Categories
NASIONAL SELANGOR

Projek IC PRU: Jangan Jadikan Selangor Seperti Sabah

azmizam luar pc 01

PELABUHAN KLANG, 28 APRIL: Kemunculan pendatang asing yang memiliki kad pengenalan biru di Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke -12 lalu berada di tahap membimbangkan.

Menurut Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri, sekiranya isu ini tidak ditangani segera, Selangor akan menghadapi masalah yang sama seperti dihadapi rakyat dan pasukan keselamatan di Sabah.

“Di Sabah masa isu pencerobohan Lahad Datu, pihak keselamatan tak dapat bezakan mana pendatang asing, mana warganegara sebab pendatang asing ini juga ada kad pengenalan biru.

“Sekarang di Selangor sudah mula menular sebab nak rampas Selangor.

“Saya menyeru supaya kita selamatkan Selangor jangan jadi seperti Sabah gara-gara Umno-BN nak mengekalkan kuasa mereka,” kata Azmizam dalam satu program ceramah di Taman Telok Gadong.

Azmizam berkata, beliau sendiri bertemu dengan empat warga Myanmar yang mendapat kad pengenalan biru secara mudah dan sempat membuat salinan dua daripadanya.

“Saya beri amaran kepada mereka, jangan sampai saya jumpa mereka di tempat mengundi, kalau jumpa siaplah,” kata beliau lagi.

Sebelum ini, bekas Ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah ketika tampil sebagai saksi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung projek IC mendakwa beliau dan beberapa kakitangan lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin bagi melicinkan operasi projek IC.

Abdul Aziz adalah Setiausaha Politik kepada Dr Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Manakala seorang saksi lain turut mengaitkan dua bekas orang kanan Mahathir  berhubung dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.

Bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin turut mendakwa menerima arahan daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pakatan Rakyat Di Landasan Tepat Mentadbir Putrajaya – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 110322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 11 MAC 2013 :

1. Kecemerlangan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor selepas ‘Tsunami Politik’ tahun 2008 jelas membuktikan gabungan itu berada di landasan tepat dalam membawa anjakan perubahan baru di Putrajaya.

2. Dalam majlis yang sama, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan untuk berhadapan dengan sebarang mainan politik kotor amalan tradisi kerajaan pemerintah.

3. Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan sumbangan sejumlah RM20,000 kepada keluarga Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.

4. Pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan liwat dan menjadi mangsa fitnah merupakan suatu tindakan yang wajib dilakukan beliau.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Lebih 5 Juta Rakyat Selangor Bakal Dapat Saham Air – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 070322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 7 MAC 2013 :

1.Lebih lima juta rakyat Selangor bakal mendapat saham industri air sekiranya Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih pengurusan industri air di negeri itu.

2. Pimpinan Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian mendesak Perdana Menteri memanggil satu sidang khas parlimen bagi menjawab persoalan penting dan penerangan kerajaan berhubung pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

3. Kerajaan Selangor menubuhkan Tabung Wira Rakyat Selangor berjumlah RM 10 juta bagi membantu ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban semasa mempertahankan negara.

4. PKR mendedahkan dokumen transaksi yang melibatkan pembayaran terhadap konsultan perhubungan awam Amerika Syarikat yang ditugaskan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.