Categories
SELANGOR

Pelantikan Pegawai Integriti MBPJ langkah kekang rasuah & salah laku

Oleh: HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 30 SEP: Langkah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melantik Ketua Pegawai Integriti (CeIO) bagi mewujudkan pentadbiran telus dan bebas rasuah disambut baik pelbagai pihak di bandaraya itu.

Bagaimanapun, Adun Bukit Gasing, R Rajiv, berpandangan ia memerlukan proses reformasi berterusan dan hanya mampu ditafisirkan pada kadar tempoh munasabah.

yb rajiv 2“Tahniah kepada MBPJ kerana melantik seorang CeIO dan jawatan ini berat dengan tanggungjawab besar.

“Saya rasa kita mungkin dapat menilai segalanya selepas enam bulan atau setahun berhubung kewujudan jawatan ini di MBPJ,” katanya kepada Selangor Kini di sini, hari ini.

Katanya, pelaksanaan perkara itu perlu dilihat menyeluruh dan merangkumi semua peringkat termasuk golongan bawahan.

“Harapan saya ialah ingin mendengar cerita daripada bawah iaitu pekedai, peniaga dan sebagainyactiada orang meminta rasuah.

“Itulah sasarannya yang mana kita mahu pentadbiran bersih bukan setakat di atas tetapi di semua lapisan di dalam pentadbiran MBPJ,” katanya.

Najwa MBPJ IntegritiBaru-baru ini, MBPJ melantik akauntan, Noor Najwa Said, 33, sebagai CeIO bagi menangani salah laku, perlakuan jenayah di kalangan kakitangan awam dan aduan salah laku dalam majlis dibuat orang awam.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berpendirian tegas terhadap pembentukan Unit Integriti MBPJ bagi memastikan pentadbiran telus dengan tahap etika tinggi.

Beliau menjelaskan pelantikan Noor Najwa diluluskan Kerajaan Negeri dan berkuatkuasa pada Januari tahun depan di bawah Belanjawan MBPJ 2016.

EZY

Categories
SELANGOR

NGO, swasta dipelawa bekerjasama anjur sukan wanita

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 28 MEI: Syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dialu-alukan berkerjasama menganjurkan pertandingan sukan melibatkan kaum wanita DUN Bukit Gasing.

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran berkata, ini berikutan sukan boleh dijadikan medium menyatukan masyarakat.

Sukan“Dialu-alukan syarikat swasta atau NGO mengadakan kerjasama dengan Pejabat Adun bagi menganjurkan sebarang pertandingan sukan sebab cara ini dapat merapatkan hubungan masyarakat di sini.

“Syarikat swasta patut jadikan ini sebagai tanggungjawab khidmat sosial mereka dan kepada pihak berminat, boleh datang berjumpa saya bila-bila masa berbincang,” kata Rajiv.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Adun Bukit Gasing di sini.

Tambah beliau, Pejabat Adun Bukit Gasing juga sedia membantu sekiranya pihak terbabit ingin menjadikan acara sukan yang mereka anjurkan itu sebagai acara tahunan.

Tambah Rajiv lagi, selain merapatkan hubungan sesama masyarakat, sukan di kalangan wanita juga boleh dijadikan aktiviti tetap pada waktu petang bagi tujuan beriadah.

EZY

Categories
SELANGOR

Piala Adun Bukit Gasing tawar hadiah RM4,000, peluang main peringkat tinggi

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 27 MEI: Pasukan bola sepak bawah 12 dan 18 tahun dipelawa menyertai pertandingan bola sepak Piala Adun Bukit Gasing yang diadakan pada Julai dan September.

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran berkata, pertandingan itu menawarkan hadiah RM4,000 terbuka kepada mana-mana pasukan seluruh negara.

yb raviz bola 1“Ini kali ketiga diadakan. Bagi kategori bawah 18 pertandingan diadakan pada 25 dan 26 Julai dan bagi bawah 12 tahun pula pada 5 dan 6 September nanti. Semua perlawanan berlangsung di Padang Bola Sepak Astaka, Petaling Jaya.

“Pertandingan ini terbuka, menggunakan format sembilan sebelah dengan syarat warganegara Malaysia dan juara kejohanan akan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan piala.

“Selain itu kami juga menjemput jurulatih pasukan peringkat negeri untuk menilai bakat pemain yang mereka boleh ketengahkan,” kata Rajiv dalam sidang media di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Adun Bukit Gasing di sini, hari ini.

Tambah Rajiv, naib juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM1,000 dan manakala RM500 untuk tempat ketiga dan keempat.

“Lain-lain pasukan jangan kecewa sebab mereka juga dapat hadiah berupa medal dan boleh mencuba nasib pada masa akan datang,” kata Rajiv lagi.

Selain itu, pertandingan yang dianjurkan organisasi bukan kerajaan (NGO) Athma Jothi Samaya Sevai Sangam (AJSSS) itu turut menawarkan hadiah bagi kategori pemain cemerlang, penjaga gol cemerlang, jurulatih cemerlang, ketua pasukan cemerlang dan pasukan cemerlang.

Presiden AJSSS, Eswaran Muniandy pula berkata, pertandingan itu diadakan sebagai galakan kepada golongan remaja menceburi aktiviti berfaedah.

“Selain mencungkil bakat baru, ini juga galakan kepada anak muda menjauhi aktiviti tidak sihat,” kata beliau.

Pasukan yang berminat boleh menghubungi Eswaran di talian 016-966 8699, Sivam (016-216 3847) dan Raymond (016-255 2700).

EZY

Categories
NASIONAL

Insiden 8 keretapi tergelincir, Hishamuddin perlu pandang serius

Oleh: Siraj Zaini

SHAH ALAM 13 JAN – Insiden membabitkan sebanyak lapan keretapi tergelincir sepanjang tahun lalu perlu memberi pengajaran sewajarnya kepada Kementerian Pengangkutan supaya mencari penyelesaian bagi mengatasinya.

ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran, berkata insiden yang berlaku itu perlu disiasat segera kerana ia bukan sahaja melibatkan risiko kecederaan dan kematian, tetapi memberi masalah besar kepada urusan perkhidmatan pengangkutan orang awam dan barang-barang.

tergelincir“Mesti ada siasatan segera ke atas lapan insiden itu, dan juga aktiviti penyelenggaraan landasan dan keretapi.

“Landasan dan penyelenggaraan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) adalah amat penting untuk mengelakkan sebarang kejadian itu berulang di masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden pada 9 Januari lalu yang mengakibatkan sebuah keretapi kargo tergelincir daripada landasannya berhampiran stesen Angkasapuri, Kuala Lumpur.

rajiv bukit gasing 01Insiden berkenaan menyebabkan jadual perkhidmatan KTMB mengalami kelewatan selama kira-kira 30 minit sehingga tengah malam berkenaan.

Rajiv berkata, pemangku Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein perlu membuktikan kredibilitinya kerana insiden yang berlaku boleh mendatangkan kebimbangan kepada semua pihak yang menggunakan perkhidmatan keretapi.

“Dengan cara itu, baru kita boleh membina semula keyakinan sektor awam dan swasta yang menggunakan perkhidmatan keretapi untuk terus menggunakannya secara maksimum,” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Rajiv: Kembalikan ISA, pemikiran ketinggalan zaman

SHAH ALAM 13 JAN: Kenyataan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyokong agar terus menggunakan Akta Keselamatan Negeri ( ISA ) untuk tangkapan, jelas menunjukkan minda pengurusan beliau ketinggalan zaman dan bersifat autokratik.

ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran, berkata nama baik negara jelas terjejas dengan adanya akta zalim seperti ISA ,yang  dihubungkaitkan dengan negara autokratik dan pelanggaran hak asasi manusia.

anti-isaBeliau berkata demikian sebagai mengulas selepas Ketua Polis Negara ( IGP ) menyatakan beliau menyokong untuk mengembalikan ISA untuk meningkatkan kecekapan dalam tangkapan suspek.

“Dengan adanya akta seperti ISA, rejim Umno-BN seringkali memperalatkannya untuk menangkap pesaing politik mereka seperti yang berlaku dalam Operasi Lalang 1987,” kata Rajiv dalam kenyataan medianya.

rajiv bukit gasing 01Beliau berkata, kenyataan KPN yang ingin pengembalian ISA untuk meningkatkan kecekapan penangkapan adalah pandangan pendek tanpa mengambil kira harga yang bakal ditanggung rakyat.

“ISA harus menjadi sejarah negara kita buat selama-lamanya agar hak rakyat tidak akan dihakis oleh mana-mana pihak,” kata Rajiv.

EZY