Sultan Sharafuddin perkenan Abdul Khalid kekal Menteri Besar

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

MB buat lawatan mengejut ke kawasan hotspot denggi

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan lawatan mengejut ke pusatĀ  penyimpanan tayar di Kawasan Perindustrian Jalan Lumu, di sini, ekoran terdapat aduan kes wabak denggi di lokasi berkenaan.

Tinjauan di premis berkenaan mendapati terdapat longgokan tayar di luar premis berkenaan yang dijadikan stor simpanan.

MB:Bonus kepada kampung promosi program kemahiran teknikal belia

Pimpinan komuniti kampung diharap membantu Kerajaan Negeri mempromosikan Program Kemahiran Tektikal Belia Luar Bandar dan menarik penyertaan belia.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sejak dilancarkan program berkenaan sehingga kini masih kurang mendapat sambutan walaupun disertakan dengan tawaran menarik.

Oleh itu, katanya, kerjasama pihak ketua kampung dan jawatankuasa kemajuan keselamatan kampung (JKKK) diperlukan dalam membantu menarik penyertaan yang disasarkan.

MB : “Kalau berasas gambar sahaja, dah banyak parti saya masuk”

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai langkah mempertahankan kuasanya seterusnya menyertai Umno, baru-baru ini.

MBI struktur ahli lembaga pengarah anak syarikat bermula KSSB, PNSB

Penstrukturan semula ahli lembaga pengarah anak syarikat Kerajaan Negeri dilakukan untuk menambah baik prestasi agensi selain ‘menggugurkan’ pekerja yang tidak produktif.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tindakan itu juga untuk mengkaji semula prestasi termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Tegasnya, kajian semula hanya dilakukan jika perlu bagi menambah baik sesebuah syarikat dan tidak membabitkan syarikat yang menunjukkan prestasibaik.

MB : Tidak perlu sekat bantuan gelandangan

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menghalang badan bukan kerajaan (NGO) daripada memberi makanan percuma kepada gelandangan di ibu kota.

Kerajaan Negeri sedia bantu penduduk pangsapuri migrasi ke meter individu

Kerajaan Negeri bersedia membantu pemilik rumah pangsapuri melakukan migrasi meter air daripada meter pukal kepada meter air individu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata insentif itu hanya diberikan kepada mereka yang tidak berkemampuan menjelaskan bil yang dianggarkan berjumlah RM70 bagi setiap pemasangan meter.

Konvensyen Migrasi Meter Air Individu

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama-sama dengan wakil Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Exco Perumahan Iskandar Abdul Samad menghadiri konvensyen yang bertujuan bagi mengubah sistem meter pukal kepada meter individu.

MB: Audit perbelanjaan MES, elak ketirisan

Jabatan Audit Negeri Selangor diarahkan menjalankan audit di seluruh pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Penyelaras DUN dan Ahli Parlimen Selangor bagi memantau penggunaan peruntukan kewangan untuk program kebajikan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ia bertujuan untuk memudahkan Kerajaan Negeri memeriksa keberkesanan program kebajikan yang telah dijalankan sejak tahun 2008.

MB umum bonus raya sebulan gaji

Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan awam di negeri itu.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), petang tadi.

Beliau berkata sejumlah RM32.7 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi urusan pemberian bonus berkenaan.

Selangor lulus RM27 juta naik taraf masjid negeri

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersetuju memberikan peruntukan awal RM27 juta bagi kerja menaiktaraf kawasan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Katanya, peruntukan terbabit merangkumi pembinaan menara masjid, kawasan sekitar dan pembaikan struktur bangunan serta ruang dalaman.

Eksekutif SYABAS tak hadir mesyuarat air Selangor, hantar pekerja bawahan

Barisan Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tidak memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri ketika diminta menghadiri mesyuarat bagi membincangkan status pembangunan dan penyaluran air seluruh Selangor yang dilaksanakan setiap dua hari.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata dalam mesyuarat yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Kushrin Munawi itu hanya dihadiri 50 kakitangan bawahan termasuk pihak lain berkaitan tanpa pengurusan tertinggi.