Categories
SELANGOR

MB: Sedia kaji saham air untuk rakyat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 4 NOV: Kerajaan Negeri sedia mengkaji cadangan yang dikemukakan bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menerbitkan saham industri air di Selangor kepada rakyat selepas proses pengambilalihan selesai.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata kajian rancangan itu akan dibuat selepas proses pengambilalihan diselesaikan walaupun idea berkenaan tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

azmin sidang“Idea ini dicetuskan mantan Menteri Besar sebelum ini tetapi tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat MMKN.

“Bagaimanapun, Syarikat Air Selangor sedia mengkaji cadangan menerbitkan saham industri air Selangor untuk rakyat negeri ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Terdahulu, Abdul Khalid ketika menduduki jawatan Menteri Besar Selangor mengumumkan akan menerbitkan saham selepas Kerajaan Negeri mengambilalih perindustrian air Selangor.

Bagaimanapun, beliau meletak jawatan sebelum sempat proses pengambilalihan industri air diselesaikan, pada September 2014.

-NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Lebih 5 Juta Rakyat Selangor Bakal Dapat Saham Air – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 070322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 7 MAC 2013 :

1.Lebih lima juta rakyat Selangor bakal mendapat saham industri air sekiranya Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih pengurusan industri air di negeri itu.

2. Pimpinan Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian mendesak Perdana Menteri memanggil satu sidang khas parlimen bagi menjawab persoalan penting dan penerangan kerajaan berhubung pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

3. Kerajaan Selangor menubuhkan Tabung Wira Rakyat Selangor berjumlah RM 10 juta bagi membantu ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban semasa mempertahankan negara.

4. PKR mendedahkan dokumen transaksi yang melibatkan pembayaran terhadap konsultan perhubungan awam Amerika Syarikat yang ditugaskan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.