Categories
SELANGOR

Belajawan 2016 banyak tiru program MES Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 25 OKT: Tidak cukup ‘menciplak’ idea Skim Ceria dan Pembiayaan 10 Peratus Wang Pendahuluan Membeli Rumah, Kerajaan Persekutuan didakwa turut meniru beberapa program lain di bawah Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dalam Belanjawan 2016.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata Belanjawan 2016 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mencontohi idea Skim Khairat Kematian untuk peserta Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di bawah Kerajaan Negeri.

BAJET 2016“Mereka melihat keberkesanan di Selangor hasil usaha Kerajaan Negeri memberi kebajikan untuk rakyatnya dalam program MES dan mereka lihat kita punya iltizam dan penanda aras di Selangor nak membantu rakyat.

“Maknanya bila kita dah jalankan selama tujuh tahun ini, mereka melihat dan kaji keberkesanannya bagaimana hati rakyat Selangor dekat dengan Kerajaan Negeri, timbul pula rasa sayang apabila mereka dijaga sejak lahir hingga hujung hayat semua merasa program MES.

“Kerajaan Persekutuan mengapa tidak keluarkan idea sendiri atau sekurang-kurangnya berikan penghargaan kepada Selangor dan tidak mendabik dada kata ini idea sendiri,” kata Dr Daroyah kepada Selangor Kini.

mesra-usia-emSelain Skim Khairat Kematian untuk peserta SMUE, Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang dilancarkan pada April 2011 turut menjadi ikutan Kerajaan Persekutuan dengan mewujudkan Tuisyen Rakyat 1 Malaysia (TR1M) pada Jun 2012.

Terdahulu, Najib semasa membentangkan Belanjawan 2016 mengumumkan waris penerima BR1M bakal menerima khairat kematian berjumlah RM1,000 berbanding RM2,500 bagi waris peserta SMUE.

Beliau turut mengumumkan Skim Pembiayaan Penyelengaraan Rumah Pangsapuri yang mirip kepada Skim Ceria dan Skim Pembiayaan Wang Pendahuluan Membeli Rumah seperti yang dinyatakan Exco Perumahan Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad pada Ogos lalu.

Manakala program Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) yang menawarkan baucar buku bernilai RM200 kepada pelajar pengajian tinggi, walaupun mempunyai mekanisme berbeza tetapi mirip kepada Skim Hadiah Anak Masuk Universiti yang menawarkan pemberian RM1,000 oleh Kerajaan Negeri.

EZY

Categories
SELANGOR

Tuduhan Melulu, NGO Mahu Polis Siasat TPM – FOKUS


 

Sinopsis

FOKUS Untuk 01082013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Satu gabungan NGO menggesa polis menyiasat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Akta Hasutan kerana menuduh orang bukan Islam terlibat dalam video jurulatih anjing yang didakwa menyinggung perasaan umat Islam

2. Keputusan Kerajaan Selangor memperluaskan skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) kepada keluarga berpendapatan RM 3,000 dan bawah mendapat sambutan dan pujian pelbagai pihak.

3. Rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan mahkamah membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II akan didengar pada 17 dan 18 September ini.

Layari http://www.selangorkini.net