Categories
NASIONAL

Khalid : Umno-BN Gagal Selesai Masalah Berpuluh Tahun Di Shah Alam

shah_alam_mp_khalid_samad

SHAH ALAM 23 JAN : Umno-BN hanya menggunakan isu yang gagal diselesaikannya sejak berpuluh tahun lalu bagi menyerang Pakatan Rakyat(PR) kononnya gagal membela hak orang Melayu-Islam yang tinggal di Shah Alam, kata Khalid Samad.

Mengulas lanjut Khalid berkata, banyak isu panas yang dibangkitkan di Shah Alam itu terbukti tidak dapat diselesaikan oleh Umno-BN sendiri.

Swbaliknya PR berjaya menyelesaikan masalah yang diwarisi oleh pentadbiran parti itu (BN) antaranya isu kontroversi iaitu penjualan minuman keras di Seksyen 8 yang kini sudah dihentikan operasinya.

“Sedangkan isu itu zaman BN, walaupun penduduk mengadakan bantahan, tetapi BN tidak ambil tahu.

“Sekiranya, BN ambil alih Shah Alam, adakah mereka mampu menghentikan penjualan itu? Mereka menggunakan isu untuk menyerang PR sedangkan mereka lebih teruk dari itu,” katanya.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menegaskan dasar berkebajikan yang diamalkan selama ini iaitu merakyatkan ekonomi Selangor akan diteruskan malah akan menambah baik lagi perlaksanaannya.

“Ia semua rekaan Umno-BN. Seperti isu kelab malam. Isu itu hanya percakapan mulut mereka. Apabila minta dibuktikan, semua tidak dapat menjawab.

“Keberkesanan Adun-adun BN dalam sidang dewan juga merundum, tiada hujah yang mantap.

“PR akan dapat mengatasi banyak masalah dengan lebih berkesan jika Kerajaan Pusat di bawah PR, jadi saya harap rakyat akan memahaminya untuk jika ingin perubahan yang luas dan menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian yang berpandangan Umno-BN mampu merampas kerusi Shah Alam kerana melihat banyak isu memihak kepada BN akhir ini.

Selain itu, Khalid memaklumkan peningkatan penganjuran program berunsurkan Islam di masjid dan surau yang dilakukan Kerajaan Negeri jugan mampu mempertahankan PR di Selangor.

Katanya, bukan itu sahaja, program turun padang dan kemesraan yang ditunjukkan oleh Adun dan Ahli Parlimen bagi menyelesaikan masalah rakyat membolehkan rakyat menilai kemampuan PR.

“Rakyat dapat menilai corak kepimpinan PR jauh lebih baik dan berbeza dengan Umno-BN. Kita juga ingin menambahkan lagi program-program pendidikan Islam melalui masjid, surau atau saluran lain.

“Warga Shah Alam dan seluruh negeri perlu ingat balik apa yang berlaku pada pentadbiran sebelum ini. Contohnya, isu-isu yang dibangkitkan sebenarnya jika dilihat ia lebih teruk pada zaman Umno-BN,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.