Categories
NASIONAL

PKR Tanding Majoriti Kerusi Sabah

Logo PKR DAP PAS

PETALING JAYA, 17 APR : PKR akan bertanding 19 kerusi Parlimen dan 43 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi PKR Sabah, Ahmad Thamrin Jaini berkata, calon daripada Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) masing-masing turut bertanding pada PRU-13 di atas tiket PKR.

Keputusan ini bermakna pemimpin PKR bertanding 10 Parlimen dan 20 DUN. Manakala pemimpin PPPS yang diketuai Datuk Seri Panglima Lajim Ukin bertanding empat Parlimen dan 11 DUN.

Sementara calon dari APS pimpinan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing pula akan bertanding di lima Parlimen dan 12 DUN.

Menurut Ahmad Thamrin, perbincangan berlangsung aman diantara PKR, PPPS dan APS.

“Tidak menolak kemungkinan berlaku tiga penjuru bagaimanapun kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya ringkas pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Selaku Pengerusi PKR, Ahmad Thamrin akan bertanding di Dun Gum-Gum.

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin akan mempertahankan Parlimen Beufort yang dimenangi pada PRU-12 serta bertanding di Dun Klias.

Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing turut bertanding dua kerusi iaitu Parlimen Tuaran dan Dun Tamparuli.

Sementara itu, bekas calon PKR di Parlimen Sabak Bernam, Dr Badrulamin Bahron pula bertanding di Parlimen Silam.

Berikut adalah senarai calon PKR bertanding mewakili Parlimen di Sabah:

P.167 Kudat – Rahimah Majid

P.168 Kota Marudu – Datuk Maijol Mahap

P.169 Kota Belud – Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy

P.170 Tuaran – Datuk Seri Mojilip Bumburing @ Wilfred

P.174 Penampang – Ignatius Darell Leiking

P.175 Papar – Datuk Yahya Lampong

P.176 Kimanis – Jaafar Ismail

P.177 Beaufort – Datuk Seri Lajim Ukin

P.178 Sipitang – Ramli Dua

P.179 Ranau – Jonathan Yasin

P.180 Keningau – Stephen Sandor

P.181 Tenom – Masidin Tumas

P.182 Pensiangan – Datuk Dr Richard Sakian Gunting

P.183 Beluran – James Miki

P.184 Libaran – Mohd Serman Hassnar

P.187 Kinabatangan – Mustapha Datu Tambuyong

P.188 Silam – Dr Badrulamin Bahron

P.189 Semporna – Dr Zamree@Mohd Suffian Abdul Habi

P.190 Tawau – Datuk Kong Hong Ming @ Kong Fo Min

Berikut adalah senarai calon PKR bertanding mewakili DUN di Sabah:

N.1 Bagi – Datu Abdul Razak Datu Abdul Salam

N.2 Tg Kapor – Chin Chung Kui @ William Chin

N.4 Matunggong – Jelin Dasanap @ Jelani Hamdan

N.5 Tandek – Andonny Pilit @ Anthony Biri Mandiau

N.7 Kadamaian – Ukop @ Jeremmy Malajad @ Malazad

N.8 Usukan – Ir Mustafa Sa’mud

N.9 Tamparuli Datuk Seri Mojip Bumburing @ Wilfred

N.10 Suluman – Mukhtar

N.11 Kiulu – Rhodes Panilau

N.12 Karambunai – Muali Aching

N.13 Inanam – Roland Chia Ming Shen

N.15 Api-Api – Liew Chin Jin

N.18 Petagas – Mat Yunin @ Mohd Yunin Atin

N.20 Moyog – Terrence Siambun

N.21 Kawang Kefli @Zulkefli Safar

N.22 Pantai Manis – Fred Gabriel

N.23 Bongawan – Tan Sri Ibrahim Menudin

N.24 Membakut – Narawi @ Sinar Ahmad

N.25 Klias – Datuk Seri Lajim Ukin

N.26 Kuala Penyu – Datuk Johan @ Christopher O T Ghani

N.27 Lumadan – Abdul Rahman Yaakob

N.28 Sindumin – Harunsah Ibrahim

N.29 Kundasang – Satial Indong

N.30 Karanaan – Datuk Dr Muhiddin @ Mohd Anas Yusin

N.31 Paginatan – Amru Abd Kadir

N.32 Tambunan – Wilfred Win Ponil

N.33 Bingkor – Datuk Ahmad Shah Tambakau

N.34 Liawan – Paul Gitang

N.36 Kemabong – Biou Suyan

N.37 Sook – Liberty Lopong

N.38 Nabawan – Raymond Ahuar

N.39 Sugut – Petrus Zabang

N.40 Labuk – Datuk Tan Yong Gee

N.41 Gum-Gum – Ahmad Thamrin Jaini

N.42 Sg Sibuga – Irwansyah Mustapa

N.43 Sekong – Musah Ghani

N.47 Kuamut – Benson Ingam

N.49 Tungku – Johani Abd Halim

N.50 Lahad Datu – Dr Hamid Awong @ Abdul Hamid Awong

N.52 Sulabayan – Hermeny Murgal

N.53 Senallang – Mohd Amin Abdul Mem

N.55 Balong – Frank Salazar @ Franco

N.56 Apas – Alizaman Jijurahman

Categories
NASIONAL

Lagi Pemimpin Kanan BN Sabah Bakal Sertai PR

SHAH ALAM 30 SEPT: Beberapa pemimpin kanan BN Sabah dijangka akan mengikuti jejak dua Ahli Parlimen BN Sabah yang meninggalkan parti sebelum ini.

Bayangan tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika menyampaikan ucapan dalam Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

“Sekarang kita ada dua orang pemimpin BN Sabah sertai kita, Insyaallah minggu depan akan ada lagi yang akan jadi agen kita,” kata Azmin.

Azmin ketika memberikan penjelasan lanjut kepada TV Selangor mendakwa, pihak yang dimaksudkan akan meninggalkan BN tersebut termasuk pemimpin kanan BN di Sabah.

“Memang ada perbincangan dijalankan dengan pemimpin BN di Sabah dan Sarawak tentang bagaimana mereka boleh mainkan peranan untuk membawa perubahan untuk rakyat Sabah dan Sarawak.

“Ini soal startegi, jadi tak semestinya kita umumkan semuanya serentak, kita tunggu masa yang sesuai, tetapi seperti saya nyatakan tadi, akan ada lagi pimpinan kanan, penting tempatan yang akan sertai kita,” kata Azmin sebaik selesai rapat tersebut.

Menurut Azmin, pemimpin-pemimpin yang terlibat merupakan pemimpin di peringkat Parlimen dan juga Adun di Sabah.

Selain itu, Azmin berkata perkembangan terkini di Sabah dan Sarawak menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berada di dalam keadaan tertekan dan marah.

“Isu ini menjadi kemarahan PM Datuk Seri Najib, sebab itulah dalam belanjawan baru-baru ini tiada peruntukan yang benar-benar menggembirakan rakyat Sabah kecuali menyentuhnya secara pinggiran sahaja,” ujar Azmin lagi.

Sebelum ini, baru-baru ini bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin mengumumkan meninggalkan BN untuk menyertai PR.

Tindakan kedua-dua Ahli Parlimen tersebut menyebabkan BN mulai kehilangan pengaruhnya terhadap masyarakat tempatan di beberapa kawasan kubu kuat mereka sendiri.

Categories
NASIONAL

Anwar Membayangkan Lagi Kejutan Dari Sabah

PETALING JAYA 9 OGOS : Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan akan berlaku lagi satu kejutan dari Sabah pada 12 Ogos ini.

Katanya, bakal menyaksikan seorang lagi pimpinan Sabah akan ‘menyertai’ Pakatan Rakyat bagi meneruskan perubahan yang berlaku menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)

Bercakap dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Pimpinan Pakatan Rakyat, beliau yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat menjelaskan setakat ini perkembangan di Sabah sangat menggalakkan dan beberapa program penerangan dan majlis bersama pemimpin akan dibuat.

Ketika ditanya adakah lebih banyak kejutan selain penyertaan terbaru pimpinan Anwar berkata semua kejutan daripada rakyat.

“Yang penting dan saya ulang kejutan itu daripada rakyat. Ini kebetulan dengan judul buku terbaru Sheikh Yusuf al-Qardawi yang bertajuk ‘Kebangkitan Rakyat’.

“Kejutan itu adalah kebangkitan rakyat. Kebetulan beberapa tokoh turut serta. Kita bersiap sedia untuk menghadapi Umno pada PRU-13,” katanya.

Menurut Anwar beliau akan kembali ke Sabah bagi memenuhi undangan beberapa program di Kota Marudu dan Kota Belud.

Bulan lalu, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing mengumumkan tindakan meninggalkan Umno-BN Sabah.