Categories
SELANGOR

Lepasan UEC dialu-alukan mohon UNISEL

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 2 NOV: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) secara dasarnya memberi kelulusan kepada Universiti Selangor (UNISEL) menggunakan Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate/UEC) bermula 10 Oktober 2016.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, UNISEL mengalu-alukan pelajar lepasan UEC selaras dengan dasar Kerajaan Negeri dan pengiktirafan KPKT.

“Namun, setakat ini tiada calon menggunakan UEC untuk membuat permohonan memasuki UNISEL.

“Dengan adanya kelulusan rasmi KPT, UNISEL akan melipat ganda usaha memasarkan program ditawarkan kepada lepasan UEC,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Beliau merujuk soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han berhubung usaha Kerajaan Negeri mengenai sijil UEC.

“Kerajaan Negeri sememangnya mengiktiraf UEC dan kini dalam perbincangan menarik lebih ramai graduan UEC,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

UNISEL tiada halangan ambil lepasan Sijil UEC

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 11 NOV: Universiti Selangor (UNISEL) sedia menerima pelajar Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) selepas penambahan syarat kemasukan diluluskan mulai tahun depan.

Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata UNISEL mendapati tiada halangan Daftar Kelayakan Malaysia (MQA) atau pendidikin tinggi untuk mengambil pelajaran daripada lepasan UEC selepas dibincang melalui mesyuarat diantara Standco Pendidikan bersama UNISEL, KUIS, INSPEN dan Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), pada 7 September lalu.

nik nazmi a“Untuk merealisasikan UNISEL perlu memohon penambahan syarat kemasukan pada setiap program. Kini, UNISEL sedang dalam proses meneliti syarat kemasukan yang dikeluarkan MQA dengan syarat kemasukan sedia ada.

“Pengambilan lepasan UEC akan diambil selepas kelulusan penambahan syarat kemasukan diluluskan,” katanya.

Terdahulu, katanya, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2016 menyatakan Kerajaan Negeri mengiktiraf UEC bertujuan untuk menangani masalah penghijrahan cendekiawan yang semakin serius.

Katanya, Kerajaan Negeri menyedari peranan besar yang dimainkan sekolah jenis kebangsaan Cina dalam membangunkan modal insan.

UNISEL memutuskan kerana statistik menunjukkan3,000 pelajar menamatkan pengajian mereka dengan UEC setiap tahun.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Iktiraf UEC sekolah menengah persendirian Cina terima respon positif

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 4 NOV: Tindakan Kerajaan Negeri mengumumkan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi sekolah menengah persendirian Cina mulai tahun depan mendapat respon positif semua pihak.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri menerima semua pandangan dan teguran untuk menterjemahkan Belanjawan 2016 ke arah lebih baik.

“Banyak inisiatif dan respon positif yang kita terima. Selepas Kerajaan Negeri mengumumkan untuk mengiktiraf sijil UEC dengan kupasan Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad.

azmin012“Apabila diumumkan inisiatif itu, ia mendapat respon yang cukup positif daripada semua pihak,” katanya dalam penggulungan Rang Undang-Undang Pembekalan di Sidang Dewan Negeri, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin turut memuji tindakan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Adenan Satem yang berani menyelar Kerajaan Persekutuan dengan menggelar ia sebagai bodoh dan tidak berasas.

Sebelum ini, Universiti Selangor (UNISEL) adalah universiti milik penuh Kerajaan Negeri yang akan mengiktiraf UEC bertujuan untuk menangani masalah penghijrahan cendekiawan yang semakin serius.

Katanya, hal itu juga kerana Kerajaan Negeri menyedari peranan besar yang dimainkan sekolah jenis kebangsaan Cina dalam membangunkan modal insan.

Statistik menunjukkan bahawa seramai 3,000 pelajar menamatkan pengajian mereka dengan UEC setiap tahun.

Pelajar-pelajar dari 60 sekolah menengah persendirian Cina menduduki peperiksaan menduduki peperiksaan yang diformulakan oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) setiap tahun.

-NFN-