Categories
NASIONAL

Iklan Tidak Dapat Sembunyikan Kepincangan Umno-BN

SHAH ALAM 31 JULAI : Paparan kempen iklan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin banyak melalui media tempatan kebelakangan ini menjadi punca popuralitinya menurun.

Kajian populariti Najib itu dilakukan oleh Merdeka Center, baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata hal itu kerana rakyat kini mempunyai akses maklumat yang lebih baik untuk mengetahui hal sebenarnya.

Katanya, semakin ramai rakyat Malaysia mengetahui kepincangan pentadbiran kerajaan Umno-BN dan mula membangkitkan rasa tidak puas hati mereka.

Beliau berkata Najib kini dalam keadaan terdesak, terutamanya apabila beliau berbelanja besar untuk menaikkan imej dirinya menerusi iklan dan kempen.

“Saya tidak fikir ia akan bawa kesan besar kerana rakyat akhirnya akan melihat dasar pokok yang dibawa parti politik itu sendiri.

“Pada masa sama, semakin ramai juga yang dapat melihat pilihan dan tawaran oleh Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Kaji selidik terbaru Merdeka Center menunjukkan populariti Najib terus menurun, terutamanya di kalangan orang Melayu dan India.

Sokongan orang Melayu berkurang daripada 79 kepada 75 peratus manakala kaum India pula menurun daripada 72 kepada 69 peratus.

Secara keseluruhan, populariti Najib pada kadar 64 peratus, kurang satu peratus daripada sebelumnya.

Manakala kajian itu menunjukkan sebanyak 44 peratus responden pula tidak berpuas hati dengan kerajaan Umno BN.

Leave a Reply

Your email address will not be published.