Categories
SELANGOR

Istana maklum isu permuafakatan Tahaluf Siyasi

OLEH ERMIZI MUHAMAD

RAWANG, 12 MEI : Pihak Istana sudah dimaklumkan berhubung keputusan PAS memutuskan permuafakatan Tahaluf Siyasi bersama KEADILAN.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara berkenaan sudah dimaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Menjadi tanggungjawab saya untuk memaklumkan perkara itu. Tetapi tidaklah sampai mengadap Sultan di Istana,” katanya sebagai mengulas keputusan Majlis Syura PAS, semalam.

Azmin-RakyatWalaupun kemelut di peringkat Pusat terputus, Mohamed Azmin memberi jaminan ia tidak memberi kesan secara langsung kepada kestabilan dan keharmonian di Selangor.

Katanya, komitmen di peringkat negeri perlu diteruskan berlandaskan kepercayaan dan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum 13 lalu.

“Tanggungjawab saya dan Kerajaan Negeri untuk jaga kestabilan ekonomi dan pastikan mandat rakyat ini diteruskan dan dilaksanakan sebaiknya.

“Pilihanraya lalu telah buktikan bahawa kestabilan inilah menyebabkan kita berupaya meraih pelbagai kejayaan.

“Sejak Tahaluf Siyasi ini dibentuk, antara kejayaan kita termasuklah pembangunan umat Islam diberi tumpuan untuk pastikan kepentingan ini diutamakan,” katanya.

Azmin : Beri peluang pimpinan bincang kaedah perjuangan tiga parti komponen Pakatan

SINOPSIS : Menghadapi PRU ke-14, semua pihak harus memahami keperluan meneruskan perjuangan melalui Pakatan Rakyat atas kaedah Tahaluf Siyasi disamping memberi peluang kepada kesemua pimpinan parti didalam Pakatan Rakyat segera membincangkan perjuangan seterusnya.

Categories
NASIONAL

Tahaluf Siyasi tak mestinya tumpu isu PRU tapi baiki pentadbiran

khalid samad white pc 011

SHAH ALAM, 18 SEPT – Kajian Tahaluf Siyasi atau kerjasama politik harus tertumpu isu memperkukuh pentadbiran dan bukan semata-mata terhad kepada isu pilihan raya, kata Khalid Samad.

“Tahaluf Siyasi bukan untuk pilihan raya sahaja, apa rakyat nak tengok bagaimana kemampuan PR memerintah bersama.

“Ini perlu dipertingkat kerana kita mahu tunjuk gagasan Pakatan lebih baik daripada BN. Bukan sekadar soal bertanding PRU tetapi soal pemerintahan,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mencadangkan PAS supaya mengkaji semula kerjasama politik dalam Pakatan berikutan mendakwa pengaruh parti itu dilihat semakin lemah.

Namun, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpesan supaya kajian itu hanya untuk menambah baik kerjasama, bukannya membawa tujuan yang tidak menguntungkan Pakatan.

Menyifatkan persoalan keluar gabungan itu tidak harus timbul, dari Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu, berkata masalah sesama parti dalam Pakatan harus dibincang secara dalaman.

Memberi contoh, beliau berkata, masalah pertindihan kerusi perlu dibincang sesama pimpinan tertinggi untuk mencapai keputusan terbaik.

“Kita harap masalah seperti pertindihan kerusi dapat diditangani dengan lebih baik, perbincangan antara pimpinan dengan lebih mendalam supaya masalah itu tidak berulang,” katanya.

– FZL