Categories
SELANGOR

Ibubapa Mohon Syarat RM 1,500 Skim Tunas Dipertimbangkan

Penutup Hari Tadika Stadium Melawati 04
SHAH ALAM 24 FEB : Rata-rata ibu-bapa berharap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan supaya paras gaji yang ditetapkan untuk menerima Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) dapat ditingkatkan daripada RM 1,500 sebulan.

Ini kerana skim tersebut semakin popular dengan peningkatan permohonan sejak ia dilancarkan Julai tahun lalu, namun ramai yang memohon tidak diterima masuk kerana pendapatan isi rumah lebih dari RM 1,500.

Menurut seorang guru Tadika Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Kampung Nakhoda, Gombak, ramai ibu-bapa di sekolahnya meminta agar syarat RM 1,500 disemaksemula.

Penutup Hari Tadika Stadium Melawati 03“Ramai ibu-bapa menyatakan pernah memohon tapi tak dapat dan sekolah kami berada di pinggiran bandar,? kata guru Rosmah Hussin, 50.

Mungkin perlu kelonggaran bagi penduduk yang tinggal di kawasan seperti ini memandangkan kos sara hidup pun tinggi,” katanya ketika ditemui.

Beliau ditemui selepas memenangi Anugerah Tunas Pendidik sempena Hari Tadika Selangor 2013 di Stadium Malawati Shah Alam hari ini.

Skim Tunas di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) merupakan bantuan yuran sebanyak RM 50 setiap bulan bagi anak daripada keluarga yang pendapatan isi rumahnya bawah RM 1,500 sebulan.

Bagi mereka yang layak dan telah memasukkan anak ke dalam tadika, bantuan itu dibayar terus kepada tadika mereka.

Guru Takis Al-Islam Sekolah Rendah Agama (SRA) Meru, Haslin Taslim, 43, pula menyatakan skim tersebut sangat memudahkan dan banyak membantu anak-anak golongan yang berpendapatan rendah di kawasannya.

Penutup Hari Tadika Stadium Melawati 02“Tidak ramai yang mampu untuk menghantar anak ke sekolah tadika kerana ramai yang terdiri daripada orang-orang susah.

?Tapi Alhamdullilah seramai 24 orang di sekolah saya mendapat bantuan Tunas dan tahun ini lagi ramai yang memohon untuk mendapatkan bantuan itu,” katanya ketika ditemui.

Bagi seorang bapa, Ahmad Azhar Abdullah, 45, masih ramai lagi rakyat yang berpendapatan rendah dan masih kurang maklumat mengenai dasar yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

“Banyak yang saya lihat program yang dianjurkan Kerajaan Negeri ini sangat bermanfaat.

?Tapi pada saya masih kurang publisiti untuk lebih ramai tampil untuk menyertainya,” katanya yang mempunyai anak yang bersekolah pra di Pasti Al-Hidayah Sabak Bernam.

Penutup Hari Tadika Stadium Melawati 01Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali diiringi isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut.

Dr Halimah di dalam ucapannya menyatakan Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM 3 juta di bawah bajet negeri 2013 dan mensasarkan 5,000 penerima Tunas pada tahun ini.

“Sasaran kita adalah 5,000 orang penerima dan penyertaan 500 buah tadika yang akan berdaftar dengan skim ini.?

Leave a Reply

Your email address will not be published.