Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Paip putus jejas bekalan air 43 kawasan wilayah Petaling

SHAH ALAM, 29 DIS: Sebanyak 43 kawasan di wilayah Petaling akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan insiden paip putus petang tadi.

Ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) memaklumkan kejadian berpunca daripada tanah runtuh di Damansara Utama.

“Air Selangor sudah memulakan kerja pembaikan paip, namun jangkaan siap tidak dapat dipastikan
dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata Elina Baseri dalam kenyataan malam ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.airselangor.com atau rujuk saluran komunikasi melalui Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi pusat perhubungan di talian 15300.

Berikut senarai kawasan terjejas:

Categories
NASIONAL SELANGOR

Gangguan Air Lebih Dua Hari Libatkan 70,000 Pengguna Selangor, KL

Miter_air_Syabas

SHAH ALAM 18 Jun : Beberapa kawasan di Lembah Klang dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air selama lebih dua hari bermula lapan pagi ini sehingga 8 malam hari Khamis.

Ini bagi melakukan kerja-kerja penukaran dan penambahbaikan injap pengepaman air bersih di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Menurut kenyataan media Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), kerja-kerja penyenggaraan akan mengambil masa 8 jam, manakala pemulihan bekalan air memakan masa 48 jam.

Syabas menjangkakan hentitugas separa ini akan menyebabkan gangguan bekalan air lebih 74,890 pengguna di Kuala Lumpur, Bukit Damansara, Gombak, Hulu Selangor dan Petaling.

Sebagai langkah persediaan awal, SYABAS telah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan tunggu sedia serta menyediakan 525 buah tangki statik.

Kawasan tersebut ialah :

Wilayah Gombak
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara dan Sunway SPK Harmoni 3.
Jumlah akaun : 21,947 akaun

Wilayah Hulu Selangor
Kampung Sungai Serai; seluruh Kuang; Kampung Baru; Kampung Melayu Sri Kundang; Kampung Permata; Taman Desa;
Bandar Baru Kundang; Kundang Jaya; Bandar Tasik Puteri; Taman Tasik Biru dan Taman Perindustrian.
Jumlah akaun: 13,040 akaun

Wilayah Petaling
Bukit Rahman Putra; Taman Impian Indah; Taman Sri Putra; Saujana Akasia; Taman Sri Putra Mas; Taman Matang Jaya dan Kampung Matang Pagar.
Jumlah akaun : 7,340 akaun

Wilayah Kuala Lumpur
Bukit Kiara
Sebahagian Kawasan Bukit Damansara

Manakala kawasan yang mengalami gangguan tekanan rendah termasuk :

Wilayah Petaling

Kuarters Penjara Sungai Buloh; Kampung Kubu Gajah; Kampung Merbau Sempak; Desa Moccis; Kampung Paya Jaras; Hospital Kusta; Kampung Baru Sungai Buloh (Kampung Baru Cina); Kampung Desa Aman; PJU10, Saujana Damansara; PJU10, Prima Damansara.
Jumlah akaun : 21,248 akaun

Wilayah Kuala Lumpur
Segambut

Pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.