SHAH ALAM,27 MAC : Pakatan Rakyat mencadangkan satu Jawatankuasa Tetap Parlimen ditubuhkan agar semua pihak berkepentingan termasuklah Pakatan Rakyat diberi peluang untuk mengemukakan cadangan dan penambahbaikan perkhidmatan awam.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata Pakatan Rakyat menyokong penuh gesaan Cuepacs untuk dijadikan salah satu pihak berkepentingan (?stakeholder?) isu perkhidmatan awam.
Izzah menyeru agarĀ kerajaan tidak lagi melakukan tindakan bersifat ?unilateral? seperti Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dahulu, yang telah gagal akibat tentangan yang begitu kuat dari pelbagai pihak.
“Sekali lagi rakyat gelisah mendengar berita bahawa Cuepacs, seperti yang disebut presidennya Datuk Omar Osman, tidak dimaklumkan tentang siapa yang akan menyertai suruhanjaya untuk mengkaji penyelaran gaji perkhidmatan awam selepas pembatalan tiba-tiba skim SBPA.
“Kerajaan juga perlu meneruskan dan menambahbaik sistem Skim Saraan Malaysia (SSM) sedia ada, termasuk menubuhkan suruhanjaya khas untuk melaksanakan penambahbaikan yang ?komprehensif dan menyeluruh? terhadap perkhidmatan awam negara,” kata Izzah yang juga Naib Presiden PKR dalam kenyataan medianya.