Categories
NASIONAL

Anwar : PKR sambut baik perletakan jawatan Waytha

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 FEB: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengalu-alukan perletakan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy kerana beliau dan kerajaan pusat tidak mempunyai niat untuk membantu kaum India di negera ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata memorandum persefahaman (MOU) antara kumpulan Hindraf dan BN sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu hanya gimik.

Katanya, BN tidak pernah ikhlas menyelesaikan masalah sosio ekonomi masyarakat kaum itu.

anwar-gst“Kami mengalu-alukan perletakan jawatan beliau dan diharapkan akan bekerja untuk rakyat dan golongan miskin,” katanya padasidang media di Puchong, hari ini.

Waytha adalah Pengerusi Hindraf dan meletakkan jawatan dalam kabinet selepas dikatakan kecewa dengan keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangani masalah kaum India antaranya kemiskinan, jenayah, belia dan pendidikan.

Memetik kata-kata Setiausaha Hindraf P Ramesh, The Star melaporkan peletakan jawatan Waytha sebagai timbalan menteri akan berkuat kuasa, pada 10 Februari ini.

Ramesh berkata, jawatankuasa pusat sebulat suara memutuskan Waytha meletakkan jawatan kerana kerajaan sengaja melengah-lengahkan janji bagi membantu masyarakat India.

P WaythaRamesh berkata, Hindraf mahu kekal setia kepada golongan miskin dalam masyarakat.

“Kami sudah melakukan segala yang boleh, menandatangani perjanjian dengan musuh demi kepentingan masyarakat India Malaysia yang miskin dengan kepercayaan BN akan memenuhi janji-janjinya.

“Kami berputus asa menanti saat itu menjadi kenyataan selepas lapan bulan mencuba,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Rafizi Kemuka Saksi Pengundi Hantu PRU-13 – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 20052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. PKR hari ini mendedahkan bukti-bukti penipuan dan penyelewengan yang didakwa dilakukan secara terangcang dalam pilihanraya Umum ke-13.

2. Parti Keadilan Rakyat hari ini membidas Timbalan Menteri Waytha Moorthy Ponnusamy yang berkata Barisan Nasional akan menyelesaikan kemelut rakyat etnik India yang tidak diiktiraf kewarganegaraan mereka dalam masa lima tahun ini, sebagai terlalu lambat dan tidak bertanggungjawab.

3. Sambutan yang sangat mengalakkan dari penggemar buku mendorong Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) untuk meneruskan lagi Pesta Buku Selangor, bagi memuaskan dahaga rakyat Selangor kepada ilmu.

rafizi