Categories
SELANGOR

Proses produk daging, jana pendapatan penternak

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 29 OGOS: Penternak disaran menggunakan pendekatan kaedah ‘hiliran’ atau ‘pemprosesan’ produk hasil ternakan untuk meningkatkan lagi keluaran hasil ladang ternakan.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, kaedah itu juga dilihat mampu meningkatkan keuntungan sekali gus dapat menambah daya saing pembaikan projek ternakan yang diusahakan.

“Sebagai contoh, jika penternak menjual daging ayam kampung sahaja, harganya hanyalah lingkungan RM15 sekilogram sahaja.

VETMART (2)“Namun jika penternak yang sama memproses daging itu, misalnya menjadi ayam berempah, harga jualan boleh meningkat sehingga RM30 sekilogram.

“Ini menunjukkan pertambahan nilai jualan sebanyak 100 peratus hanya dengan aktiviti pemprosesan yang mudah,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau diminta mengulas cadangan kepada penternak untuk mempelbagaikan kaedah penternakan dalam usaha menjana lebihan pendapatan kepada golongan itu.

“Satu lagi contoh adalah, jika penternak menjual belulang atau kulit lembu mentah sahaja, harganya adalah sekitar dalam lingungan RM2 sekilogram.

Jangat“Jika penternak sama memproses kulit itu, misalnya menjadi jangat, harga jualan boleh meningkat sehingga RM12 sekilogram.

“Kaedah ini membolehkan penambahan nilai sebanyak lima kali ganda menerusi kaedah yang lebih mudah dan berkesan,” kata Zaidy lagi.

Terdahulu, Kerajaan Negeri menerusi komitmen Jabatan Vaterinar memperkenalkan Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk(VETMAR) dalam usaha menempatkan produk ternakan penternak untuk dipasarkan kepada komuniti.

Difahamkan, tiga premis Vetmart dibuka selepas perasmian cawangan Sungai Nibong, Sijangkang dan Parit Baru dibuka kepada umum.

=EZY=

Categories
SELANGOR

‘Recyle’ bangunan kerajaan, Vetmart jana pendapatan usahawan tempatan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SABAK BERNAM, 24 OGOS: Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Jabatan Perkhidmatan Selangor (Vetmart) cawangan Parit Baru, di sini, dibuka sebagai inisiatif menempatkan produk usahawan kecil, di peringkat akar umbi.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, pembukaannya juga diyakini mampu menjana pulangan pendapatan kepada pengusaha produk tempatan.

“Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk mencari ruang supaya pengusaha tempatan mudah memasarkan produk yang dikeluarkan mereka.

“Salah satu usaha yang dilaksanakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan mengubahsuai bangunan kerajaan yang tidak digunakan lagi dan menjadikannya sebagai Vetmart.

VETMART (2)“Kini, pengusaha industri asas tani di kampung ini dan kawasan sekitarnya mempunyai pilihan pemasaran untuk menghantar produk masing-masing ke Vetmart,” katanya pada Majlis Perasmian Vetmart Parit Baru, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor, Akma Ngah Hamid dan Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah Sabak Bernam, Nurul Husna Aziz.

Difahamkan, ia adalah premis ketiga pembukaan Vetmart dilancarkan selepas perasmian cawangan Sungai Nibong dan Sijangkang.

Zaidy berkata, masyarakat perlu mengambil manfaat daripada pembukaan premis baru itu untuk mendapatkan pelbagai produk tempatan hasil usahawan kecil dan sederhana.

“Saya memyeru orang ramai dan ahli masyarakat di kawasan ini untuk menyokong usaha itu bagi membantu pengusaha industri asas tani tempatan dengan menjadikan Vetmart sebagai lokasi beli-belah penduduk.

“Pengusaha tempatan juga perlu bijak menggunakan peluang ini untuk memasarkan produk niaga, di samping mengadakan perbincangan dengan operator supaya lebih banyak produk pengusaha dipasarkan,” katanya.

Terdahulu, Zaidy turut menurunkan tanda tangan pada papan tanda rasmi sebagai simbolik perasmian pembukaan premis niaga itu.

Categories
SELANGOR

Vetmart D’Bernam bantu penternak luaskan pasaran produk

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 1 JUN: Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Industri Asas Tani (IAT) dijenamakan semuka kepada ‘Vetmart D’Bernam’ sebagai wadah pembangunan produk penternak dan penguasaha.

Pengarah Perkidmatan Veterinar Negeri Selangor, Dr Akma Ngah Hamid berkata, Vetmart D’Bernam merupakan pusat produk IAT yang pertama diwujudkan Veterinar Selangor sekitar tahun 2012.

VetmaTMenurutnya, pusat itu mula diusahakan oleh Ahmad Zawawi Jurimi, yang juga pengusaha jangat atau kekel selepas mendapat kebenaran DVS menggunakan Pusat Veterinar Kecil Sungai Nibong.

“Bermula 10 November 2012, Ahmad Zawawi memulakan operasi dengan premis bernama D’Bernam Kiosk.

“Lebih membanggakan, beliau mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM36,000 untuk kerja-kerja pengubahsuaian supaya lebih sesuai sebagai pusat pengumpulan jualan.

“Seterusnya DVS membuat naiktaraf secara dua peringkat pada tahun 2013 dan 2014 dengan kos hampir RM100,000,” katanya pada 30 Mei lepas.

VETMAT2Majlis perasmian Vetmart D’Bernam disempurnakan Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Setakat ini, lebih 30 jenis produk dipasarkan antaranya jangat, produk sejuk beku berasaskan hasilan haiwan, kerepek dan kuih serta produk sedia dimakan.

EZY