Categories
NASIONAL

Anwar Membayangkan Lagi Kejutan Dari Sabah

PETALING JAYA 9 OGOS : Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan akan berlaku lagi satu kejutan dari Sabah pada 12 Ogos ini.

Katanya, bakal menyaksikan seorang lagi pimpinan Sabah akan ‘menyertai’ Pakatan Rakyat bagi meneruskan perubahan yang berlaku menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)

Bercakap dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Pimpinan Pakatan Rakyat, beliau yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat menjelaskan setakat ini perkembangan di Sabah sangat menggalakkan dan beberapa program penerangan dan majlis bersama pemimpin akan dibuat.

Ketika ditanya adakah lebih banyak kejutan selain penyertaan terbaru pimpinan Anwar berkata semua kejutan daripada rakyat.

“Yang penting dan saya ulang kejutan itu daripada rakyat. Ini kebetulan dengan judul buku terbaru Sheikh Yusuf al-Qardawi yang bertajuk ‘Kebangkitan Rakyat’.

“Kejutan itu adalah kebangkitan rakyat. Kebetulan beberapa tokoh turut serta. Kita bersiap sedia untuk menghadapi Umno pada PRU-13,” katanya.

Menurut Anwar beliau akan kembali ke Sabah bagi memenuhi undangan beberapa program di Kota Marudu dan Kota Belud.

Bulan lalu, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing mengumumkan tindakan meninggalkan Umno-BN Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.