Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Keputusan Saringan Komuniti Bersasar diketahui seawal 8 malam ini

KLANG, 2 DIS: Penduduk Meru yang menjalani Saringan Covid-19 Bersasar secara percuma boleh menyemak keputusan melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) seawal jam 8 malam ini.

Pengurus Besar Klinik Selcare Mahdzir Ibrahim berkata keputusan dipapar lebih awal berikutan penggunaan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) semasa proses saringan.

“Enam makmal mudah alih disediakan di lokasi saringan untuk melakukan ujian sampel dan keputusan boleh diperoleh dalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja.

“Bagaimanapun, kita minta semua penduduk segera beredar selepas menjalani saringan bagi mengelak kebolehjangkitan Covid-19 sekiranya ada individu disahkan positif,” katanya ketika meninjau program itu di pekarangan Dewan Masyarakat Taman Meru 3 hari ini.

Terdahulu, seramai 430 penduduk dari Taman Meru 3, Taman Seri Meru, Taman Bayu dan Taman Desa Permai menjalani saringan bermula 9 pagi hingga 2 petang yang dikendalikan 35 petugas kesihatan Selcare serta Pejabat Kesihatan Daerah Klang.

Mahdzir menambah operasi kali ini berbeza kerana menggunakan aplikasi milik Kerajaan Negeri yang mana penduduk dikehendaki membuka akaun SELangkah dan mendaftarkan diri sebelum saringan.

“Penggunaan SELangkah akan berterusan selepas ini supaya keputusan makmal boleh diperoleh secara dalam talian dengan lebih mudah oleh pemegang akaun,” katanya.

Orang ramai boleh mengakses https://screening.selangkah.my/login dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan yang didaftarkan.

Kelmarin, Dato’ Menteri Besar memaklumkan Saringan Komuniti Bersasar dijalankan susulan kenaikan mendadak kes positif Covid-19 di Selangor melalui kluster Teratai.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Saringan bersasar di masjid lapangan terbang Subang

SHAH ALAM, 13 OKT: Saringan bersasar di mukim Klang ditukar ke Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz (MLTSAA), Subang susulan peningkatan kes Covid-19 membabitkan jemaah.

Dato’ Menteri Besar berkata daerah Petaling lebih memerlukan saringan bersasar yang dilakukan Selgate Corporation Sdn Bhd (Selgate) atau Klinik Selcare.

“Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) sudah minta jemaah yang hadir (solat Jumaat pada 2 Oktober) buat saringan tapi tak dapat dikesan.

“Jadi saringan akan dibuat dalam masjid bagi memudahkan jemaah datang. Kita tidak mahu ada yang tertinggal,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kontrak Penjanaan Liga Bola Keranjang Komuniti Kebangsaan (NCBL) 2021.

Jumaat lalu, Pengarah Jais Mohd Shahzihan Ahmad memaklumkan penangguhan sementara aktiviti di MLTSAA susulan seorang jemaah solat Jumaat pada 2 Oktober disahkan positif wabak.

Berdasarkan rekod, seramai 1,310 jemaah lain turut bersolat Jumaat pada tarikh itu.

Sebelum ini, saringan bersasar dilaksanakan di 16 Klinik Selcare bermula 4 hingga 11 Oktober dan kemudian tertumpu di mukim Klang selepas kawasan itu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 9 sehingga 23 Oktober.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Saringan bersasar kesan satu kes positif babit warga Shah Alam

SHAH ALAM, 10 OKT: Satu lagi kes positif Covid-19 dikesan dari saringan bersasar dilakukan Kerajaan Selangor menjadikan lima kes keseluruhannya.

Dato’ Menteri Besar berkata kes terbaharu hari ini membabitkan wanita berusia 37 tahun yang tinggal di Shah Alam.

“Setakat hari ini seramai 732 individu sudah menjalani ujian saringan. Program ini berakhir esok,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Selepas ini, program percuma bermula 4 Oktober lalu akan tertumpu di mukim Klang melibatkan 36 kawasan perumahan yang kini menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 23 Oktober.

Saringan boleh dilakukan di 16 klinik Selcare dengan mengemukakan bukti pemastautin tetap di Selangor seperti kad pengenalan, bil air dan elektrik, dokumen penerbangan dari Sabah serta membuat janji temu.

Lokasi klinik boleh disemak melalui https://selcareclinic.com/our-clinics:

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

MB: Saringan bersasar kesan empat individu positif Covid-19

SHAH ALAM, 9 OKT: Tiga lagi individu dikesan positif Covid-19 hasil saringan bersasar secara percuma anjuran Kerajaan Negeri antara 4 hingga 8 Oktober.

Jumlah tersebut menjadikan individu yang dijangkiti virus itu setakat ini empat orang.

Dato’ Menteri Besar berkata seramai 573 individu menjalani saringan dan mempunyai rekod perjalanan ke Sabah antara 20 hingga 26 September.

“Semalam telah menemui tiga lagi kes positif, dua dari Gombak dan seorang dari Subang menjadikan empat (individu) dikenal pasti positif (Covid-19).

“Semua yang positif diuruskan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) untuk tujuan pemulihan dan penjejakan kontak,” tulis Dato’ Seri Amirudin Shari di Twitter.

Jelasnya, penjejakan kontak akan dikendalikan oleh JKNS bersama Pejabat Kesihatan Daerah.

Beliau berkata program yang berakhir pada Ahad, selepas ini akan tertumpu di mukim Klang, yang kini menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 23 Oktober.

Saringan boleh dilakukan di 16 klinik Selcare dengan mengemukakan bukti pemastautin tetap di Selangor seperti kad pengenalan, bil air dan elektrik, dokumen penerbangan dari Sabah serta membuat janji temu.

Lokasi klinik boleh disemak melalui https://selcareclinic.com/our-clinics:

Selcare Clinic Desa Mentari
B-1-G-04, Jalan PJS 6/5E
Desa Mentari, Jalan Klang Lama
46150 Petaling Jaya
Selangor
03-7877 8544

Selcare Clinic Jaya One
B-27-1, Block B,
Jaya One Selangor,
92, Jalan Universiti, Sec 13,
46200 Petaling Jaya,
Selangor
03-7960 1975

Selcare Clinic Puchong
A-14-0-6, Jalan Permai 1/1,
Taman Puchong Permai, Batu 13,
47100 Puchong,
Selangor
03-5882 0650

Selcare Clinic Shah Alam
No 47, Ground Floor,
Jalan Snuker 13/28, Section 13,
40100 Shah Alam,
Selangor
03-5524 5690

Selcare Clinic Sentosa Klang
25, Jln Dato Dagang 39,
Taman Sri Sentosa,
41200 Klang,
Selangor
03-5161 5426

Selcare Clinic USJ Sentral
Persiaran Subang, G-7,
Jalan Usj Sentral 3, USJ Sentral,
47630 Subang Jaya,
Selangor
03-8023 5358/03-8011 4962

Selcare Clinic Skypark Subang
M19, Sultan Abdul Aziz Shah Airport,
SkyPark Terminal,
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,
47200 Subang,
Selangor
03-7847 3969

Selcare Clinic Putrajaya
11, Jalan P9 B/1,
Presint 9,
62250 Putrajaya
03-8893 0268/ 03-8888 0263/ 03-8888 3268

The KL Clinic Hap Seng 2
Lot No. 1M-02, Level 1M,
Menara Hapseng 2,
Plaza Hapseng, Jalan P Ramlee,
50250 Kuala Lumpur
03-2022 0343

The KL Clinic KLO Station
Stesen Keretapi Lama, Jalan Sultan Hishamuddin,
Kampung Attap, 50621 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

The KL Clinic Menara Olympia
Suite 0401, 4th Floor,
Menara Olympia,
No. 8, Jalan Raja Chulan,
50200 Kuala Lumpur
03-2276 5239

The KL Clinic Queen Avenue
Lot 8-2-4, 2nd Floor,
Block 8, Queen Avenue,
Jalan Shelley, Off Jalan Peel
55100 Kuala Lumpur
03-9202 2967

The KL Clinic Rohas Perkasa
Mezzanine Floor, East Wing,
Rohas Perkasa,
No. 9, Jalan P Ramlee, Wilayah,
50250 Kuala Lumpur
03-2166 0395/ 03-2181 3362

The KL Clinic Sri Rampai
No.42, Jalan Megan Setapak,
Taman Megan Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur
03-4143 8250

The KL Clinic UBN Tower
2nd floor, UBN Tower,
10, Jalan P Ramlee,
50250 Kuala Lumpur
03-2072 2239/ 03-2022 2239

The KL Clinic Worldwide KL
GF Unit B-1 & B-2, Menara Worldwide
198 Jalan Bukit Bintang
55100, Kuala Lumpur
03-2181 5677

 

Categories
AGENDA NASIONAL

MB: Saringan bersasar kawasan zon merah diteruskan

SHAH ALAM, 8 OKT: Saringan bersasar Covid-19 di kawasan zon merah diteruskan, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ia sebagai langkah mengawal penularan wabak berkenaan.

“Kerajaan Negeri akan terus mengadakan saringan bersasar ke kawasan merah sebagai langkah lanjutan bagi mengawal perebakan wabak ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata Kerajaan Negeri bekerjasama dengan semua agensi berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Klang.

“Untuk penyelarasan dan keseragaman informasi, Majlis Keselamatan Negara (MKN) di bawah Kerajaan Persekutuan akan mengumumkan perincian pelaksanaan PKPB Klang,” katanya.

Terdahulu beliau menyampaikan beberapa cadangan pengubahsuaian pelaksanaan PKPB di Klang dalam sidang khas MKN bersama perdana menteri secara maya jam 11 pagi tadi.

Cadangan itu dibuat berdasarkan maklum balas pelbagai agensi dan jabatan melalui mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.

Selangor menawarkan khidmat saringan percuma kepada individu baru pulang dari Sabah mulai 4 Oktober lalu.

Setakat semalam, 337 pemastautin Selangor yang ada sejarah perjalanan ke Sabah antara 20 hingga 26 September menjalani pemeriksaan percuma di Klinik Selcare. Satu kes positif dikesan.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

Saringan bersasar Covid-19 percuma bermula hari ini

SHAH ALAM, 4 OKT: Saringan bersasar secara percuma kepada rakyat Selangor membabitkan 16 klinik Selcare bermula hari ini sehingga 11 Oktober bagi mengekang penularan Covid-19.

Setakat jam 12 tengah hari, seramai 13 individu sudah menjalani saringan di Klinik Selcare Shah Alam manakala Puchong dan Putrajaya masing-masing lapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Selgate Corporation Noor Hisham Mohd Ghouth berkata baki 13 lagi klinik akan dibuka untuk saringan berkenaan mulai esok.

Kelayakan untuk menjalani ujian di klinik milik Selgate Healthcare Sdn Bhd adalah bagi mereka yang ada sejarah perjalanan ke Sabah antara 20 hingga 26 September.

Individu yang mahu mendapatkan perkhidmatan ini juga perlu mengemukakan bukti pemastautin tetap di Selangor seperti kad pengenalan, bil air dan elektrik.

Lokasi klinik boleh disemak melalui https://selcareclinic.com/our-clinics

– Selcare Clinic Desa Mentari
B-1-G-04, Jalan PJS 6/5E
Desa Mentari, Jalan Klang Lama
46150 Petaling Jaya
Selangor
03-7877 8544

– Selcare Clinic Jaya One
B-27-1, Block B,
Jaya One Selangor,
92, Jalan Universiti, Sec 13,
46200 Petaling Jaya,
Selangor
03-7960 1975

– Selcare Clinic Puchong
A-14-0-6, Jalan Permai 1/1,
Taman Puchong Permai, Batu 13,
47100 Puchong,
Selangor
03-5882 0650

– Selcare Clinic Shah Alam
No 47, Ground Floor,
Jalan Snuker 13/28, Section 13,
40100 Shah Alam,
Selangor
03-5524 5690

– Selcare Clinic Sentosa Klang
25, Jln Dato Dagang 39,
Taman Sri Sentosa,
41200 Klang,
Selangor
03-5161 5426

– Selcare Clinic USJ Sentral
Persiaran Subang, G-7,
Jalan Usj Sentral 3, USJ Sentral,
47630 Subang Jaya,
Selangor
03-8023 5358/03-8011 4962

– Selcare Clinic Skypark Subang
M19, Sultan Abdul Aziz Shah Airport,
SkyPark Terminal,
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,
47200 Subang,
Selangor
03-7847 3969

– Selcare Clinic Putrajaya
11, Jalan P9 B/1,
Presint 9,
62250 Putrajaya
03-8893 0268/ 03-8888 0263/ 03-8888 3268

– The KL Clinic Hap Seng 2
Lot No. 1M-02, Level 1M,
Menara Hapseng 2,
Plaza Hapseng, Jalan P Ramlee,
50250 Kuala Lumpur
03-2022 0343

– The KL Clinic KLO Station
Stesen Keretapi Lama, Jalan Sultan Hishamuddin,
Kampung Attap, 50621 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

– The KL Clinic Menara Olympia
Suite 0401, 4th Floor,
Menara Olympia,
No. 8, Jalan Raja Chulan,
50200 Kuala Lumpur
03-2276 5239

– The KL Clinic Queen Avenue
Lot 8-2-4, 2nd Floor,
Block 8, Queen Avenue,
Jalan Shelley, Off Jalan Peel
55100 Kuala Lumpur
03-9202 2967

– The KL Clinic Rohas Perkasa
Mezzanine Floor, East Wing,
Rohas Perkasa,
No. 9, Jalan P Ramlee, Wilayah,
50250 Kuala Lumpur
03-2166 0395/ 03-2181 3362

– The KL Clinic Sri Rampai
No.42, Jalan Megan Setapak,
Taman Megan Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur
03-4143 8250

– The KL Clinic UBN Tower
2nd floor, UBN Tower,
10, Jalan P Ramlee,
50250 Kuala Lumpur
03-2072 2239/ 03-2022 2239

– The KL Clinic Worldwide KL
GF Unit B-1 & B-2, Menara Worldwide
198 Jalan Bukit Bintang
55100, Kuala Lumpur
03-2181 5677