Categories
EKONOMI

Perang Perdagangan: Saham Wall Street merosot

NEW YORK 3 APR: Saham di Wall Street susut berikutan pelabur meninggalkan saham teknologi di tengah-tengah kebimbangan perang perdagangan.

Indeks utama didagangkan di bawah purata pergerakan 200 hari dan S&P 500 ditutup di bawah paras sokongan teknikal buat pertama sejak Brexit pada Jun 2016.

Dow Jones Industrial Average turun 458.92 mata, atau 1.9 peratus, untuk ditutup pada 23,644.19 selepas jatuh di bawah purata pergerakan 200 hari.

S&P 500 susut 58.99 mata, atau 2.23 peratus, kepada 2,581.88.

Nasdaq Composite turun 193.33 mata, atau 2.74 peratus, kepada 6,870.12.

Amazon.com adalah penyumbang utama kepada kejatuhan S&P 500, susut 5.2 peratus, berikutan Presiden Donald Trump terus menyerang peruncit dalam talian itu di media sosial.

Semua 11 sektor utama S&P 500 ditutup lebih rendah, dengan kejatuhan terbesar dalam indeks berkaitan pengguna dan teknologi, masing-masing susut 2.8 peratus dan 2.5 peratus.

Sejumlah 7.71 bilion saham bertukar tangan, berbanding 7.29 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya.

SUMBER: REUTERS

Categories
EKONOMI

Saham Wall Street susut

NEW YORK 8 NOV: Wall Street ditutup lebih rendah dengan kebanyakan saham Amerika Syarikat (AS) menyusut kecuali Dow Jones Industrial Average yang dipacu rali Asia.

Pasaran ekuiti Eropah tidak memberangsangkan berikutan ketegangan di Asia Barat, berpunca daripada Arab Saudi yang menyebabkan harga minyak melambung tinggi pada Isnin.

Wall Street dibuka lebih tinggi dan Dow Jones nyaris menyusut daripada kedudukan positif pada sesi penutup dagangan.

S&P 500 tidak berubah manakala Nasdaq turun 0.3 peratus.

Peter Cardillo daripada First Standard Financial, berkata penurunan di New York disebabkan pelabur berhenti mengambil keuntungan selepas keadaan pasaran yang bertambah baik.

“Ini hanya pengambilan untung dalam jangka panjang. Pelabur sedang menunggu angka mingguan inventori minyak serta laporan berkenaan usaha Republican untuk melaksanakan potongan cukai,” katanya.

Goldman Sachs susut 1.5 peratus manakala JP Mogran Chase & Co turun dua peratus. Peningkatan harga minyak menyokong sektor tenaga dan seterusnya meningkatkan pasaran saham dunia.

Shell susut 1.5 peratus manakala ConocoPhillips jatuh 0.4 peratus dan ExxonMobil turun 0.2 peratus.

Pasaran Asia meningkat, dengan Tokyo dan Sydney berada di paras tertinggi berikutan pendapatan korporat dan prospek pertumbuhan positif.

SUMBER: AFP.

Categories
EKONOMI

Saham Asia dibuka bercampur-campur

KUALA LUMPUR 27 FEB: Saham di Asia dijangka memulakan dagangan minggu ini bercampur-campur menjelang ucapan Presiden Donald Trump di hadapan Kongres minggu ini.

Agensi Berita Antarabangsa BLOOMBERG melaporkan pelabur berharap mendapat sedikit perincian berhubung cadangan perbelanjaan Trump.

Ia terutama pada ketika orang ramai bimbang berhubung rangsangan fiskal yang memberi kesan kepada dolar AS tahun ini, menguji paras peningkatan pasca pilihan raya.

Indeks hadapan ekuiti di Jepun dan Hong Kong menunjukkan bacaan rendah, manakala saham di Australia menyusut.

“Kami tidak pasti apa dasar Trump dan sama ada beliau akan melaksanakan semuanya,” kata Kumar Palghat, pengurus portfolio di Kapstream Capital, kepada Bloomberg TV di Sydney pagi ini.

“Kita hanya akan dapat perincian ucapan Trump esok,” katanya.

Rali kenaikan harga saham global yang membantu menolak nilai melepasi AS$70 trilion telah kehilangan momentum berikutan pengurus dana berhadapan ketidaktentuan politik dan cadangan Rizab Persekutuan berhubung kos pinjaman.

Trump akan berucap di Kongres esok dan beliau dijangka menggariskan rancangan berhubung reformasi cukai dan penjagaan kesihatan serta perbelanjaan infrastruktur.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Saham Asia meningkat hampiri paras tertinggi dua tahun

HONG KONG 21 FEB: Saham Asia menghampiri paras tertinggi dalam dua tahun ini dengan cuti umum di Amerika Syarikat (AS) menjadi pemangkin.

Manakala mata wang euro terus mencatat kerugian susulan kebimbangan berhubung pilihan raya Presiden Perancis.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan kebimbangan politik menjadi tajuk utama kepada pelabur sejak minggu lalu dengan pasaran berhati-hati dengan keputusan pilihan raya Perancis selepas Brexit.

Premium menjadi permintaan pelabur untuk memegang bon Perancis berbanding hutang Jerman meningkat ke paras tertinggi sejak akhir 2012 selepas pungutan suara menunjukkan calon haluan kanan, Marine Le Pen merapatkan jurang dengan pencabarnya.

Indeks meluas MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun tidak berubah pada pembukaan dagangan hari ini dan berada di bawah puncak 19 bulan tinggi yang dicapai Khamis lalu.

Indeks meningkat lebih daripada 11 peratus sejak 23 Disember 2016.

Sementara itu, saham Australia susut dengan pelabur menunggu keputusan separuh pertama syarikat pelombongan terbesar dunia dari segi nilai pasaran, BHP Billiton lewat hari ini.

Syarikat itu buntu untuk menyelesaikan masalah selepas mogok selama 12 hari yang dilancarkan di lombong tembaga di Escondida, Chile.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Saham Asia melonjak

TOKYO 15 FEB: Dagangan Saham Asia melonjak pada permulaan hari ini menjejaki rekod penutup tertinggi Wall Street.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan ini berikutan Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen menyatakan kemungkinan menaikkan kadar faedah bulan depan, serta lonjakan dolar berlegar paras tiga minggu tertinggi.

Yellen semalam berkata, Fed mungkin menaikkan kadar faedah pada mesyuarat akan datang bulan Mac dan jika melewatkan peningkatan kadar faedah menyebabkan jawatankuasa pembuat dasar Fed ketinggalan daripada sasaran.

Komen Yellen melonjakkan saham bank AS sekali gus membantu indeks Wall Street mencapai paras tertinggi semalam.

Kenaikan saham AS menolak Indeks MSCI bagi Asia Pasifik selain Jepun untuk meningkat ke paras 19-bulan tinggi. Indeks naik 0.3 peratus pada awal dagangan Rabu.

Nikkei Jepun menambah satu peratus dan saham Australia naik 0.9 peratus.

=EZY=

Categories
EKONOMI

Pasaran saham AS jatuh bimbang dasar Donald Trump

NEW YORK 18 JAN: Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) jatuh ketika ditutup malam tadi, dengan kaunter kewangan, pengangkutan dan syarikat yang mencatatkan kenaikan besar pasca pilihan raya semuanya merudum ketika musim laporan kewangan bermula.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan turut mempengaruhi prestasi saham adalah kebimbangan berhubung dasar perdagangan dirancang bakal Presiden, Donald Trump.

Kebimbangan itu mengheret dolar ke paras terendah dalam tempoh lebih sebulan manakala pulangan bon jatuh memandangkan pelabur mengurangkan risiko.

Indeks kewangan S&P 500, yang mencatatkan sokongan sejak pilihan raya berikutan jangkaan kadar faedah akan dinaikkan serta kawal selia dilonggarkan di bawah Trump, mencatatkan prestasi terburuk sejak 27 Jun dan menerajui kerugian sektor. Ia jatuh 2.3 peratus.

Saham Morgan Stanley susut 3.8 peratus walaupun keuntungan berganda pada suku keempat.

Ketua Kewangan bank itu, Jonathan Pruzan, berkata Morgan Stanley tidak akan menaikkan sasaran suku tahunan bagi perniagaannya sehingga ia jelas bahawa arah aliran pendapatannya dapat dikekalkan.

Saham bioteknologi dan farmaseutikal merosot selepas Trump dalam temubual bersama Washington Post berkata, beliau memberi perhatian terhadap harga ubat dan bersedia untuk memperkenalkan rancangan bagi menggantikan dasar Obamacare.

Indeks bioteknologi Nasdaq susut dua peratus.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Jual beli 90.83% saham Titisan Modal adil dan munasabah

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 25 NOV: Tindakan Kumpulan Perangsang Sdn Bhd menjual 90.83 peratus saham milik anak syarikatnya, Titisan Modal (M) Sdn Bhd kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dengan nilai RM78.05 juta adalah adil dan munasabah.

Memetik laporan The Edge, dalam kenyataan Perangsang kepada Bursa Malaysia semalam, Crowe Horwath Advisory Sdn Bhd berkata, ia mengambil kira pelbagai faktor termasuk rasional dan penilaian transaksi.

Katanya, transaksi Titisan Modal dinilai pada kadar 1.05 kali ganda daripada perspektif ratio ‘price-to-book’ iaitu 0.94 kali ganda lebih tinggi daripada penilaian dibuat Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) and Air Selangor.

empangan-selangor-sept-3“Kami berpendapatan pertimbangan penjualan itu adil dan munasabah atas dasar terdapat sedikit premium bernilai 4.8 peratus berbanding nilai saham pelupusan,” kata Crowe Horwath.

Titisan Modal memiliki 100 peratus Konsortium Abass Sdn Bhd yang memiliki konsesi 30 tahun di bawah skim pembekalan air Sungai Semenyih.

Crowe Horwath berkata, penjualan itu juga tidak akan menjejaskan kepentingan pemegang saham minoriti Kumpulan Perangsang.

“Kami mencadangkan pemegang saham minoriti Kumpulan Perangsang mengundi cadangan itu pada mesyuarat agung luar biasa, pada 9 Disember ini,” katanya.

-NFN-