Categories
AGENDA SUKANKINI

Liga M belum sedia guna VAR faktor kos tinggi

SHAH ALAM 15 JAN: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengakui Liga Malaysia (Liga M) masih belum bersedia menggunakan sistem pengadil bantuan video (VAR).

Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan antara faktor utama menjadi penghalang penggunaan sistem itu adalah kosĀ  terlalu tinggi, lapor BH ONLINE.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan hasrat peminat bola sepak untuk melihat VAR digunakan dalam Liga M boleh menjadi kenyataan pada masa akan datang.

“Saya fikir VAR belum dapat dilaksanakan sebab kos, jadi dalam keadaan sekarang tidak mungkin (ia akan digunakan).

“Tapi bila MFL sudah mencapai satu tahap yang lain dari segi kewangan, kita akan gunakan VAR, tapi bukan sekarang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Liga M 2020 di sini, hari ini.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhasrat menggunakan VAR pada musim 2018 namun ia terpaksa ditangguhkan atas faktor kos terlalu tinggi.

Malah, beberapa individu termasuk jurulatih dan pemain sebelum ini juga ada mencadangkan Liga M perlu menggunakan VAR bagi mendapatkan keputusan lebih tepat membabitkan situasi tertentu dalam perlawanan.

Categories
SUKANKINI

VAR digunakan buat kali pertama di Piala Dunia

KAZAN 16 JUN: Sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) digunakan buat kali pertama dalam sejarah penganjuran Piala Dunia ketika pertemuan di antara Perancis menang 2-1 ke atas Australia di Kazan.

Dalam perlawanan itu, Antoine Griezmann dijatuhkan dalam kotak penalti pada separuh masa kedua aksi pembukaan Kumpulan C.

Pengadil dari Uruguay, Andres Cunha tidak terus menghadiahkan sepakan penalti tetapi membuat keputusan itu selepas menyaksikan rakaman VAR dan penyerang Perancis itu berjaya meletakkan pasukannya di hadapan.

Tidak lama selepas itu, Australia menyamakan kedudukan juga menerusi sepakan penalti dan Mile Jedinak tidak berdepan sebarang masalah menewaskan Hugo Lloris.

Paul Pogba memastikan Perancis meraih tiga mata penting dalam perlawanan pertama mereka selepas meledak jaringan kemenangan pada minit ke-82.

Teknologi VAR berjaya digunakan dalam saingan Serie A dan Bundesliga dan FIFA berjaya menggunakannya di Piala Konfederasi tahun lalu.

Tekonologi memberi kesan besar dalam sesuatu perlawanan kerana ia bakal menentukan sesuatu jaringan, sepakan penalti atau kad merah selain digunakan bagi membantu pengadil perlawanan untuk mengenal pasti pemain.

SUMBER: AFP

 

Categories
GLOBAL SUKANKINI

Sistem VAR beri keputusan positif sepanjang Piala Konfiderasi 2017

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 3 JULAI: Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyifatkan penggunaan teknologi Video Assistant Referee (VAR) banyak memberikan kebaikan sepanjang kejohanan Piala Konfiderasi 2017, yang berakhir awal pagi tadi.

download (1)Presiden FIFA, Gianni Infantino berkata, sistem VAR dilihat berjaya dan membayangkan ia mungkin akan digunakan dalam kejohanan Piala Dunia 2018, di Rusia.

“Setakat ini berjaya. Kita belajar, menambah baik dan akan meneruskan percubaan. Tanpa VAR, kita mungkin merasakan perbezaan dalam kejohanan dan mungkin mengakibatkan sedikit rasa tidak adil,” katanya dipetik ESPN FC.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FIFA, Pierluigi Collina juga sependapat VAR masih perlu diperbaiki dan pihaknya yakin ia bakal memberikan kesan positif.

Piala Konfiderasi yang berlangsung sejak 17 Jun hingga 2 Julai lalu menyaksikan Jerman menjulang kejuaraan selepas menang 1-0 menewaskan Chile, manakala tempat ketiga milik Portugal yang menewaskan Mexico 2-1.