dalam keusahawanan bagi mendepani suasana ekonomi getir.

Beliau berkata ikhtiar membangunkan usahawan kecil adalah usaha jangka panjang bagi membasmi barah kemiskinan di Selangor.

“Kerajaan Negeri sedar dengan keadaan dan status ekonomi negara hari ini apabila golongan miskin terus terperangkap dengan belenggu kemiskinan.

“Tanpa pembiayaan program kerajaan pastinya rakyat tidak mampu untuk memulakan perniagaan memandangkan kos sara hidup dan modal pusingan amat membebankan,” katanya.

Hijrah diperkenalkan Kerajaan Selangor bagi melonjakkan golongan miskin berhijrah memasuki kumpulan berpendapatan menengah.

Program itu diperkasakan melalui Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).

Kerajaan Negeri turut menaikkan siling peruntukan bagi kedua-dua dana ini kepada RM100 juta berbanding hanya RM70 juta sebelum ini.

EZY

Categories
SELANGOR

Program Blueprint RM2 juta, Hijrah RM100 juta bantu basmi kemiskinan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3 MEI : Para peniaga yang ingin mengembangkan perniagaan bagi menambah pendapatan disarankan supaya memohon bantuan Blueprint diperkenalkan Kerajaan Selangor.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau, berkata program pembasmian kemiskinan menyasarkan golongan berpendapatan rendah itu terus giat dijalankan dan menerima sambutan menggalakkan.

PC YB Ganabatirao (1)Katanya peniaga mempunyai pendapatan bulanan kurang RM1,500 sebulan boleh membuat permohonan bantuan berkenaan di Pejabat Tanah.

“Kita membantu peniaga mendapatkan peralatan diperlukan bagi membolehkan mereka menambah pendapatan sesuai dengan perbelanjaan keluarga masing-masing.

“Ribuan peniaga sudah menerima bantuan daripada program ini dan mereka tidak perlu bayar semula,” katanya kepada Selangor Kini.

Ganabatirau berkata buat masa ini sebanyak RM2 juta diperuntukkan di bawah stanco kemiskinan dan beliau berharap peruntukan itu ditambah dalam Belanjawan Selangor akan datang.

“Program ini perlu diperkasakan dengan bajet lebih tinggi memandangkan ia adalah bantuan sangat popular di bawah stanco kemiskinan,” katanya yang juga Adun Kota Alam Shah.

Blueprint adalah bantuan perniagaan dalam bentuk barangan kepada golongan peniaga di Selangor dengan peruntukan tahunan RM2 juta bagi memajukan perniagaan dijalankan mereka.

Sementara itu, katanya program insentif Hijrah turut membantu melonjakkan golongan miskin berhijrah memasuki kumpulan berpendapatan menengah.

Katanya melalui bantuan ini peniaga boleh meluaskan perniagaan mereka dengan meningkatkan keuntungan bagi menambah baik nasib keluarga.

“Program Hijrah memberi bantuan kewangan antara RM3,000 kepada RM50,000 melalui beberapa syarat perlu dipatuhi membantu golongan bawahan menambah pendapatan dan mendapat bantuan kewangan dengan cara mudah dan efisyen,” katanya.

Hijrah diperkasakan melalui Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM100 juta.

EZY

Categories
SELANGOR

Exco: Sasar 56,000 peserta Hijrah bagi 2015

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 31 MAC: Seramai 56,000 peniaga kecil disasarkan di seluruh Selangor mendapat manfaat daripada program Hijrah yang dilancarkan Dato’ Menteri Besar baru-baru ini.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi (PKR-Sementa) berkata, sasaran itu dapat dicapai sekiranya setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berjaya menarik 1,000 pemohon pinjaman melalui Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) seperti yang disasarkan.

MB Azmin“Antara yang Tuanku sebut program Hijrah apabila program ini baru lancarkan dan ini suatu yang amat baik untuk rakyat Selangor bagi membantu mereka keluar daripada belenggu kemiskinan kepada pendapatan yang lebih selesa untuk rakyat khususnya seluruh rakyat akan terkesan dengan GST.

“Ini adalah pinjaman untuk perniagaan peniaga kecil dan sasaran kita adalah 1,000 peserta setiap DUN di mana kita ada 56 DUN dengan jumlah sasaran untuk 2015 ini 56,000 peserta Hijrah. Insha-Allah ini akan memberi impak yang baik untuk ekonomi negeri Selangor,” kata Dr Daroyah kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas Titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyentuh program Hijrah.

Kata Dr Daroyah lagi, pengumuman untuk menjadikan Shah Alam dan Petaling Jaya sebagai kota seni merupakan sesuatu yang ditunggu penggiat seni di Selangor.

Sementara itu Adun Ijok (PKR), Dr Idris Ahmad berkata, walaupun tidak ada kerajaan yang 100 peratus sempurna tetapi kerjasama berpasukan dapat mengatasi pelbagai masalah.

“Titah ucapan tadi bagus. Kita kena bekerja sebagai satu pasukan. Ketepikan perbezaan fahaman politik, agama dan kaum untuk Selangor,” kata Dr Idris.

EZY

Categories
SELANGOR

1,169 peniaga terima manfaat program Hijrah

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 24 MAC: Seramai 1,169 menerima bantuan perniagaan antara RM5,000 hingga RM10,000 di bawah program Hijrah sebagai galakan melonjakkan golongan miskin kepada kumpulan berpendapatan menengah.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata bantuan itu membolehkan peniaga meluaskan perniagaan mereka dengan meningkatkan keuntungan bagi menambah baik nasib keluarga.

MB AzminKatanya, Kerajaan Negeri berhasrat untuk menambah modal bantuan sehingga RM50,000 sekiranya penerima berupaya membayar balik pinjaman yang diberikan secara konsisten.

“Kerajaan Negeri ambil inisiatif melancarkan program Hijrah supaya kita dapat membesarkan lapisan kelas menengah kerana kita tahu ada kumpulan berpendapatan rendah yang pendapatan mereka kurang RM1,500.

“(Bantuan) ini bukan kebajikan biasa tetapi ia bertujuan membolehkannya keluar dari kemiskinan dan matlamat untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat,” katanya pada Majlis Pelancaran dan Perasmian Program Hijrah di Dewan Jubli Perak, dekat sini hari ini.

Mohamed Azmin berkata Kerajaan Negeri turut mensasarkan kira-kira 1,000 penerima bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menerima manfaat daripada program berkenaan.

Katanya rekod kejayaan seseorang penerima yang telah mendapat bantuan berkenaan akan diteliti dari masa ke masa bagi memastikan keberkesanannya sebelum ia ditingkatkan.

“Diharapkan penerima menggunakan modal ini sebaik mungkin dan kita akan beri sokongan.

“Pengurusan Hijrah perlu membuat kajian terperinci untuk lihat berapa ramai orang yang akan keluar dari putarasan garis kemiskinan di bawah program ini,” katanya lagi.

Hijrah diperkenalkan Kerajaan Selangor bagi melonjakkan golongan miskin berhijrah memasuki kumpulan berpendapatan menengah.

Program itu diperkasakan melalui Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).

Kerajaan Negeri turut menaikkan siling peruntukan bagi kedua-dua dana ini kepada RM100 juta berbanding hanya RM70 juta sebelum ini.

EZY