Categories
NASIONAL

Zuraida: Pentadbiran Telus dan Cekap Jadikan Selangor Negeri Terbaik

SHAH ALAM 31 OKT: Walaupun banyak membiayai program untuk rakyat, pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor terbukti menjadi negeri terbaik dalam menguruskan ekonomi dan kewangan negeri sehingga wang simpanan rezab negeri meningkat sebanyak 23 peratus dalam masa tiga tahun.

MP Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, Selangor masih mendahului negeri-negeri lain dari aspek jumlah wang yang dipulangkan kepada rakyat melalui pelbagai program kebajikan yang dianjurkan.

“Tidak ada negeri lain yang berupaya mengadakan Skim Air Percuma kepada rakyatnya, pada ketika penduduk Selangor adalah penduduk paling ramai di seluruh Malaysia.

“Sebab itu kejayaan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor meningkatkan Kumpulan Wang Disatukan sebanyak 23 peratus sehingga mencecah RM 1.944 bilion pada akhir 2011,” katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Katanya, perbelanjaan per kapita bagi setiap rakyat Selangor masih lagi rendah berbanding negeri-negeri di bawah pentadbiran Umno-BN walaupun Selangor mempunyai jumlah penduduk paling ramai dan program ekonomi rakyatnya adalah paling menyeluruh.

“Sebagai contoh, Sarawak membelanjakan sebanyak RM 4.02 bilion dan mempunyai sebanyak 2.5 juta penduduk dan perbelanjaan per kapita adalah sebanyak RM 1,357 bagi seorang penduduk.

?sabah membelanjakan sebanyak RM 4.36 bilion dan mempunyai sebanyak 3.21 juta penduduk dan perbelanjaan per kapita setiap seorang penduduk adalah RM1,357.

“Di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Selangor membelanjakan sebanyak RM 1.453 bilion dan mempunyai penduduk sebanyak 5.102 juta.

?Perbelanjaan per kapita bagi setiap rakyat di Selangor hanyalah RM 284.85 sahaja,” katanya yang juga Ketua Wanita PKR.

Katanya, penjimatan hasil dari pentadbiran yang tidak mengamalkan rasuah membolehkan wang rakyat dikembalikan dalam bentuk program ekonomi untuk rakyat berbanding negeri-negeri lain seperti Sabah dan Sarawak yang berbelanja besar tetapi rakyatnya masih kekal antara yang termiskin.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.