Categories
SELANGOR

Sate Kajang Haji Samuri beri sumbangan besar sosioekonomi Kajang

KAJANG 3 SEPT: Tidak keterlaluan jika dikatakan Sate Kajang Haji Samuri bukan sekadar sebahagian menu utama dalam kalangan masyarakat tetapi turut menyumbang ke arah perubahan landskap sosioekonomi di Kajang.

Mula beroperasi di gerai No.5 di Medan Sate Kajang pada tahun 1992, Sate Kajang Haji Samuri menjadi begitu sinonim dengan pekan Kajang selepas pengasasnya Allahyarham Datuk Samuri Juraimi menjenamakan semula produk makanan itu selain memberi perspektif yang lebih segar dan diterima luas oleh masyarakat.

Seorang penggemar, Prof. Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata selain membentuk hubungan sosial yang positif, Sate Kajang Haji Samuri banyak memberikan sumbangan terhadap pembangunan ekonomi dan sosial negara, khususnya di Kajang.

“Antara sumbangannya ialah pembangunan ekonomi masyarakat Melayu melalui wujudnya rangkaian perniagaan Sate Kajang Haji Samuri di mana banyak peluang dibuka kepada mereka untuk menceburi rangkaian perniagaan tersebut.

5_s“Selain itu penjenamaan semula makanan berkenaan berjaya menjadi lambang perpaduan masyarakat di Malaysia kerana bukan sahaja Melayu, tetapi juga India dan Cina menghargai serta menikmati sate sekali gus menjadikan ia antara hidangan utama negara,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Mohamed Fadzil yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, berkata penjenamaan semula Sate Kajang secara tidak langsung menaikkan imej Kajang yang kekuatannya sebelum ini dibayangi imej dua daerah berjiran iaitu Bangi dan Serdang.

Jelasnya, Bangi dan Serdang masing-masing mempunyai jenama mereka sendiri yang menyebabkan kedua-dua bandar itu terkenal dalam kalangan masyarakat iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang.

“Nama pekan Kajang menjadi lebih dikenali selepas penjenamaan semula Sate Kajang Haji Samuri dan kini menjadi lebih terkenal setelah pelancaran Fasa 2 Laluan Sungai Buloh-Kajang Transit Aliran Massa (MRT), yang menempatkan hentian stesen MRT Stadium Kajang.

AppleMark

“Kita dapat lihat bagaimana penjenamaan semula sate Kajang memberi impak yang besar kepada pembangunan ekonomi dan infrastruktur di Kajang,” katanya yang mengenali Sate Kajang Haji Samuri ketika bergelar pelajar di UPM dan menikmati hidangan itu setiap bulan sebagai hadiah motivasi diri.

“Pada majlis graduasi, saya merupakan penerima Hadiah Pingat Emas Canselor UPM dan kakak ipar meraikan kejayaan saya di restoran Sate Kajang Hj Samuri. Jadi memang ada nostalgia dengan sate Haji Samuri ni,” katanya.

Allahyarham Datuk Samuri Juraimi, 73, meninggal dunia di kediamannya di Sungai Ramal Dalam, Kajang dekat sini pada 12.05 tengah malam pada 2 September akibat kanser hati tahap empat yang dikesan sejak awal tahun ini.

SUMBER: BERNAMA

Categories
SELANGOR

Pengasas Sate Kajang meninggal dunia

KAJANG 2 SEPT: Pengasas Sate Kajang Hj. Samuri, Datuk Samuri Juraimi meninggal dunia kira-kira jam 12.05 tengah malam tadi.

Allahyarham Samuri telah lahir pada 25 Julai 1944 di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor dan kini berusia 73 tahun, lapor.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ramal Dalam, di sini kira-kira jam 9.30 pagi tadi, lapor SINAR HARIAN.

Syarikat yang mulanya beroperasi dengan menjual sate secara kecil-kecilan sejak tahun 1992, kini telah berkembang menjadi sebuah syarikat korporat yang boleh dikategorikan sebagai peneraju dalam bidang perniagaan sate secara komersial.

Kini Sate Kajang Hj Samuri mempunyai 20 buah rantaian cawangan yang beroperasi sekitar Kajang, Lembah Klang, Putrajaya dan beberapa cawangan di Negeri Sembilan.

Sate Kajang Hj Samuri juga merupakan pembekal sate utama kepada beberapa rangkaian hotel dan kafe terkemuka di Kuala Lumpur.

 

AppleMark

BIODATA:

Tarikh Lahir: 25 Julai 1944
Lahir: Sungai Ramal Dalam, Kajang
Umur: 73 Tahun
Prinsip: Jangan sesekali menyusahkan orang dan menipu orang dalam apa jua bidang yang diceburi
Hobi: Mengumpul barangan antik dan melancong
Kegemaran: Suka makan sate tidak kira apa jenis sate
Isteri: Datin Hajjah Jani Mohamad Amir
Anak: 5 orang

Sate Kajang (Kenali Selangor) dan Sabak Bernam (Singgah Selangor )- Salam Selangor

Episod 82

Sinopsis:

Sate Kajang mula diperkenalkan oleh Tasmin Sakiban yang berhijrah ke Kajang pada tahun 1914. Beliau berasal dari Pulau Jawa, Indonesia dan memulakan perniagaan di Pekan Kajang dengan menjual sup dan nasi kepal atau ketupat.

Tetamu:1. Dato’ Samuri Hj Juraimi (Pemilik Sate Kajang Hj Samuri Sdn Bhd)

sate kajang